PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADHAN

Sis Lin
6
Assalamualaikum wbt.

Allahuakbar, tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. 
Dah bersiap sediakah korang semua ? . Baik dari segi iman, zahir dan batin ? 
InsyaAllah jika kita mengambil ikhtibar dan menoleh ke belakang Ramadhan kita yang lampau, tentu kita dah banyak muhasabah diri kan ? 
Mana yang kurang boleh kita tambahkan, mana yang salah, boleh kita betulkan. Kalau boleh untuk Ramadhan kali ini kita lebih ingin menambah segala amalan dan fikir 'Mungkin ini Ramadhan yang terakhir buatku' . Jika kita fikir begitu, kita akan lebih muhasabah diri dan lebih fokus dan tawadduk dalam mengerjakan puasa nanti.

Bagi Sis, kalau boleh ingin juga nak yang lebih baik dari tahun lepas. Amalan nak di tambah, pahala cari selagi terdaya, dosa kalau boleh taknak di tambah. Dosa lama pun masih mohon keampunan dariNya, apa tah lagi nak menanbah dosa baru. 
Tapi itulah sebagai manusia, tetap juga ada kurang lebihnya pahala dan dosa. Memang tak lepas dari hasutan syaitan dan iblis. Bukan kata bulan Ramadhan ni hantu ke syaitan ke iblis ke kena ikat, tapi diri kita ni haa sendiri yang menjadi 'ketua' nya datangnya dosa. 
Kita kena lawan! jangan biarkan diri jadi hasutan suara-suara halus yang membawa kita ke arah 'lupa diri' . 

Bab persiapan lain, semuanya macam biasa juga seperti lepas-lepas. Belanja barang makan untuk bersahur dan berbuka, memang dah beli awal-awal. Belanja seperti biasa, tak puasa pun memang belanja dan masak juga. Cuma kalau Ramadhan ni, masaknya jadi berganda, yaitu sahur dan berbuka. Jadi barang basah dan kering tu kenalah sentiasa ada, lebih-lebih lagi GAS oi. Janganlah cari masaalah, sesiap beli gas, kang ada masa masak time sahur, gas habis, nayaa aje. Sebab pernah terjadi satu ketika dulu, sebab tu jadi fobia ha ha ha. 

Lain-lain hal berkaitan, kita doakan aje moga dberikan kesihatan baik sepanjang Ramadhan untuk menunaikan puasa, mengerjakan terawih dan solat-solat sunat juga tadarus. Bagi yang tak sihat tu, jangan bimbang, Allah dah aturkan untuk korang, jangan paksa diri, nanti lagi mudarat. Allah Maha memahami dan mengetahu segala hal. Usah risau. Janji Qada' segala puasa dan solat tu. InsyaAllah Allah terima.



CHECKLIST PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADHAN
MARI KITA REBUT PELUANG INI!

Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.

Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.

Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.

Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala .

Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan

Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan.

Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.

Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan
Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas ..




Lafaz Niat Puasa Ramadhan dan Lafaz Niat Berbuka Puasa.









P/S: Selamat berpuasa buat semua pembaca blog #AKUsislin :) ..


إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. selamat berpuasa..kita sahur kat hospital..uhuk3

    ردحذف
    الردود
    1. Selamat berpuasa juga buat @Hernee..sabar okay..

      حذف
  2. alhamdulillah..sudah masuk bulan ramadan kita. selamat berpuasa sis lin sekeluarga. bulan puasa bahan memasak kena pelbagai sikit sebab mesti nak makan men sedap-sedap.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah @MarMansor, begitulah, masak telur masak kicap pun sedap..kannn...Selamat berpuasa Mar..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!