RESTORAN ZZ SUP TULANG, JOHOR BAHRU

Sis Lin
15
Assalamualaikum wbt ..


Selamat pagi sahabat semua. Salam Jumaat dan selamat mengerjakan Solat Jumaat bagi kaum adam. Dah selesai Kahfi? Alhamdulilah, bagi yang belum tu, masih sempat lagi ye. Mudah-mudahan Allah memberkati perjalanan hidup kita semua. Aamiinn.
Salah satu tempat terkenal dan viral di Johor, tak lain tak bukan Restoran ZZ Sup Tulang. Baik orang Johor ataupun bukan orang Johor. Sebut aje nama restoran ini, pasti semua orang tau.
Di sini memang terkenal dengan Sup Tulang Gear Boxnya, Mee Rebus, Mee Sup dan juga Nasi Ayam Penyetnya. Kalau datang sini korang mesti kena cuba semua menu ni. Dah cuba sekali mesti nak lagi dan lagi.
Bagi Sis, Sis memang suka Mee Sup Tulang dia, dengan sambal kicapnya, terangkat sungguh kening mata masa makan ha ha ha . Pulak tu di sediakan sekali dengan straw, senang nak sedut som som dalam tulang tu, takde le korang nak terkorek-korek.




Ianya terletak di 20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor.
Kalau dari Kawasan Mahmodiah tu, ikut jalan dalam dan akan nampak simpang sebelah Kiri papan tanda ke Jalan Petri tu, jalan je terus, pasti akan jumpa, atau melalui Jalan Yahya Awal sebelah Petron, masuk simpang Petron tu, jalan sikit ke depan, kemudian belok ke Kanan. 
Di buka setiap hari dari jam 6am hingga ke jam 12pm .




Yang ini menu paling Sis suka tiap kali datang sini. Mee Hoon Sup GearBox he he he.
Makan dengan sambal kicap, lagi pedas lagi power. Siap dengan straw okay. Tak payah malu-malu, sedut aje, memang orang yang datang makan kat sini semua orang kaki sedut ha ha ha .




Yang belakang tu, pilihan menu anak-anak Sis, Nasi Ayam Penyet. Kata anak sambal dia dengan ayam dia sedap. Siap minta sambal lebih lagi he he he.
Puashatilah makan. Ada juga menu-menu lain, contohnya, yang goreng-goreng panas ke, nasi putih berlauk ke, semua ada. Goreng pisang dan jejemput pun ada. 
Jadi yang belum cuba tu, silalah ye. Ikut waze aje, mesti sampai .







P/S: Selalu pergi dengan Suami, siap berlumba-lumba menyedut, dua-dua hantu sup tulang. 



Tags

إرسال تعليق

15تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sedapnya..entah bila la SA boleh pergi ni...geram plak SA tengok..SA pun suka tulang gearbox tp x leh makan selalu..pening..naik tekanan darah

    ردحذف
    الردود
    1. Ada rezki nanti, jom turun JB ye @Amanda. Sis nasib baik kalau makan darah tak naik walau dah ada tekanan darah tinggi, maybe sebab makan ubat he he he

      حذف
  2. Fuhh sedapnya nampak sup tulang tu. Bila lah nak jalan jalan Johor Bahru lagi. Heheh.

    ردحذف
    الردود
    1. Jomm nanti singgah-singgah le ke sini ya @Inani . Bagitau le kalau datang JB ..

      حذف
  3. Jomm @Izwan, nanti turun JB roger-roger. Sis suka sup dia, sebab memang peberet gearbox tu he he

    ردحذف
  4. Sis lin.. dilah duk jb dh 15thn tp x penah lagi g sup tulang zz yg kat situ tau. Haha.. yg kat setia tropika tu je dh bape kali pegi.

    ردحذف
    الردود
    1. Ha ha ha gelak tau Sis baca, kalau Sis ni dah tak terkira perginya berapa kali @Dilah. Lepas ni pergilah sebelum bersalin tu he he he

      حذف
  5. Assalamualaikum lin...wah !meriahnya mkn sup tulang tu sedut lin jgn x sedut yer...hahahaaa

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull, memang meriah Maa, tak malu nak sedut sebab situ semua orang menyedut ha ha ha

      حذف
  6. pernah makan sekali je kat sini. selera besar sis lin
    JanjiKita

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha Selera memang besar @Mar , sekali makan besar dan badan pun besar ha ha ha

      حذف
  7. huwaaaa,,,sedappnyaaa..lama dah ain tak ke sini. adoi , sislin ni saje je tauuu...hahahhaa..

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha @Farahain, nanti jom le kita meet up kita pi sesama he he he

      حذف
  8. kita selalu lalu je.,.tapi tak pernah singgah pun kat sini

    ردحذف
    الردود
    1. Lepas ni jomm @SitiRohaida, kita pergi, kalau ko cuti ke MC ke bgtau he he he

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!