dah jalani kimoterapi untuk kali yang kedua di Hospital Sutan Ismail pada hari Selasa baru-baru ini.
Jadi ada berbaki lagi 4x rawatan kimo mengikut kata Doktor. Tapi selepas rawatan kali yang ketiga nanti, Doktor akan check dulu keadaan payudara Emak, adakah ada perubahan atau sebaliknya, untuk menentukan samaada akan di bedah atau tidak.
Memang semua yang menhidap Cancer akan jalani 6x kimo,Walaupun sudah di bedah. Hanya dengan kimo aja yang membolehkan pesakit terus sihat dan sel-sel cancer dalam tubuh di matikan.
Sepanjang Emak menerima rawatan kimo, adik Sis yang sorang ni lah yang menjadi peneman dan bawa Emak ke hospital. Sis tak dapat lagi berpeluang untuk teman Emak, sebab Emak appoimentnya awal pagi, paginya pulak Sis menghantar anak Sis yang bekerja.
Kebanyakan orang seolah berfikir kemoterapi di dalam era 50-an atau 60-an, dan tidak menyedari perubahan besar telah dilalui yang menjadikan kesan sampingan kemoterapi dapat ditangani dengan baik.
Kemoterapi menyakitkan?
Ramai pesakit yang menyangka kemoterapi menyakitkan. Hakikatnya kemoterapi ini hampir tidak pernah menyakitkan. Bagaimanapun, seperti yang dinyatakan, terdapat beberapa kesan sampingan, tetapi sakit bukanlah salah satu daripadanya. Kebanyakan pesakit dirawat sebagai pesakit luar, dan jarang sekali dimasukkan ke hospital.
Sakit dan loya untuk masa yang lama
Walaupun loya dan muntah adalah kesan sampingan yang biasa, tidak semua orang mengalaminya. Malah intensiti loya dan muntah juga berbeza dalam kalangan pesakit. Berbincanglah dengan doktor jika anda mengalaminya kerana mereka boleh mengubah regimen anda. Rawatan pencegahan loya dan muntah yang ada kini sangat berkesan.
Immunisasi terjejas ketika rawatan kemoterapi
Memang terdapat pengurangan dalam bilangan sel darah putih (ketika rawatan). Bagaimanapun, pengurangan ini tidak berlaku untuk tempoh yang panjang dan tidak juga meletakkan pesakit pada risiko yang besar untuk jangkitan kuman.
Pesakit mungkin berasa lebih letih atau lesu daripada biasa, tetapi tidak ada bukti yang menyatakan kemoterapi melemahkan sistem imun dengan ketara, yang boleh membawa kepada lebih banyak jangkitan kuman terhadap pesakit berbanding penduduk umum.
Kemoterapi menjadikan saya toksik
Kemoterapi adalah ubat yang kuat dan memudaratkan jika tidak diambil dengan berhati-hati atau tidak dipantau oleh pakar. Kemoterapi tidak membuatkan pesakit tidak boleh disentuh. Ramai pesakit berfikir mereka perlu tidur di katil berbeza dari ahli keluarga atau menggunakan tandas berbeza. Seorang pesakit kemoterapi tidak membahayakan keluarga atau rakan mereka maka tidak ada isu untuk mengekalkan gaya hidup biasa.
Di dalam kebanyakan kajian di mana kemoterapi digunakan, lazimnya boleh menjadi penawar, memanjangkan jangka hayat atau mengurangkan simptom daripada penyakit ini. Doktor tidak memberi kemoterapi untuk membuatkan hidup pesakit lebih buruk. Kebaikan dan keburukan sesuatu rawatan itu biasanya dilihat dengan teliti sebelum keputusan dibuat.
Banyak habiskan masa di hospital dan membebankan
Ubat-ubatan kemoterapi diberi dalam pelbagai cara, bergantung kepada keadaan dan keperluan pesakit. Kebanyakan kemoterapi diberikan secara intravena melalui jarum atau kateter, tetapi kadang-kadang ubat boleh diberikan dalam bentuk pil yang boleh diambil di rumah.
Perbincangan dengan pakar kanser adalah perlu untuk melihat kesusaian ubat-ubatan yang dipilih. Kebanyakan pesakit dirawat sebagai pesakit luar. Hanya beberapa jenis kanser dan rawatan memerlukan rawatan di hospital. Ramai pesakit yang masih boleh bekerja ringan dan melakukan senaman di luar rumah. Malah, senaman adalah cara yang baik untuk berasa kurang letih.
