IFTAR RAMADHAN DI PASSION FOOD CAFE JOHOR BAHRU

Sis Lin
14
Assalamualaikum wbt.

IFTAR RAMADHAN DI PASSIONFOOD CAFE JOHOR BAHRU | Dah ada idea nak memasak berbuka ke tu? Masak apalah kan agaknya tu. Harini Sis belum ada idea nak masak apa, tapi ikan dan sotong dah keluarkan dari peti ais. Takut Suami ajak berbuka di luar harini, semalam katanya nak survey-survey baju raya. Tengoklah nanti, kita follow aja. Sambil-sambil tu meh la baca apa yang Sis nak kongsikan ni. Hehehe jangan marah, cite makan lagi opss..

Baru-baru ni kami #JDTblogger dapat undangan majlis berbuka puasa di #Passionfoodcafejb di Taman Pelangi Jb. Orang kata rezki jangan di tolak kan, lagi-lagi bulan puasa ni, jadinya On aje. Pertama kali juga dengar cafe ni dan pertama kali juga nak ke sini. Tertanya juga, eh cafe pun ada juga ye pakej berbuka puasa. Biasanya restoran-restoran aje. Menarikkan. Sebab tu teruja nak pergi, siap google lagi. 


Nak ke sini tidak susah mana, kalau dari Johor, masuk aje Jalan Serampang, dan jalan terus dalam 700m, sampailah tempatnya. Parking pun senang juga, depan kedai aja. Menarik tempatnya. Sis rasa dulu deret-deret ni asalnya rumah, tapi mereka dah ubah usai di jadkan kedai/cafe. 
Deko dalamnya sangat menarik. Lebih kepada warna pink-pink gitu, Suasasana romantik, tidak bising dan serivisnya cepat. Tempat makannya, korang boleh makan samaada nak makan di dalam ataupun di luar. Kalau di luar pun menarik dekonya. Tidak panas, sebab ada kipas semua di sediakan, kalau bahagian dalam ada ekonlah.
Pelayan juga tak lokek senyuman, begitu juga tokei kedai hehehe.


Ini antara #JDTblogger yang datang Iftar Ramadhan di sini. Walaupun suku darinya tapi tetap meriah macam biasa. Sis Sari Yusa, Sunah, Kim, Mia dan Mar Mansor.


Dan itulah tokei kedainya, berbaju hitam kiri sekali  (nama dia Sis lupa plak dah,erkk), sangat mesra orangnya. Menurut katanya, Passionfood Cafe ni dah 7 tahun di Johor, cuma lokasi yang ini baru lagi 2tahun beroperasi. Yang lama telah tutup sebab keadaan tempat yang kecil. 
Thank You Madam, jemput kami semua ke sini.
Okay jom tengok apa yang Sis makan haritu ya.


Inilah pakej menu yang di sediakan. Hanya rm50 korang akan dapat setiap satu menu yang di atas, pilih sahaja., dari menu pembuka selera hinggalah ke pencuci mulut. Semua sedap.


Untuk menu Starters, Sis pilih Sup Cendawan ( Truffle Mushroom Soup)
Sup dia sangat pekat dan yang best sekali, penuh isi, cendawan dia banyak sekali dalam tu. Sangat sedap!


Untuk mains menu, Sis amik Seafood Aglio Olio.
Uii yang ni memang mabeles, rasanya agak pedas tapi tetap sedap! Dia punya seafood fresh, lebih-lebih lagi kupang tu. Segar bangat!


Sweet Endings menu Sis order Strawberry Snow
Ermmm sedapnyaaa, ada aiskrim dan di kelilingi oleh strawberry yang segar! Sedap sangat!


Untuk minuman pula Sis order Ice Passion Fruit Lemon Tea.
Segar sekali bila minum, sejuk masuk ke dalam rongga-rongga selepas berbuka hehehe.

Okay lain-lain menu, korang kena pergi sendiri dan cuba ya, Yang ini Sis kongsi apa yang Sis makan sahaja. Ternyata semua sedap-sedap. Kawan-kawan semua pun kata begitu juga. 
Korang boleh juga makan kek ke, macaroon ke kalau nak, memang sentiasa ada jual. Harga berpatutan, yang penting sedap. 

ini alamatnya ye. korang boleh walk in sahaja, kecualilah kalau korang nak booking ramai-ramaikan, boleh terus telefon.

Passion Food Cafe Johor Bahru 
71, Jalan Serampang, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

Sabtu : 10.30am - 10pm
Ahad: !0.30am -10pm
Isnin : TUTUP
Selasa : 12pm 10pm 
Rabu : 12pm 10pm 
Khamis : 12pm - 10pm
Jumaat : 12pm - 10pm

Phone : 017-338 0098






P/S: Memang sangat sukalah tempat ini, selain SDS, lepas ni boleh la ajak Suami dating ke sini pula hehehe.  


Tags

إرسال تعليق

14تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. teringat2 rasa soft shell crab salad dia...

    ردحذف
    الردود
    1. Memang semua menunya kan @Sunah, tak sangka ada Cafe macam ni yang saji pakej Ramadhan..

      حذف
  2. الردود
    1. Betul, memang sedap-sedap semuanya Kak @Normi..

      حذف
  3. cantiknya dekorasi cafe ni..menarik la ada buat iftar ramadhan jgk..presentation makanan pun menarik..blh ajak suami ke sini nanti..huhu

    ردحذف
    الردود
    1. Betul @CikTom, sangat menarik Cafe ni, privacy dan tidak bising. Nanti leh bawak incik Suami Cik Tom ye dating hehehe

      حذف
  4. airnya mengancam sis..tekak ni rasa haus bila nampak air tu..nasib nampak waktu malam..heehe

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha @Nadia, airnya sangat segar masuk dalam tekak.Fresh lemon jus gituu

      حذف
  5. الردود
    1. Ooo sedap ye @MarMansor, Sis amik lemon tea plak, nantilah nak pergi lagi..

      حذف
  6. wah makin meriah blogger jb, seronok aa makan makan sambil pot pet pot pet

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah @KakIna, rezeki #JDTblogger, kami masih baru..banyak lagi kami nak belajar ni..doakan team kami ye kak..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!