Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi dan salam Jumaat buat semua. Moga harini Allah permudahkan semua urusan kalian .
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang, sedar tak kita semua bahawa kehidupan didunia ini hanya sementara, satu masa nanti kita semua akan kembali jua kepada Yang Maha Pencipta ke alam yang lebih kekal, syurga atau neraka .
Dimana tempat kita? semuanya bergantung pada amalan didunia ini.
Iya..amalan didunia menentukan nasib kita di sana .
Dunia penuh dengan pancaroba, penuh dengan keindahan yang adakalanya melekakan dan membutakan mata kita, sehingga kita tersesat jauh dari landasannya, tersasar jauh dari jalan Allah, kita selalunya hanya akan tersedar bila Allah menurunkan musibah pada diri kita..itu lumrah manusia…selagi tidak ditimpa kesakitan atau musibah…selalunya Allah dilupakan…namun bila ditimpa bencana…barulah kita kembali mencariNya..begitulah perangai manusia..namun..Allah itu Maha Pengasih, Maha Pengampun..dan tak pernah menganiaya hambaNya….hanya kita yang sering menganiaya diri sendiri….
Setiap perbuatan kita didunia ini, walau sebesar zarah sekalipun…ada balasannya…jgnlah menidakkan kesalahan kita…jgnlah beranggapan Allah tidak tahu perbuatan kita…Allah takkan membalas perbuatan kita…itu semua bisikan syaitan yang membisikkan kejahatan dalam diri manusia…setiap inci apa yang kita lakukan pun Allah itu Maha mengetahui kerana Allah sentiasa dekat degan kita…hatta lebih dekat dari salur pembuluh darah kita…
Maka, beringatlah kita sentiasa….janganlah melakukan kejahatan…kerana balasan itu pasti ada….buat baik dibalas baik..buat jahat dibalas jahat..tak kiralah niat kita baik sekalipun..kerana matlamat tak menghalalkan cara…yang haram tetap haram dan akan dilaknat Allah..dan bila Allah laknat..pastinya hidup kita
tidak berada dlm redhanya…
Tetapi sebagai hamba yang masih diberi peluang bernafas dimukabumi ini..masih tidak terlambat untuk kita bertaubat dan memohon keampunan Allah..tak perlu kita menunggu sehingga datangnya pembalasan kepada kita…kerana kita sendiri tak tahu..masih ada ruang kah buat kita saat tibanya hari pembalasan itu ?
Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri…pastinya setiap kita tak lepas dari melakukan dosa, dari sekecil-kecil dosa mahupun yg sebesar-besarnya seperti berzina,mengamalkan sihir,menganiaya hidup insan lain dan sebagainya….Sedarlah…amalan sihir itu tindakan menyekutukan Allah…astagfirullahalazim. Hairannya..di zaman moden ini,masih ada insan mengamalkan sihir dengan tujuan supaya orang jatuh kasih..supaya pihak lain teraniaya,supaya impiannya terlaksana…tapi persoalannya…bahagiakah kita
atas kedukaan orang lain…kesusahan orang lain.
Ya, sudah pastinya Allah itu maha Berkuasa…dengan kuasanya..dia mengizinkan setiap perkara samada sihir atau apa jua perbuatan kita menganiaya hidup seseorang…tapi…adakah keizinanNya itu..bermakna Dia menyokong tindakan kita? TIDAK sama sekali bukan..keizinanNya bersebab…dan jangan dilupakan setiap kejahatan akan ada balasanNya…jangan diingat kejahatan itu akan terlepas begitu sahaja….
Sebagai hambanya,marilah kita kembali kepada ajarannya..sedarlah..sesungguhnya..menyakiti hati insan lain pun dikira berdosa…apatah lagi…kita sengaja menyakiti dan menganiaya orang itu dengan sengaja…memang hati kita puas….tapi..jangan dilupa balasan Allah pada kita…hari ini..kita pasti berasa senang hati..puas.gembira..bahagia..atas “kemenangan” seketika..tapi…sentiasalah beringat balasan Allah TETAP ADA!!.
BALASAN ITU PASTI!!
Buat semua, insafilah diri sebelum terlambat..janganlah menganiayai sesama insan tak kiralah dengan apa cara sekalipun..kerana apa saja perbuatan yang menyakiti hati atau diri sesaorang itu satu penganiayaan..san janganlah juga kita menganiyai diri sendiri dengan melanggar laranganNya ..kerana balasan Allah itu amat perit dan pedih..Waallahuaklam ..
P/S: Terima kasih sudi membaca, peringatan buat diri sendiri juga..
Terkesan di hati.
ردحذفJuga peringatan buat diri sendiri.
Begitu juga Sis @Aizamia ..Sama-sama kita pesan memesan...
حذفZaman moden pun sihir tetap ada. Amalkan Al mathurat untuk perlindungan diri.
ردحذفBetul @Suhailah..Tak takut balasan di akhirat agaknya..Moga kita semua di lindungi Allah swt ..
حذفsihir...benda yang saya paling risau berlaku dalam setiap rumahtangga...semoga kita semua dilindungi Allah dari manusia2 yang berhati dengki..
ردحذفYe @Sunah, betul tu, paling menakutkan..Moga kita semua terlindung dari perbuatan syaitan ..aamiinn
حذفsemoga kita sentiasa dilindungi dari sihir dan perkara buruk...
ردحذفAamiinn..Mudah-mudahan @Sheila..takutkannn..
حذفperingatan bersama.moga kita terpelihara.
ردحذفJanji Kita
Mudah-mudahan..aamiinn @Mar ..
حذف