Assalamualaikum wbt ...
Selamat pagi semua. Apa khabar ? Moga hari ini Isnin 16hb April/28 Rejab 2018/1439H kita semua sihat dan di permudahkan urusannya . Harini juga adalah hari lahir anak bongsu bujang satu-satunya Sis yang ke 18tahun . Cepat betul masa berlalu, Kejap aja dah besar anak-anak.
Happy Birthday Muhammad Ridzuan, Emak doakan moga Amat menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat dan membanggakan Family tak kira di mana berada. Stay encem ye Amat .
Berbalik cerita tajuk kat atas tu, korang pernah tau dan dengar ke kuih malas tu ? Mesti tak tau plak kan ada jugak kuih yang malas ha ha ha . Sis pun baru tau.
Memang kebiasaan hari minggu nak minum petang, incik Suami memang suka ajak lepak makan di Tea Garden. Kalau yang berdekatan, yang Sis tau ada 2 tempat yang Sis selalu makan. Satu di Sri Alam, dan satu lagi di Permas Jaya. Yang selalu Sis pergi di Sri Alam, sebab dekat dengan area rumah.
Dan dah berapa kali pergi, ini kalilah baru perasan dan order menu ni. Masa mula ternampak, incik Suami gelak dengar. Dia kata apa yang malasnya. Ha ha ha .
Jadi incik Suami pun cuba order dan nak rasa. Bila kuihnya sampai, ooo rupanya macam cucur atau cekodok atau juga macam jemput-jemput. Cuma dia lembut sangat, kuihnya tepung di goreng bersama daun bawang, bawang goreng dan juga di makan cecah sambal kacang macam kuah rojak asma gitu.
Rasa pun sedap. Lembut sangat, dia datang panas-panas lagi, jadi terus makan, memang sedap.
Korang bolelah cuba, ada dalam menu yang tersedia, cari nama 'Kuih Malas' ha ha ha ha .
Kenapa laa malas ek namanya ..
P/S: Nama je Kuih Malas, tapi pelanggan rajin order dan makan tau ha ha ha ha .
peliknya nama... sapalah yang bagi nama dia "malas"...
ReplyDeletePelik kann @Mia namanya, Suami Sis terus order sebab nak mencubanya hahaha. Rasa sama je macam cucur tepung biasa.
Deletemacam cucur yang rojak asma tu je sis lin. tapi yang tu memang sedap. adik beradik la kot.
ReplyDeleteYee @Mar macam jejemput rojak asma tu ha, lebut sangat.. Sis rasa sepupu ni ha ha ha
Deletehahaha nama tak boleh blah..
ReplyDeleteKan @Hernee, lepas makan cecepat blah ha ha ha ha
DeleteAssalamualaikum lin...nasib baik yg buat kuih tu x malas kan...mungkin masa nak buat kuih tu terasa malas kot tu yg namakn kuih malas jer....
ReplyDeleteWaalaikumusaalam Mama @Maszull, tu laa Maa, kalau yang buat tu malas, tak ada dalam menu tu ha ha ha
Deletela~ ini resepi malas mak diorang copet.
ReplyDeleteHa ha ha Mak @Suzlin, cepat up sikit versi Mak punya ha ha ha
DeleteAdoiii.. Kecur plak tengok gambar ni Lin. Malas2 pon sodappp ya
ReplyDeleteKannn Kak @Seri, malas pun makan jadi rajin & sedap ha ha ha ..
Deleteyang malas pun ramai di cari..handal betullah...hahaha
ReplyDeleteRasanya kuih ni ramai surirumah makan @SitiRohaida, sebab surirumah malas nak buat ha ha ha ha
Deletemacam kek di goreng pulak kejadiannya..haha..macam-macamlah kak lin ni
ReplyDeleteHa Ha Ha kann @Julia, Sis plak pertama kali tengok memang macam jejemput tu haaa ..rasa sedap!
DeleteKuih malas..hahahaha malas betul..
ReplyDeleteNasib rajin makan @Del Ha Ha Ha ...
DeleteKuih malas..hahahaha malas betul..
ReplyDeleteSampai dua kali dia komen, He He He
DeleteKami adik beradik panggil jempit malas. Haha
ReplyDeleteTu laaa @Eyta, nama je malas tapi rasa macam jejemput biasa tu he he he
Delete