Assalamualaikum wbt ..
Salam sejahtera buat semua. Apa khabar hari ini, setelah lama bercuti panjang kemain lagi bermalas-malasan ye korang, tengok macam lemau aje he he he. Selamat menjalankan tugas ye buat semua, jangan monday blues okay, Isnin hari yang mengembirakan untuk permulaan segala hari .
Pernah rasa dan makan Sambal Kering Kau Ada ni ? oo kau takde ek ha ha ha..
Yer Sambal Kering Kau Ada ni keluran dari Gigitbites sangat memuaskan anak tekak Sis, sekali makan, terasa rangup dan pedasnya. Cukup segala bahan dalam gaulan kentang tu, cuma kalau Sis satu je nak komen, kurang bilis dan kacang tanah he he he. Sebab Sis memang suka banyak bilis dan kacang . Lain semua okay.
Masa mula kawan bagi rasa tu, Sis belek, ait Sambal apa ni, macam kerepek ubi pedas, tapi bukan ubi ye, bila makan, lain sikit rasanya. Nak kata sambal tumis bukan plak, tak rasa manis sangat, dia kering elok je, tak tahu nak kata rasa sambal dia, tapi cukup serap dalam kentang tu, sedap dan rangup.
Ye kentang, bukan ubi ya. Kalau yang tau memang ingat itu kerepek ubi pedas, tapi sebenarnya kentang.
Keluaran bumiputera, halal dan sedap. Di sediakan dalam bekas plastik. Harga tak silap kawan kata rm14 ke rm12, gitulah. Kawan bagi dua bekas. Dia minta Sis kongsikan dan review kat blog nanti kalau dah makan. (ok done).
Yang bestnya, Sis balik, Sis panaskan dalam microwave, pastu korang gaul-gaulkan, jadi panas rangup, lagi sedap. Tak caya cubalah, sebab bekasnya tu bole masuk microwave, so senang le nak memanaskan. Pandai tak kita hehehe.
Kalau bulan puasa senang juga ni beli buat simpan stok, agak-agak dah tahu nak buat menu apa bersahur, atau terlewat nak masak sahur, bole buat lauk ni, makan dengan nasi panas pun sedap. Nanti korang bole beli dan simpan. Janji ada juga stanby buat menu bersahur kan. Mudah dan ringkas.
Rupa dia bila dah dipanaskan. Sangat menyelerakan kan. Rangup-rangup gitu. Kalau makan susah nak stop. Dengan Suami Sis pun jadi kemaruk makan mengadap tv, tau-tau dah licin sebekas huhuhuhu.
Kata Suami Sis dia ternampak ada di jual di stesen Petronas, Petronas mana lupa plak dia kata haritu, cuma katanya tak perasan pulak sama ke tidak namanya, tapi jenis yang kerepek dalam bekas macam ni katanya. Kalau betul ada, senang le nak cari nanti. Bole buat kudapan moreh tengok TV selepas terawih nanti, kannn..
Kalau tak pun cubalah ke FB dan Instgram dia .
Blog : Sambal Kering Kau Ada
Sekarang zaman semua mudah, nak makan apa semua dah siap, kann?
P/S: Kalau nak membuatnya pun, jenuh gak, beli aje yang dah siap he he he.
Wahhhh.. Kita kalu mkn nasi dgn ni, makin byklah kita mkn nasi, Linnnn
ReplyDeleteHahahaha okay le tu Kak @SeriKandi, bole tahan lapar hingga ke esoknya ha ha ha
Deletenampak sedap.ratah macam tu pon sedap.
ReplyDeleteYe @Mar, makan macamtu aje, toleh-toleh dah hilang Mar ha ha ha
Deletemakan begitu saja pun sedap ni...tahan rangup sepanjang bulan ramadhoooonnn..
ReplyDeleteKan kann @Sunah, tadi dah bagtau kat Kaan tu, mana nak cari, inagt nak suruh dia bawak banyak-banyak tanya geng sapa nak hehehe
Deletesedap sis..rasa nak mencuba pulak..nanti nak pi cari
ReplyDeleteYee sedap @SitiRohaida, nanti pergi laa cari di Petronai , tengok ada ke tidak..
DeleteNampak sedap!
ReplyDeleteAda kat Dessert Queen Taman Bukit Dahlia, semalam jumpa..RM12..hehee..ok, nanti nak try...
Nanti nak cari gak @Nona, senang buat stanby bersahur dan berbuka hehehe
Deleteesok tak blh masuk sini lah..ngences tengok..
ReplyDeleteHahaha engko @Hernee, takut kang gigit laptop plak ha ha ha
Deletelama giler tak makan kentang ni sis oi.
ReplyDeleteKannnn, kalau takde yang memberi, Sis pun lama juga tak makannya @Julia...
Delete