RESEPI KARI PEKAT ISKETAMBOLA

Sis Lin
16
Assalamualaikum wbt ..

Betul ke nama ketam ni isketambola? Hakak pun tak tau dik, sebabnya masa beli tu, Hakak tanya penjual tu, ketam apa ni, dia jawab isketambola. Sebabnya kataya rupa macam bola, tapi ketam, so di pendekkan nama jadikan isketambola. Yang Hakak ko ni teruja tengok cute beno ketamnya, so Hakak beli hak sekilo. Masak kari sedap kata budak jual tu. Ok Hakak cuba .




Rupa memang pelik, tapi bila dah masak memang rasa ketam, isi pun banyak, dan sedap!.
Nak menyiangnya pun sama je macam ketam biasa, buang bawah perut tu, dan kakinya tetap ada sepit. 
Eh ! jap..kaki ke tangan ek ? hahahaha




So Hakak cuba masak kari pekat. Sedap laaaa, ke Hakak masak memang sedap hahahaha...
Ok Hakak share jugalah resepi Kari Pekat ni kat sini ya .Kot mana le tau korang komen kang "Kak, nak resepi Kak" , Hakak dah faham sangat soalan tu hahahaha ..


Bahan-bahan 

1 kg ketam 
3 cawan santan
4 sudu besar serbuk kari
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai (di ketuk)
2 keping asam keping
Serbuk perasa, garam dan gula
Minyak masak untuk menumis


Cara-Caranya

Ketam di siang dan di bersihkan. Serai di ketuk.
Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk halus.
Panaskan minyak, tumis serai dan masukkan pula bahan-bahan yang di tumbuk tadi dan di ikuti dengan rempah kari yg di bancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan santan, asam keping, garam dan sedikit gula. Masukkan pula ketam.
Kacau sehingga mendidih dan 
Kacau lagi sehingga masak.
Setelah cukup rasa matikan api dan bolehlah di angkat dan hidangkan.

Mudahkan, so selamat mencuba .
Nak guna binatang lain pun bole, cuma resepinya tetap sama jer.





P/S: Hakak ni memang suka mencuba benda yang lain dari lain, sebab tu Hakak beli ketam tu nak cuba. Incik suami pun kata sedap hehehe..


Tags

إرسال تعليق

16تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. nampak sedap sangat sis.. hantar rumah..

    ردحذف
  2. hoiiii mencabar keimanan..eh seriouslah tak pernah jumpa isketambola ni..

    ردحذف
    الردود
    1. Kakakakah nanti pi Pasar Borong Pandan beli yer @Hernee hehehe

      حذف
  3. Assalamualaikum lin...wah ! Isketambola yer...senang nak menyebutkan..

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull ..Kann Maa, nama pelik, rupa pelik tapi rasa sedap!

      حذف
  4. wahhh.. tak penah nampak lagi isketambola ni.. ingatkan saje2 je ada nama isketambola tu.. haha

    ردحذف
    الردود
    1. Tu laa @IbuDilah, Lin pun pertama kali tengok, tanya penjual, dia sebutnya namanya, baru le tau hehehe

      حذف
  5. Saya ingatkan isi ketam dibulat2kan kak.hahaha...ketam betul rupanya

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe @Julia, isketambola memang sejenis ketam hahahaha

      حذف
  6. fuhhh sedapp betul..ain dah la peminat ketam...hehhee..

    ردحذف
    الردود
    1. Nanti bolelah cuba dan buat ye @Farahain he he he ..

      حذف
  7. Tak pernah plak bertemu muka ngan isketambola ni kak..banyak ke isinya...

    ردحذف
    الردود
    1. Banyak @Amanda. kat JB ni setakat ni jumpa kat Pasar Borong Pandan aja, lain-lain tempat takde nampak. Isi banyak, lbh padat dr ketam biasa tu ..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!