CHICKEN RICE BALL EE JI BAN MELAKA

Sis Lin
16
Assalamualaikum wbt ..


Okay harini Hakak nak kongsi cerita Jalan Jalan Cari Makan sewaktu Hakak pergi bercuti bersama Family ke Melaka bulan lepas. Kalau bercuti dengan Family, memang anak-anak Hakak lah yang tukang cari kedai atau tempat makan, Hakak dan Suami Hakak ikut aje. Jadinya anak-anak mengajak makan di sini.
Nak ke sini pun tak susah, guna Waze aje, terus akan sampai. Kebetulan pulak Hakak stay di Double Tree by Hilton tu, jadi memang dekat sangat dengan area kedai makan ni.
Pertama kali Hakak dengar nama kedai makan ni, Hakak memang dah tau kedai makan ni popular, sebab Hakak pernah tengok dalam Jalan-jalan Cari Makan. Jadi ini kalilah baru dapat singgah. 




Tempatnya memang agak sukar nak cari parking, kadang ada pelanggan yang pusing banyak kali semata nak cari parking, sebab keliling tu semua kedai, so ramai yang datang area situ. Tapi rezeki Hakak, sampai je Waze, terus dapat parking. 
Sebaik keluar dari kereta terus mata Hakak terpandang dah papan tanda kedai makan tu, siap ada logo halal, so jangan takut ye, walaupun dari jauh korang nampak macam kedai makan cina hehehe.
Pekerja pun cina, tapi mereka tidak menghidangkan makanan dan minuman haram ye. Jangan was-was, kalau korang was-was, silalah jangan singgah ye. 




Okay ini menu yang paling mesti korang order. Nasi ayam bolat-bolat hehehe. 
Hakak pun pelik gak mula tengok, pastu Hakak amik sebiji, Hakak cium, ooo betullah ada bau nasi ayam hahahah. anak-anak menjeling je tengok perangai emaknya kakakakah. (korang jangan buat macam Hakak okay) . 
Tu semua anak Hakak yang order, untuk makan dia 3 orang beradik, siap tambah, sebab tak cukup, Hakak dengan Suami iyekan aje, makanlah anak, Emak dengan Ayahnya memang tak kisah, janji anak kenyang, senyap hahaha..
Menu tu memang datangnya dengan Nasi bolat-bolat tu, sebiji tak silap 40sen, sup semangkuk dan ayam panggang. Anak Hakak order separuh ayam, rm26 macam tu lah tak silap. Memang sedap semuanya. Baunya aje dah menyelerakan.




Tapi tiba-tiba incik Suami kata, kita order lainlah, kita makan asam pedas. Jadinya Hakak dengan Suami orderlah asam pedas, sayur baby kailan dan nasi putih biasa. Yang anak-anak makanlah yang tadi tu. 
Suami Hakak macamtu, dia tak reti kadang makan yang pelik-pelik sikit. Dan tetap nak makan nasi juga. 


(Komen Hakak untuk kedai dan makanan di sini.)
Kedai makannya senang nak cari, guna Waze aje.
Servis pun cepat, dan suasana tempat ok, kebersihan pun di jaga.
Layanan mesra pelanggan, dan tarak sombong.
Harga pun tak mahal, memang berpatutan le dengan tempat makan yang ramai orang dan viral hehehe.

Kalau ada peluang lagi ke Melaka pun Hakak nak singgah makan lagi kat sini. Jadi memang patutlah ramai orang atau selebriti pun datang ke Melaka berkali-kali singgah makan sini.
So bagi korang yang nak cuba bole cubalah.

Ini alamatnya:
Ee Ji Ban Chicken Rice Ball
275, Jalan Melaka Raya 3
Taman Melaka Raya

Waze aje, mesti sampai.







P/S: Sesuatu yang pelik, mesti ramai yang nak mencubakan, termasuk Hakak ni hahaha..


Tags

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. SA pernah makan kat sini lama dulu kak..best tau makan kat sini...lama dah...tgok entry ni terus teringin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa @Amanda Sis pestime juga ni singgah makan, tu pun anak yang bawak. Memang nasi ayam bolat-bolat tu sedap. Lain dari yang lain .. Nanti bole pergi lagi jenjalan Melaka hehehe

      Delete
  2. assalamualaikum lin...tak pernah cuba pun...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull, Nanti bole cuba Maa, sekali jenjalan ke Melaka ..hehehe

      Delete
  3. sis lin.. dilah org melaka ni pun x tau kedai makan tu.. hahaha.. tak up to date langsung kan.. haha.. tp nasi tu mmg pelik la, bulat2 pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @IbuDilah, selalunya macam tu la, orang Melaka sendiri tak pergi, tapi orang luar yang datang terjah dulu hehehehe . Pelik dan sedap Dilah..

      Delete
  4. menarik betul menu tu.asam pedas pun ada..fuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @MarMansor, bukan je ada nasi ayam, tapi asam pedas juga, ada banyak jenis asam pedas ada..bole cuba nanti ya ..

      Delete
  5. ooo rupanya nasinya rupa gitu eh kak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyeee @Hernee, nasinya di bolat-bolatkan, sebab tu Sis amik cium, sekali memang betul bau nasi ayam hahahaha

      Delete
  6. kat Melaka ek..hadoii..memang kita jarang ke bandar..balik dok kampung je...hahaha..nanti nak ajak husband pi cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyee @SitiRohaida kat Melaka, nanti balik kampung tu bole le singgah ye hehehe

      Delete
  7. ingatkan yang boolat-boolat dekat pinggang tu bebola ayam..nasik rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang dalam magkuk tu je Sup bebola ayam @Julia, yang dalam pinggan tu lah yang namanya nasi ayam bebola hahahaha

      Delete
  8. En Sabar samalah dgn suami kita tak reti makan pelik2, masa tu dia makan nasi ayam biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Kak @SeriKandi, Suami nak juga cuba, tapi tak bole makan hadap gitu je, setakat jamah ok hehehe

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!