Hilang rambut
Tidak semua ubat kemoterapi menyebabkan keguguran rambut. Tetapi bagi pesakit yang mengalami keguguran rambut, ia akan tumbuh semula (kira-kira 1/4 hingga 1/2 inci sebulan adalah tipikal) selepas rawatan selesai. Dalam beberapa kes, pertumbuhan semula berlaku sebelum rawatan selesai.
Kemoterapi hanya akan membuat saya lebih menderita
Di dalam kebanyakan kes, lazimnya kemoterapi adalah rawatan terbaik terhadap kanser. Kini, kesan sampingan kemoterapi dapat ditangani dengan lebih baik.
Terdapat ujian yang boleh dibuat untuk menentukan regimen kemoterapi terbaik untuk seseorang pesakit di mana kekerapan dan intensiti kesan sampingan dapat dikurangkan.
Kesan sampingan juga bergantung kepada beberapa faktor, termasuk keadaan diri pesakit, regimen kemoterapi dan kanser itu sendiri.
Perlu diingatkan juga, tindak balas terhadap kemoterapi berbeza daripada satu pesakit ke pesakit yang lain. Pesakit boleh mendapatkan perspektif yang lebih baik selepas berbincang dengan pakar kanser dan mengikuti kumpulan sokongan.
Jika tidak meneruskan kemoterapi akan mengecewakan diri dan keluarga.
Sesetengah pesakit perlu berhadapan dengan pilihan sukar sama ada untuk meneruskan rawatan kemoterapi. Realitinya adalah apabila anda berada di regimen kemoterapi ketiga atau keempat, prospek bagi kebanyakan kanser tidak begitu baik. Ia adalah satu topik yang sukar untuk diperbincangkan kerana kita akan melakukan semua yang termampu untuk menyelamatkan nyawa.
Doktor akan membentangkan segala fakta kebaikan dan keburukan kemoterapi juga prognosis kanser sebelum kata sepakat dicari untuk jalan terbaik.
Makanan tambahan dan herba tidak boleh diambil
Jika anda memilih terapi alternatif dalam pelan rawatan, sila beritahu doktor kerana anda boleh menyemak preskripsi untuk memastikan tiada konflik.
Sesetengah herba dan makanan tambahan boleh membuat rawatan kanser standard kurang berkesan atau meningkatkan kesan sampingan. Maka keputusan untuk mengambil ubat alternatif harus dibincangkan dan dipertimbangkan dengan sewajarnya.
Tidak dinafikan, kemoterapi adalah rawatan yang mencabar. Persiapan rapi harus dilakukan bukan sahaja dalam bentuk fizikal, malah mental dan emosi.
Tetapi ia tidak seburuk yang disangka. Rawatan sokongan untuk pencegahan kesan sampingan adalah sangat berkesan di era ini. Ramai pesakit dapat menjalani gaya hidup seperti sediakala selepas kemoterapi. Bincang dengan pakar kanser anda sebelum membuat keputusan.
Artikel sumbangan Pakar Onkologi KPJ Johor, Dr Natasha Mohd Hashim
P/S: Cuma kesian tengok Emak, sebab banyak makanan dia tak boleh makan, dah le orangnya pemakan. Sabarlah ye Mak. Allah nak tarik nikmat tu sekejap aje, Beringatlah!
Memang dalam kes Emak Sis ni, macam-macam masaalah, sebab Emak ada macam-macam sakitnya. Kencing manis, darah tinggi, dan sekarang komplikasi buah pinggangnya pulak. Jadi sebelum buat kimo, akan ke hospital dulu amik darah, kalau ujian darahnya okay, baru boleh buat kimo. Begitulah seterusnya hingga habis.
Sususlan rawatan pertama Emak buat kimo tu, keadaan Emak baik-baik aja, kesan sampingannya pun tidak terlalu banyak Emak dapat, seminggu tu okay aja lagi kata Emak, badan macam tambah cergas sikit. Tapi dalam semnggu selepas tu, baru rasa letih, muntah-muntah dan rambut Emak dah mula gugur.
Tapi keadaan masih bole Emak kontrol. Tidak terlalu teruk seperti yang kebanyakkan orang kata. Alhamdulilah, Sis tau Emak kuat!. Buat pengetahuan, kesan kimo akan dapat di rasai selepas 21 hari buat rawatan. BUkan itu jam dapat kesan.
