TIPS MENGAMBIL GAMBAR DENGAN TELEFON PINTAR

Sis Lin
18
Assalamualaikum wbt .


Selamat petang semua. Ada baik ke harini ? Mudah-mudahan semuanya sihat-sihat aja. Maklumlah musim cuaca tak menentu sekarang, kejap panas kejap hujan, jadi kenalah jaga kesihatan ye.
Petang macam ni Sis nak skongsi Tips fotografi tapi bukanlah guna DSLR ke tapi guna smartphone atau telefon pintar. 

Perkembangan dunia telefon pintar sejak keluarnya iPhone menyebabkan kamera/DSLR bukan lagi medium utama untuk mengambil gambar. Pegilah ke mana-mana laman perkongsian gambar, majoriti gambar yang dimuat naik adalah dari smartphone.
Salah satu sebab mengapa telefon pintar menjadi popular ialah lebih mudah untuk berkongsi gambar dengan rakan-rakan. Lepas shot, boleh terus upload ke Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

Motif letak gambar ni ? Semalam tak rasa, harini tengok gambar terbayang-bayang. Padan muka!

Kualiti imej yang dihasilkan semakin meningkat, walaupun masih tidak dapat menandingi DSLR terutama bila mengambil gambar dalam situasi “low light”.
But still takda masalah nak menghasilkan gambar yang cantik.


1. Bersihkan Lens
Smartphone biasanya takda lens cap seperti kamera/DSLR. Jadi sebelum shot, ada baiknya bersihkan lens dengan kain yang bersih. Kalau tak gambar akan blur disebabkan minyak/kotoran.


2. Jangan Zoom
Elakkan guna digital zoom. Buruk bebenor gambar kalau guna digital zoom, lainlah smartphone korang ada optical zoom yang saya cukup pasti memang tak wujud lagi smartphone dengan optical zoom. Kalau nak besarkan subjek dalam gambar, lebih baik crop menggunakan photoshop atau mana-mana image editing software


3. No Flash
Jangan seronok beronok-ronok sangat kalau smartphone korang ada flash sebab flash pada smartphone sangat tak boleh di harap. Lebih banyak mencacatkan dari mencantikkan (red eye & muka nampak berminyak).
Melainkan korang tau macam mana nak “diffuse” atau “bounce” cahaya dari flash. Cuba gunakan night mode. Tapi kena berhati-hati sebab night mode berfungsi dengan menurunkan shutter speed dan gambar mudah blur.
Sumber cahaya ada banyak, lampu, matahari, lampu suluh, lilin. Kalau dah takda pilihan, baru gunakan flash.


4. Gegaran
Tidak seperti kamera/DSLR, telefon pintar biasanya tidak mempunyai stabilizer kecuali yang high end model. Gambar lebih mudah blur sebab gegaran terutamanya gambar yang diambil pada waktu malam kerana kelajuan shutter secara automatik akan dikurangkan untuk membolehkan banyak cahaya masuk supaya gambar tak underexpose.


5. Setting
Mahirkan dengan setting kamera pada smartphone korang. Sesetengah model membolehkan korang mengawal fungsi tertentu secara manual seperti white balance dan exposure.


6. Apps
Ada banyak apps yang boleh digunakan untuk menggantikan default apps pada smartphone. Tak perlu install semua, cari yang sesuai ikut gaya fotografi korang.
Contoh Apps: Split Pic, Multi Lens, Big Lens, Manga Camera, Fast Camera & Fish Eye.


7. Aksesori
Aksesori tambahan boleh digunakan untuk mengatasi limitasi yang ada pada telefon pintar. Contohnya korang boleh beli lens tambahan untuk mendapatkan focal length yang berbeza.


8. Segalanya Komposisi
Komposisi masih lagi penting walau canggih mana pun smarphone yang korang pakai. Cuba tengok contoh-contoh yang ada di internet dan tiru komposisi yang diorang guna. Yup, cara terbaik untuk mahir komposisi ialah dengan meniru.


9. Editing, Jangan Over!
Sangat mudah nak edit gambar dengan smartphone. Kalau dulu kena transfer gambar dari kamera dan edit dalam komputer, sekarang lepas snap boleh terus apply efek-efek atau filter yang ada.
Kebanyakkan apps seperti Instagram membolehkan pengguna memberikan efek yang diingini dengan hanya satu langkah. Bagi mereka yang mahir, apps seperti Snapseed dan Adobe Touch menjadi pilihan.
Satu je nak pesan bila buat editing kat smartphone, JANGAN OVER. Boleh seksa jiwa melihat. Buat ala kadar, sesedap rasa. Boleh?


10. Kongsi & Kritik
Kalau korang serius dalam fotografi, kongsi gambar yang terbaik sahaja. Ingat, mereka yang hebat dalam fotografi pun tak semua gambar yang diambik cantik, ada jugak yang tak menjadi, tapi diorang tak tunjuk kat siapa-siapa. Diorang hanya tunjuk yang terbaik sahaja.
Nak share kat mana? Cari platform yang popular seperti Instagram, Flickr atau 500px. Follow mereka yang korang rasa memang layak dipanggil photographer dan mintak komen. Dari situ boleh belajar banyak dan insyAllah boleh improve lagi.


Artikel asal di SINI .
Moga manfaat buat semua .




P/S: Sejak guna iphone8+ ni, DSLR Sis terperap aje kat uma he he he. Lagi mudah guna telefon pintar ..


إرسال تعليق

18تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. mata sis ada seni dalam fotografi.. nampak gambar cun2 je

    ردحذف
    الردود
    1. Ye ye or je la ko @Hernee. Kena teknik betul, sapa-sapa pun boleh jadi pro ...

      حذف
  2. الردود
    1. Ha ha ha boleh aja, duk diam aje tu.. Eh terkejut kita @anakomak komen ha ha ha

      حذف
    2. hahahah ngekk...
      kena la sapot kawan kembali jadi blogger hahaha :P

      حذف
    3. Hehehe terbaekkk laaa @Anakomak..meh la menulis balik oiiii...

      حذف
  3. assalamualaikum lin...lawoo no gambo...bolehlah belajo amik gambo dgn sis kita ni boleh x...hahahhaa
    ** Mama Maszull

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumsalam Mama @Maszull..alaa Maa bukan pandai sangat pun. Teknik je tu ..

      حذف
  4. cantik gambo sis lin... skrg amik gambo guna smartphone je senang.. tp kena pandai amik angle kaan baru gambo cantik..

    ردحذف
    الردود
    1. Tengok gambo je dah lapar kan ha ha ha ..@IbuDilah bwk berehat ye ha ha ha

      حذف
  5. Terima kasih atas perkongsiannya sis lin.akan ku praktikkan dalam dunia blog ini...

    ردحذف
    الردود
    1. Sama-sama @Julia..blalah nak jumpa awak kan, boleh bergambar bersama..

      حذف
  6. good tips..sekarang tengah mahirkan tangan untuk ambil gambar...tapi kalau beri iphone sebijik ok gak..hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha hamboi-hamboi , sila praktikkan ye @SitiRohaida ha ha ha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!