Assalamualaikum wbt.
KARI KAMBING KERISIK NOXXA | Salam 13 Ramadhan buat semua. Ya Allah dah hampir separuh bulan Ramadhan dah kan kita berpuasa. Masa pantas berlalu. Diam-diam dah sampai penghujungnya nanti. Moga kita semua di panjangkan umur hingga ke Syawal, aamiinn.
Okay, harini semua cuti ya, kemana tu? Ada yang dah bersiap nak keluar dah ye? Mesti mau soping raya kan. Hati-hati di jalanan ye, jaga anak-anak kecil tu, jangan sampai nanti sibuk memilih, anak ntah kemana hehehe.
Okay, Sebelum tu, Sis nak jelaskan sikit mengenai entri Sis semalam yang pasal Abang Jual Muffin Bantu Adik Sekolah , ramai yang komen, rupanya pernah viral dulu kes penipuan menjual muffin ni, dan di katakan muffin tu tidak halal, dan yang menjualnya bukan orang Malaysia. Sis baca komen-komen tu pun dah rasa tak sedap hati sebab Sis dah makan muffinnya. Tapi itulah, seperti yang Sis katakan, waktu Sis melihat dan membeli, tidak ada rasa sedikit pun syak wasangka kepada budak muda tu. Niat membeli sedekah, tu je. Mungkin Allah tutup hati 'hitam' Sis supaya bersangka baik. Jadi apa-apa yang dah berlalu tu, Sis serah pada Allah aje. Kalau dia menipu, Allah juga yang mengetahui.
Ok berbalik pada tajuk, korang masak apa harini? Mesti korang berbuka kat luar kan? Yelah hari cuti kan, masa untuk bersama family. Sis pun harini belum ada idea, cuma semalam Suami kata, nak belanja anak makan steamboat, so kita tunggu aje lah hehehe. Kalau yang takde idea nak masak, boleh cuba resepi Kari Kambing Kerisik Noxxa Sis ni. Sebab apa Noxxa? Sebab Sis lembutkan kambing tu guna Noxxa hehehe. Cepat dan daging jadi empuk sangat!
KARI KAMBING KERISIK NOXXA
Bahan-bahannya:
Sekilo daging kambing
Serbuk kari Babas (Ikutlah kepekatan rasa kari yang korang suka)
4 ulas bawang merah (di kisar)
3 ulas bawang putih (di kisar)
Seinci halia (di kisar)
Satu batang serai (di kisar)
Lada kisar 2 sudu besar
Kayu manis/Buah pelaga/Bunga lawang/Bunga cengkih
2 biji terung pendek (dipotong 4)
1 kotak kecil santan
1 paket kecil kerisik
Garam, serbuk perasa dan juga gula.
Cara memasaknya:
Daging kambing di cuci dan di toskan.
Masukkan ke dalam periuk Noxxa, dan set HP dan setkan masa 30minit, tunggu sehingga masak.
Setelah daging kambing masak, buang air daging tu (Sis tak suka guna air daging tu, sebab hamis baunya) dan toskan.
Kemudian sediakan kuali, bila sudah panas, masukkan sedikit minyak, kemudian masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan tumis sekejap.
Setelah itu, masukkan bahan kisar dan juga lada kisar, biarkan garing sekejap. Dan kemudian, masukkan pes kari, gaul hingga garing pecah minyak. Masukkan air, dan tumis lagi. Kemudian masukkan air dan tumis lagi, (tumislah hingga 4-5kali atau lebih, lagi lama lagi sedap).
Setelah itu, masukkan kambing dan gaul sebati bersama rempah. Masukkan air, jangan terlalu banyak (agak-agak sahaja, sebab nanti nak masuk santan).
Biarkan mendidih sekejap. Setelah itu, masukkan kerisik dan juga santan, kalau pekat, tambah air (ikut masing-masing nak pekat atau cair). Gaul dan masukkan terung dan segala bahan perasa.
Biarkan mendidih hingga terung masak.
Setelah itu, tutup api dan boleh di hidangkan.
Senangkan.
Rezeki kami berbuka semalam.
Suami makan semalam bertambah nasi. Kebetulan Suami bawa kawannya sekali, rezeki dialah dapat makan kambing hehehe. Suka tengok, semua makan bertambah dan licin sekelip mata hahaha.
Ada periuk Noxxa, kerja merebus dan melembutkan daging ke ayam tua ke ayam kampung ke, jadi senang. Kalau dulu berejam-rejam nak bagi empuk, sekarang tekan, tunggu, siap!
Berbaloi beli dan puashati. Makaseh incik Suami sebab tolong bayarkan hehehe.
Yang belum ada lagi periuk Noxxa, haa bolehlah beli ya. Sis jamin, senang dan memudahkan kerja nak memasak. Macam-macam boleh buat gan Noxxa ni, cuma Sis belum explore lagi hahaha.
Mu tunggu..
P/S: Ada ayam tua Suami beli, nanti kita masak, Ungkep Ayam Tua Noxxa pulak hehehe.
Berbaloi betul kan noxxa tu. Kita jarang masak kambing ni org kata air rebusan dia tu power rupanya hamis ya. Kita salu makan kat kedai atau kenduri aje
ردحذفSangat Kak SeriKandi, walau bayar sikit-sikt, akhirnya dah selesai juga. Ye Kak, Lin kalau rebis daging memang tak guna balik air rebus tu, tgk pada keadaanlah..
حذفassalamualaikum lin....mmg senang kalau ada periuk tekanan ni...lebih mudah memasak...
ردحذفWaalaikumussalam. Ye Mama @Maszull, senang cepat dan daging jadi lembut sangat!
حذفbelikan i noxxa satu..nak buat kambing kerisik noxxa ni..ahaks
ردحذفHahahaha bole terus contact Puan Seri Kandi ye @SitiRohaida hahahaa
حذفsedapnya menu dia kan.best ada noxxa ek.
ردحذفJanjiKita
Ye @MarMansor, best gile, jadi kerja memasak mudah. Kena pulak uma Sis memang suka makan daging, sesuai sangat!
حذفWah wah dh pkai noxxa kwn aku ni haha..dh ada noxxa, dapur x berasap la ye hehe
ردحذفKekekeke uii dapur kena le berasap, takkan le semua menu masak dalam Noxxa @Retna..ada certain je..
حذفgaul dengan nasi pana2 ya ampun..nyesal masuk sini..
ردحذفKakakakah engko punya tulis ayat tu macam tak puasa je @Hernee hahahahaa
حذف