Jadi adik Sis yang no3 inilah yang setia menemani Emak, Dan juga kami adik beradik perasan, Emak lebih kerasan (serasi) orang kata dengan adik yang sorang ni, dia pun dah macam Doktor asyik ulang alik ke hospital hahahaha.
Kalau nak cerita, dari awal sebelum ni, Emak memang agak keberatan nak buat kimo ni, sebab terlalu banyak sangat mendengar cakap orang, macam-macam orang kata, itulah inilah, nanti matilah, macam-macam. Kami adik beradik memang marah.

Tapi bila dah berkali jumpa pakar, dan Doktor dah terangkan, barulah Emak faham boleh terima dan redha dengan segala rawatan yang akan dia jalani. Alhamdulilah, sekarang tengok, Emak nampak sihat aje. Yang bercakap pun, bukan main lagi, cakap sesedap jer, tak kaji tak research main sampaikan aje, sapa-sapa pun jadi takut. Betul tak ? .
Jadi meh sini baca, Harni Sis nak kongsi sedikit mengenai topik salah anggap orang terhadap kimoterapi ni. Baca ni. Barulah nak bercakap ye.
Salah anggap terhadap kemoterapi
Sejak separuh abad lalu, kemoterapi memainkan peranan penting dalam rawatan kanser. Bagaimanapun sejajar dengan kepentingan kemoterapi sebagai kemajuan perubatan terpenting untuk merawat kanser, mitos dan salah faham banyak berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Sel kanser membesar dengan cara yang tidak terkawal.
Secara amnya, kemoterapi direka untuk membunuh sel-sel yang mempunyai pertumbuhan yang pesat dengan menyerang DNA atau enzim yang menggalakkan pertumbuhan mereka. Harus diingat kemoterapi bukanlah rawatan yang seragam.
Terdapat pelbagai jenis kemoterapi dan digunakan untuk indikasi yang berbeza. Kemoterapi sering digunakan sebelum pembedahan (neo-adjuvan) untuk mengurangkan saiz dan penyebaran tumor, selepas pembedahan (adjuvan), untuk membendung penyebaran sel kanser yang mungkin telah terlepas, atau palliatif bagi kanser tahap akhir untuk mengawal sel kanser.
Rawatan kini menjadi lebih khusus, ia adalah proses yang berbeza untuk individu berbeza. Dua wanita dengan kanser payudara kadangkala tidak menerima jenis atau kitaran kemoterapi yang sama.
Setiap pesakit dianggap sebagai kes individu dan dirawat mengikut pilihan rawatan yang paling sesuai untuk mereka. Kemoterapi mungkin rawatan yang mencabar, tetapi mitos tentang rawatan ini melahirkan kebimbangan yang tidak berasas.
Jadi meh sini baca, Harni Sis nak kongsi sedikit mengenai topik salah anggap orang terhadap kimoterapi ni. Baca ni. Barulah nak bercakap ye.
Salah anggap terhadap kemoterapi
Sejak separuh abad lalu, kemoterapi memainkan peranan penting dalam rawatan kanser. Bagaimanapun sejajar dengan kepentingan kemoterapi sebagai kemajuan perubatan terpenting untuk merawat kanser, mitos dan salah faham banyak berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Sel kanser membesar dengan cara yang tidak terkawal.
Secara amnya, kemoterapi direka untuk membunuh sel-sel yang mempunyai pertumbuhan yang pesat dengan menyerang DNA atau enzim yang menggalakkan pertumbuhan mereka. Harus diingat kemoterapi bukanlah rawatan yang seragam.
Terdapat pelbagai jenis kemoterapi dan digunakan untuk indikasi yang berbeza. Kemoterapi sering digunakan sebelum pembedahan (neo-adjuvan) untuk mengurangkan saiz dan penyebaran tumor, selepas pembedahan (adjuvan), untuk membendung penyebaran sel kanser yang mungkin telah terlepas, atau palliatif bagi kanser tahap akhir untuk mengawal sel kanser.
Rawatan kini menjadi lebih khusus, ia adalah proses yang berbeza untuk individu berbeza. Dua wanita dengan kanser payudara kadangkala tidak menerima jenis atau kitaran kemoterapi yang sama.
