LUNCH @ SDS BAKERY & CAFE | Assalamualaikum wbt ..Selamat pagi Selasa buat semua sahabat. Moga hari ini dipermudahkan urusannya . Kali ini nak berkongsi cerita tempat makan yang sejak-sejak ni Sis suka ke sini makan dan lepak iaitu SDS Bakery & Cafe terletak di Johor Jaya . Asalnya tau tempat ini bila incik Suami mengajak sarapan di sini.
Dan kemudian pergi lagi untuk redeem SDS Messy Bun. Sebelum ni Sis memang pernah nampak SDS ni, cuma tak pernah jejak jer, sebab satunya agak jauh dari area rumah dan juga takde geng nak melepak. Tapi bila dah sekali jejak, memang satu perangai Sis, akan datanglah selalu he he he .
Kali ni Sis datang makan sekali lagi bawak anak Sis. Masa datang redeem SDS Messy Bun tu, Sis buat member card SDS, hanya rm10 untuk dua tahun dan katanya setiap 15hb setiap bulan, akan ada hari menu potongan harga sehingga 50% pada menu pertama dan menu kedua potongan harga sehingga 20% (menu terpilih) untuk ahli, jadi Ahad lepas Sis bawalah anak ke sini untuk menkmati potongan harga yang di katanya tu.
Suasana dalam kedainya sangat romantik, sesuailah kalau yang nak buat perjumpaan tertutup ataupun berdating senyap-senyap (ada bahagian-bahagian ruangan yang bole pilih untuk duduk) asalkan jangan dating dengan suami orang sudah lah yer ha ha ha opssss.
Suasana dalamnya tak bising dan pelayannya ramah mesra dan tidak sombong .
Servis pun cepat dan pantas. Tempatnya bersih dan tidak panas.
Cantikkan ? Sis sangat suka dekorasi dalam Cafe ni. Mula masuk sangat teruja gitu. Bahagian kanan tu, tempat berjenis-jenis pilihan aneka roti, boleh walk in beli ataupun makan kat Cafe. Sis tengok roti dan kek dia semua sedap-sedap.
Harga kek pun tak mahal berbanding kedai kek yang 'rahsia' tu he he he .
Untunglah si anak ye, kemana Emak pergi dia pasti ada, jadi model Emak pun ye, geng makan pun ye he he he . Maklumlah dia sorang aje kat rumah buat masa ni. Yang si Kakak kat KL belajar jarang balik kalau takde cuti, yang si bujang sibuk dengan traning show dan meniaga sana sini . So anak inilah yang selalu teman Emaknya.
Dan itu adalah menu pilihan si anak. Yang dalam kuali tu, Kampung Fried Rice, sebelah kanan tu Gyoza, dan sebelah kiri tu Prawn Paste Chicken Wing.
Nasi tu anak kata sedap, pedas sedikit, beserta dengan telur dan juga dua batang sate. Gyoza tu macam dimsum tapi dia tak kukus tapi di grill, sedap rasanya, inti sayur dalamnya. Dan yang sedap sangat makan sampai tinggal tulang, kepak ayam tu, sedap sungguh rasanya. Tiga ketul tak cukup kata anak he he he .
Yang ini pilhan menu Sis. Maklumlah dah hampir sebulan lebih tak makan nasi, jadi kita order Salmon Chunk Baked Spageti With Tomato, haaa gitu namanya, sedap sangat rasanya, rasa tomato dan kelembutan spageti tu serap sungguh, ada pulak cheese di atasnya bersama salmon bakar, ko rasa ? Mestilah sedapkan he he he . Air Sis order Latte ice dan anak Ss ice lemon tea.
Taip kali melangkah keluar dari Cafe ni, mesti senyum lebar, sebab apa ? Sebab kenyanglah Ha Ha Ha .
Korang cubalah sendiri. Ada macam-macam menu lain lagi. Berjenis roti, kek dan juga minuman panas & sejuk. Harga serius Sis cakap, lebih murah dari kedai kek yang 'rahsia' tu haaa he he he .
Kedainya terletak di Johor Jaya berdekatan dengan The Store .
100, 102, Jalan Dedap 4, Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor
Sunday 8AM–10PM
Monday 8AM–10PM
Tuesday 8AM–10PM
Wednesday 8AM–10PM
Thursday 8AM–10PM
Friday 8AM–10PM
Saturday 8AM–10PM
Facebook Page : SDS Bakery & Cafe
P/S: Ok sapa nak ajak Sis lepak? Roger-roger ok. Lepas ni nak try desert Durian KIng dia. Pergh menahan nafsu tadi Hu Hu Hu .
heiii pagi2 dia kecurkan kita lah..
ردحذفHe he he jom @Hernee kita meeting di sana di sana ha ha ha
حذفala...bestnya....kita pun nak buat kad jugaklah...birthday anak tak lama lagi..boleh beli kek kat sni
ردحذفBuat @SitiRohaida, berbaloi le juga makan dengan harganya he he he ..pastu kita dating sesama yer ..
حذفassalamualaikum lin...mmg sedap menu kat sds ni...nanti nak suruh anak buat kad juga la...kalau mkn lg kat sni adalah diskaun...
ردحذف** Mama Maszull
Waalaikumussalam Mama @Maszull. Ye Maaa, buat kad, setiap 15hb ada diskaun sehingga 50% , sapa nak bagikan, jadi laa sebulan sekali kann ...
حذفAloh sedap molek semua menu.. Haduii kecur air liur..
ردحذفHe he he @LeaAzleeya, nanti mai lee kita dating sesama he he he
حذفcantik modelnya.hehehhee..
ردحذفHe He He anak jadi model, Emaknya pemalu hahaha @Farahain ..
حذفMenarik betul restoran dia. Geng2 selfie tak lepas peluang. Singgah sini taw
ردحذفKannn @DelAsraf, tak selpie pun kalau suka amik gambo, mesti cantik hehehe .
حذف