Assalamualaikum wbt ..
Mee Udang Galah Gerai Manja Sungai Rambah, memang kena cuba bagi sesiapa yang belum cuba. Hakak dah berkali-kali cuba, tanpa jemu, asal ada je incik suami pelawa, Hakak takde menolak, terus ON hahahaha. Sekali dah cuba mesti akan datang berulang, walaupun tempatnya agak jauh dan terpencil, tapi sewaktu nak menuju ke sana, korang bolehlah mencuci mata di sekeliling sepanjang jalan. Lagi-lagi kalau musim durian, silap-silap, siap berhenti makan durian dulu baru sampai ke sana hehehe (macam Hakak selalu buat) hahahaha.Bukan durian je, siap beli nanas dan ubi kayu dan segala sayur kampung, yang ada di jual sepanjang jalan termasuk jagung muda hahahaha
Yang ni memang paling femes pelanggan order, Mee Bandung Udang, Nasi Goreng Udang, dan juga Udang Goreng Kunyit. Udangnya pun banyak, memang tak lokek tuan kedai ni. Hakak tak tau nak cakap macam mana, rasa kepekatan Mee Bandung dia tu terasa sangat, cukup segala bahan, kira setakat ni Hakak makan, Mee Bandunng ni yang sedap. Tu tekak Hakak laa, nanti korang cubalah sendiri.
Udangnya pun fresh-fresh, memang udang segar semuanya, rasa manis udang tu terasa. Laa Hakak tak tipu lee, korang pergi le cuba, baru tau. Rata-rata pelanggan yang datang mesti order sepinggan setengah kilo macam ni , Hakak makan ratah je hahahaha
Hakak bagi info sikit pada sesiapa yang nak ke sana ok.
Nama Kedai:
Gerai Manja Corner
Sungai Rambah,Jalan Besar Pontian-Kukup; 82000 Pontian Kecil, Johor, Malaysia.
Hidangan Istimewa -
Mi Bandung Udang
Mi Goreng Udang
Nasi Goreng Kampung Udang
Nasi Goreng Biasa Udang
Nasi Ayam Penyet
Nasi Lemak
Sate & Lain-lain
Otak-otak
Minuman Sejuk & Panas
Harga:
Makanan: Anggaran dari RM9.00 - RM15.00 sepinggan (Mengikut hidangan)
Minuman: RM1.00 - RM3.00
Lokasi:
Jeti Sungai Rambah, Pontian
Waktu Operasi:
Buka setiap hari kecuali Jumaat
4.00 petang - 12.00 tengah malam
P/S: Ok kalau kira rating bintang, Hakak bagi 9/10 okay, yang 1 lagi tu Hakak simpan dulu hahahahaha ..
Kena pegi la jugak Sabtu ni. Ada kwn kita sorg pon dok berulang mkn situ
ردحذفHehehe pergi jangan tak pergi, takut nanti dah pergi terus gian Kak @Seri hehehe
حذفAssalamualaikum lin...mama selalu juga lalu situ tapi x pulak tersinggah sbb kalau ke sana time kedai tu belum buka lg...lain kali leh cuba la....
ردحذفWaalaikumsalam, lepas ni kena singgah ye Mama @Maszull..hehehehe
حذفnak kena terjah ni. tapi bercinta jugak nak ke rambah tu kak lin.hehehe
ردحذفHehehe iyee @Julia, Sis klu tak kebetulan Suami ada kerja, kadang tunggu rajin dan ikut mood baru le kesana hehehe
حذفsedapnya tengok ^^ teringin pulak mkn malam2 ni haha
ردحذفHehehe kalau memalam pun masih buka lagi Mellya kalau nak pergi hahahahaha
حذفPernah sampai sekali jer kat Pontian ni. Jauh aaa nak makan
ردحذفBetul Kak @InaKL, memang jauh dari bandar Johor Bahru tapi seronok gak sebab lalu kawasan kampung ..
حذف