Setiap pesakit dianggap sebagai kes individu dan dirawat mengikut pilihan rawatan yang paling sesuai untuk mereka. Kemoterapi mungkin rawatan yang mencabar, tetapi mitos tentang rawatan ini melahirkan kebimbangan yang tidak berasas.
Kebanyakan orang seolah berfikir kemoterapi di dalam era 50-an atau 60-an, dan tidak menyedari perubahan besar telah dilalui yang menjadikan kesan sampingan kemoterapi dapat ditangani dengan baik.
Kemoterapi menyakitkan?
Ramai pesakit yang menyangka kemoterapi menyakitkan. Hakikatnya kemoterapi ini hampir tidak pernah menyakitkan. Bagaimanapun, seperti yang dinyatakan, terdapat beberapa kesan sampingan, tetapi sakit bukanlah salah satu daripadanya. Kebanyakan pesakit dirawat sebagai pesakit luar, dan jarang sekali dimasukkan ke hospital.
Sakit dan loya untuk masa yang lama
Walaupun loya dan muntah adalah kesan sampingan yang biasa, tidak semua orang mengalaminya. Malah intensiti loya dan muntah juga berbeza dalam kalangan pesakit. Berbincanglah dengan doktor jika anda mengalaminya kerana mereka boleh mengubah regimen anda. Rawatan pencegahan loya dan muntah yang ada kini sangat berkesan.
Immunisasi terjejas ketika rawatan kemoterapi
Memang terdapat pengurangan dalam bilangan sel darah putih (ketika rawatan). Bagaimanapun, pengurangan ini tidak berlaku untuk tempoh yang panjang dan tidak juga meletakkan pesakit pada risiko yang besar untuk jangkitan kuman.
Pesakit mungkin berasa lebih letih atau lesu daripada biasa, tetapi tidak ada bukti yang menyatakan kemoterapi melemahkan sistem imun dengan ketara, yang boleh membawa kepada lebih banyak jangkitan kuman terhadap pesakit berbanding penduduk umum.
Kemoterapi menjadikan saya toksik
Kemoterapi adalah ubat yang kuat dan memudaratkan jika tidak diambil dengan berhati-hati atau tidak dipantau oleh pakar. Kemoterapi tidak membuatkan pesakit tidak boleh disentuh. Ramai pesakit berfikir mereka perlu tidur di katil berbeza dari ahli keluarga atau menggunakan tandas berbeza. Seorang pesakit kemoterapi tidak membahayakan keluarga atau rakan mereka maka tidak ada isu untuk mengekalkan gaya hidup biasa.
Di dalam kebanyakan kajian di mana kemoterapi digunakan, lazimnya boleh menjadi penawar, memanjangkan jangka hayat atau mengurangkan simptom daripada penyakit ini. Doktor tidak memberi kemoterapi untuk membuatkan hidup pesakit lebih buruk. Kebaikan dan keburukan sesuatu rawatan itu biasanya dilihat dengan teliti sebelum keputusan dibuat.
Banyak habiskan masa di hospital dan membebankan
Ubat-ubatan kemoterapi diberi dalam pelbagai cara, bergantung kepada keadaan dan keperluan pesakit. Kebanyakan kemoterapi diberikan secara intravena melalui jarum atau kateter, tetapi kadang-kadang ubat boleh diberikan dalam bentuk pil yang boleh diambil di rumah.
Perbincangan dengan pakar kanser adalah perlu untuk melihat kesusaian ubat-ubatan yang dipilih. Kebanyakan pesakit dirawat sebagai pesakit luar. Hanya beberapa jenis kanser dan rawatan memerlukan rawatan di hospital. Ramai pesakit yang masih boleh bekerja ringan dan melakukan senaman di luar rumah. Malah, senaman adalah cara yang baik untuk berasa kurang letih.
Hilang rambut
Tidak semua ubat kemoterapi menyebabkan keguguran rambut. Tetapi bagi pesakit yang mengalami keguguran rambut, ia akan tumbuh semula (kira-kira 1/4 hingga 1/2 inci sebulan adalah tipikal) selepas rawatan selesai. Dalam beberapa kes, pertumbuhan semula berlaku sebelum rawatan selesai.
Kemoterapi hanya akan membuat saya lebih menderita
Di dalam kebanyakan kes, lazimnya kemoterapi adalah rawatan terbaik terhadap kanser. Kini, kesan sampingan kemoterapi dapat ditangani dengan lebih baik.
