Assalamualaikum wbt ..
Selamat pagi semua . Apa khabar ? Moga harini semuanya sihat-sihat aja ya . Alhamdulilah .
Produk terbaru Mamee, Korang dah beli dan rasa ke ? Mamee Daebak, keluaran terbaru dari jenama Mamee. Sis pun baru pertama kali tau, itupun sebab anak-anak lah yang beriye bagitau. Anak-anak Sis pengemar makanan Korea, termasuklah Mee Ramen Samyang tu, dua kali ganda pedas pun anak-anak masih boleh bertahan, kalau Emaknya, menebal dah bibir oii.
Waktu Sis berbelanja di Jusco Permas, Anak ternampak promosi Mamee ni, terus ajelah apalagi, memang di cari-cari, kaut segala perisa yang ada termasuk yang dalam paket cawan, yang.
Ada dua perisa, Kimchi dan Ayam Pedas. Yang dalam pek tu ada dua rasa berlainan, ada Mamee goreng dan juga sup, yang dalam pek cawan tu hanya Mamee sup.
Yang pek macam ni ada dua. Satu sup satu lagi goreng.
Ada dua perisa. Satu Kimchi, satu lagi Ayam pedas .
Dalam pek cawan ni hanya Mamee Sup perisa Ayam Pedas . Memang sedap dan pedas okay! .
Mamee Daebak ni berbentuk peket dijual pada harga antara RM4 hingga RM4.60 sepeket.
Yang dalam cawan tu (lupa pulak harganya rm5 .
Dan semestinya HALAL. Kang jadi isu plak kan..
Kan dah kata dah, anak Sis semua hantu makanan Korea, pantang ada benda yang baru mesti nak cuba.
Layankan aje he he he . Ye amik amik segala semua perisa Ha ha ha .
Nanti Emak claim dengan Ayahnya he he he
Taraaa Sis dah cuba, memang sama macam Ramen Korea, pedas pun pedas, kenyal pun kenyal, dan yang best harga murah ok! He he he .
Ye laa kalau beli Me Ramen Korea tu, empat bungkus je cecah dekat rm29 oii, tak mahal ke tu ? ermmm bagi Sis mahai beno tu . Tapi kalau dah suka, beli dan bayar ajelah kann ermm ..
Jadi korang bole cuba yang ni, harga pun murah.
Mana-mana pasaraya besar dan kedai runcit dah ada jual. Kalau takde, Jusco Permas tu ada jual ye.
P/S: Produk diberi nama Daebak itu merupakan hasil usahasama dengan syarikat penyedia makanan terkemuka di Korea Selatan, Shinsegae Food. Jadi rasa tentu sama kan.
wahhh boleh try ni..maggi pedas giler dah try?
ردحذفYe @Hernee bole try, harga pun tak mahal. Dah try juga, pun anak kata tak pedas, jenis lidah tebal agaknya huhuhu
حذفok sis,nanti i nak beli dan cuba...betul tu...kalau yang ramen maggi tu mahal sangat...hehehe...
ردحذفPecut gi Jusco tu @SitiRohaida hehehe harga murah dari Ramen Korea tu ...
حذفAssalamualaikum lin...tahu anak mama ni mesti nak pi cari juga...mee korea yg mahal pun sanggup beli inikan yg murah ni...samalah mmg dah jd feveret anak2 mama pun makanan korea ni...
ردحذفWaalaikumussalam. Kann Mama @Maszull. Anak Lin dia tau je, terus mencari, sekali bole jumpa kat Jusco tu haa..terus beli semua perisa ..
حذفkena gi jusco permas ni.
ردحذفBorong semua @Mar hehehe ..
حذفboleh gitau kat housemate ni..depa penggemar samyang..boleh la buat ganti kalo tengah sengkek..bahahahah
ردحذفKann @Sunah, harga murah macam Megi biasa je, rasa pun sama, walau ada le kelainannya tapi tetap sejenis Ramen...
حذفFuhhh. Mamee pun dah keluarkan. Kena cuba nih.
ردحذفUyul Rosli | JDTBlogger & AFBDotMy
Ye ye sila cuba ye @Uyul he he he
حذفRM4 sebungkus? ke sepeket besar tu kak?
ردحذفIyee Mak @Suzlin, dr rm4 hingga ke rm5 he he he
حذف