Assalamualaikum wbt ..
Selamat pagi, salam sejahtera and good morning semua sahabat. Moga kalian semua baik-baik aja ya .
Sudah sarapan ke tu ? Atau sudah siap masak untuk tengah hari ? Ye la macam Sis dulu masa anak sekolah semua, awal-awal dah siap masak untuk makan tengah hari terus, takde sarapan. Sebabnya pagi-pagi dah sarapan, so senang buat satu kerja, anak balik je sekolah terus makan, settle semua. Takde nak kelam kabut segala. Ye dak ? .
Okay berbalik pada cerita tajuk hari ini, Sis nak berkongsi satu tempat makan di mana kami sekeluarga telah pergi makan malam di satu cafe yang tempatnya sangat 'unik' kata Suami. he he he . Dari sampai hingga ke balik, Suami tak sudah bangun duduk bangun duduk asyik ronda semua tempat. Lain dari yang lain katanya. Macam 'antik' sikit dan kreatif, sebabnya kat dalam tu di pamerkan motosikal lama, juga frame-frame gambar yang berkenaan dengan motor, hampir di semua dinding ada. Dongak kat atasnya pula, di gantung sport trim motor dan kereta. Kreatif sangat. Pelayan kedai pun mesra ramah sangat.
Kedainya dua tngkat, nak makan bawah boleh, makan kat atas pun bole. Tandas pun bersih .
Haritu ingat nak duduk bergambar atas tu, tapi incik Suami jeling manja gitu, terus Sis tak jadi ha ha ha .
Kedainya dua tngkat, nak makan bawah boleh, makan kat atas pun bole. Tandas pun bersih .
Cafe ni terletak di Jalan Pingai, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor.
Di buka setiap hari dari jam 12pm hingga ke jam 12am .
Idea nak makan sini gara-gara anak Sis yang sulung tu balik Jb la tu,si Kakak. Dia kalau balik Jb memang dia suka cari tempat makan yang lain dari lain dan yang tak pernah dia makan. Suami dan Sis follow aje le.
Hiasan dalaman dia sangat unik dan kreatif. Lebih kepada hiasan orang-orang bermotor gitu. Nama pun Racer kan he he he .
Kreatifkan ? Tayar kereta di buatnya meja he he he. Suami sampai belek lama benar area situ ha ha ha .
Tengok atas siling tu, di gantungnya plak rim-rim motor. Jangan ada sampai jatuh gedebuk sudah ha ha ha .
Dan ini menu Sis makan. Yang burger tu namanya Patty Burger. Kentang keledek dia sedap sangat! Suami Sis makan banyak ha ha ha . Dan yang sebelah atas tu menu Suami Sis, Fish & Chips. Pun sedap kata Suami Sis. Besar portion dia, makan memang kenyang .
Yang ini pula, menu si Kakak, Chicken Grill. Menu paling top pengunjung order. Sedap Kakak kata, makan sampai licin.
Dan yang ini menu si Adik , Original Mac & Cheese . Kalau untuk Sis memang muak le Sis makan, tapi kalau anak-anak memang kesukaan mereka sebab cheese tu.
Oo mana Amat ? Biasa la si bujang tu lagi bizi dengan latihan muzik dia, dah dekat nak buat persembahan ni. Jadi kami berempat sahaja .
So far so good, semua makanan yang kami pesan semua sedap. Air dan desert-desert dia pun banyak pilihan. Harga pun berbaloi lah dengan apa yang dipersembahkan. Kena cuba baru korang boleh komen, lain tekak lain citarasanya, ye dak ? ..
Dan jangan risau, Halal.
Siapa nak cuba silalah. datang aje walk in, atau bole terus call 07-335 0000 untuk booking .
Selamat menjamu selera .
P/S: Sis suami isteri memang tak cerewet, anak nak bawak makan mana dan makan apa pun tak kisah, janji anak happy :)
ada steak..harus nak ajak en.suami kita ke sini nanti..tengok makanan dia lazat² sungguh ye
ReplyDeleteYup ada steak, macam-macam menu ada @SitiRohaida ..Jom kita..
Deletemenariknya cafe ni.kretif & penuh dekorasi.makan penuh ketenangan.
ReplyDeleteMemang sangat menarik @Mar, Suami sampai duk membelek semua benda dalam tu he he he
DeleteKita suka sgt suasana & makanan di sini
ReplyDeleteSamalaa, pestime pergi terus Sis jatuh cinta @SeriKandi ..
Deletemenggoda betul makanan dia..ralit tengok hiasan dalaman tu ha.lain daripada yang lain
ReplyDeleteMemang mengoda @Julia, kalau bole semua nak order, tapi kang, nak membayo plak satu hal ha ha ha
Deleteharus pergi ni bawak Faizi heheheh. boleh pau dia jap!
ReplyDeleteUyul Rosli | JDTBlogger
Kalau ko @Uyul sesuai le pergi, berdating, pastu amik gambo atas motor ha ha ha
Deletefuhhhh ..ain belum sempat lagi nak terjah sini.. kena terjah gak ni.hehehhee..
ReplyDeleteHehehe @Farahain, lepas ni kena pergi, memang sangat santai tempatnya, menunya pulak sangat sodap!
DeleteMasyaallah. Kalau dtg johore boleh try dekat cafe ni.
DeleteJomm @Ayunie, dtg Johor roger-roger okay...
Deleteassalamualaikum lin...peghhh meleleh air liur tengok ni...
ReplyDelete** Mama Maszull
Waalaikumussalam Mama @Maszull.. He he he nanti boleh cuba Maa, semua sedap-sedap..
Delete