Terdapat ujian yang boleh dibuat untuk menentukan regimen kemoterapi terbaik untuk seseorang pesakit di mana kekerapan dan intensiti kesan sampingan dapat dikurangkan.
Kesan sampingan juga bergantung kepada beberapa faktor, termasuk keadaan diri pesakit, regimen kemoterapi dan kanser itu sendiri.
Perlu diingatkan juga, tindak balas terhadap kemoterapi berbeza daripada satu pesakit ke pesakit yang lain. Pesakit boleh mendapatkan perspektif yang lebih baik selepas berbincang dengan pakar kanser dan mengikuti kumpulan sokongan.
Jika tidak meneruskan kemoterapi akan mengecewakan diri dan keluarga.
Sesetengah pesakit perlu berhadapan dengan pilihan sukar sama ada untuk meneruskan rawatan kemoterapi. Realitinya adalah apabila anda berada di regimen kemoterapi ketiga atau keempat, prospek bagi kebanyakan kanser tidak begitu baik. Ia adalah satu topik yang sukar untuk diperbincangkan kerana kita akan melakukan semua yang termampu untuk menyelamatkan nyawa.
Doktor akan membentangkan segala fakta kebaikan dan keburukan kemoterapi juga prognosis kanser sebelum kata sepakat dicari untuk jalan terbaik.
Makanan tambahan dan herba tidak boleh diambil
Jika anda memilih terapi alternatif dalam pelan rawatan, sila beritahu doktor kerana anda boleh menyemak preskripsi untuk memastikan tiada konflik.
Sesetengah herba dan makanan tambahan boleh membuat rawatan kanser standard kurang berkesan atau meningkatkan kesan sampingan. Maka keputusan untuk mengambil ubat alternatif harus dibincangkan dan dipertimbangkan dengan sewajarnya.
Tidak dinafikan, kemoterapi adalah rawatan yang mencabar. Persiapan rapi harus dilakukan bukan sahaja dalam bentuk fizikal, malah mental dan emosi.
Tetapi ia tidak seburuk yang disangka. Rawatan sokongan untuk pencegahan kesan sampingan adalah sangat berkesan di era ini. Ramai pesakit dapat menjalani gaya hidup seperti sediakala selepas kemoterapi. Bincang dengan pakar kanser anda sebelum membuat keputusan.
Artikel sumbangan Pakar Onkologi KPJ Johor, Dr Natasha Mohd Hashim
P/S: Cuma kesian tengok Emak, sebab banyak makanan dia tak boleh makan, dah le orangnya pemakan. Sabarlah ye Mak. Allah nak tarik nikmat tu sekejap aje, Beringatlah!
alhamdulillah...semoga emak sis semakin sihat..saya pun pernah takut dengan perkataan kemoterapi ni..tapi bila da baca penjelasan sis, baru rasa terbuka sikit minda ni..
ردحذفAlhamdulilah , terima kasih @Sunah..Betul tu, kalau tak banyak membaca, memang kita tak tau..
حذفyelah..dengar pasal kimo je orang takut.kita pun dengar takut jugak,tapi mungkin kita tak tau details,terus kata kimo tu tak bagus kan...moga emak sis sihat seperti sedia kala
ردحذفBetul @SitiRohaida, yang tak membaca, taunya bercakap dan menakutkan orang aje..huhuhu
حذفmoga mak sis terus kuat. sokongan anak-anak dan orang sekeliling membantu dia untuk terus kuat.in sha Allah..
ردحذفJanjiKita
Aamiinn..Terima kasih @Mar ..
حذفKak Sue doakan semoga Mak Lin terus sihat ya Lin.. aamiin ya rabb..
ردحذفAaamiinn...Terima kasih @KakSue ...
حذفsemoga mak sis beransur pulih dan sihat seperti sedia kala.. arwah mak dulu.. radio teraphy, kimoterapi last sekali brachy therapy.. memang kesian tengok.. semoga mak sis kuat!
ردحذفAaamiinn, mudah-mudahan Emak kuat @Hernee.. :(
حذفThanks for the blog loaded with so many information. Stopping by your blog helped me to get what I was looking for. Breast cancer
ردحذفThanks ya...
حذفThere are immune builder supplements that increase the natural interferon in our immune system that helps fights all illness and disease that threaten the body. Instagram seamoss_valley
ردحذف