Assalamualaikum wbt ..
Selamat pagi Ahad buat semua. Sudah sarapan ke ? Mesti masak yang sedap-sedapkan untuk keluarga tercinta. Kalau Sis terbalik pula, setiap hari Ahad, adalah hari 'tutup dapur' . Hari ISTERIrehat katanya. Biasa memang dari pagi hingga ke malam, incik Suami akan bawa keluar makan sarapan sampai laa makan makan. He he he .
Ada masa tu masak juga, kalau tiba-tiba incik Suami teringin nak makan apa ke, jadi kena masak. Tapi jarang-jarang .
Pagi ini Sis nak kongsi sedikit mengenai tip-tip keselamatan dapur. Yelaa kita ni kaum wanita atau lelaki selalu juga ke dapur kan, tapi lebih kepada wanita la. Jadi ada tak korang utamakan keselamatn di dapur ?
Ada yang kita tau dan ada juga yang tanpa sedar kita tidak ambil langkah berjaga-jaga kan ?
Jadi hari ini Sis nak kongsikan bersama.
DISIPLIN DAPUR
KETAHUI APA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN
Gunapakai hiasan yang sesuai untuk mengelak daripada terjadinya kejadian tidak diingini seperti melecur, terjatuh, terpotong, luka akibat mesin dan banyak lagi. Dapur bukanlah sebuah taman permainan dan setiap orang perlu berhati-hati dan mengelak daripada sebarang bahaya.
BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT
Jangan kelam kabut ataupun berlari semasa berada di kawasan penyediaan makanan dan kawasan memasak. Anda tidak perlu kelam kabut demi menjimatkan beberapa saat dan sebaliknya membuang masa di hospital sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.
PERALATAN YANG BETUL
Pastikan kita memahami cara yang betul untuk menggunakan peralatan dan perkakas dapur. Baca arahan dan pastikan barangan elektrik selamat untuk diguna. Perkakas merbahaya harus digunakan di bangku kerja atau work bench. Gunakan mana mana peralatan hanya untuk tujuan asalnya sahaja.
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAK
MENGALIH PERHATIAN DARI DAPUR MEMASAK
Jangan biarkan makanan masak di dapur tanpa perhatian. Makanan boleh beralih dari peringkat masak, ke hangus, ke terbakar dalam sekelip mata. Tanpa disedari, kejadian tidak diingini mungkin tercetus.
API MENYALA
Matikan gas ketika tidak menggunakan dapur memasak. Kita mungkin tidak sedar bahawa dapur gas masih menyala. Api yang menyala boleh menyebabkan kemalangan. Tindakan itu juga dapat menjimatkan bil gas.
BAHAYA TERSEMBUNYI
Jangan letakkan objek tajam atau panas di bucu yang tidak mudah kelihatan. Kita yang sedang sibuk mungkin tidak sedar akan bahaya tersembunyi seperti tersebut. Simpan objek tajam di suatu sudut yang selamat agar kesemua petugas akan lebih berjaga-jaga.
BARANGAN YANG PERLU ADA!
PEMADAM API
Pastikan terdapat pemadam api di sisi anda. Pada masa yang sama juga, anda prlu mengetahui cara-cara untuk menguruskan sebarang kejadian kebakaran elektrik atau gris. Padamkan api dengan menghentikan sumber oksigen dengan menggunakan penutup periuk, serbuk atau garam – bukannya air.
PETI PERTOLONGAN KECEMASAN
Pastikan terdapat sebuah Peti Pertolongan Kecemasan di dalam dapur. Sekiranya terjadi sebarang kejadian, pastikan anda bersedia untuk menghadapi kes seperti luka kecil dan peti pertolongan kecemasan anda mengandungi bekal yang mencukupi . Barangan medikal juga mempunyai tarikh luput, oleh itu pastikan barangan berkenaan digantikan sekiranya perlu.
KASUT KESELAMATAN
Semasa berada di dapur, pastikan anda memakai kasut tertutup ataupun selipar khas dapur untuk melindungi kaki anda. Pisau yang terlepas boleh mengakibatkan kudung jari kaki. Sup mendidih yang tertumpah boleh menyebabkan luka yang amat perit.
Artikel asal dari SINI .
P/S: Tanpa kita sedar, kita pun kadang tak tau kan? Termasuk Sis. Lepas ni mana yang perlu, dah boleh ambil langkah berjaga-jaga .
aduuu...ngilu bila membayangkan benda2 tajam jatuh atas kaki...benda paling bahaya adalah pisau samurai brownies...tajam nak mati..kalo lepas basuh, kena letak elok-elok dalam bakul pinggan...sebab pernah kena hiris time nak ambil benda lain, takut orang lain pulak terhiris..
ردحذفSamalah Sis @Sunah, paling takut bab yang kaki tu, memang Sis pakai selipar yang bulu-bulu tu klu ke dapo, takutttt
حذفlepas ni nak pakai boot bila masak kat dapur sendiri. kalau kat kitchen kolej memang wajib pakai boot
ردحذفKannn @SeriKandi, tapi macam pelik plak ha ha ha..Kita pakai selipar bulus he he he
حذفade tipss kt sini yg kite tau pun heee..
ردحذفAlhamdulilah, kann Sis plak banyak yang Sis baru tau @MisDiarios ...
حذفtq atas prkongsian ni akak.. bagus tips mcm ni. pringatan untuk smua. <3
ردحذفSama-sama kasih @Busyra, sama-sama kita berjaga-jaga ..
حذفlepas ni nak masak kena utamakan keselamatan dulu, risau juga benda benda tak diingini terjadi.
ردحذفUyul Rosli | JDTBlogger
Kann @Uyul, Ss pun ada yang tak tau, sekarang dah tau so kena amik peduli juga dan berjaga-jaga ..
حذف