SELAMAT HARI GURU 2018

Sis Lin
4
Assalamualaikum wbt..

Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar Cikgu. Ramai juga kenalan Sis yang bekerja sebagai Guru. 
Mesti seronokkan hari ini, di raikan dan yang paling best Sis suka tengok, cikgu-cikgu dapat hadiah dari anak murid mereka. Macam-macam hadiah mereka bawak, siap sedia cikgu pun dah tau, siap bawak bag soping besar tu nak isi hadiah. 

Sis dari zaman sekolah dulu hinggalah melihat anak-anak sendiri ke sekolah, suka perhatikan gelagat cikgu dan anak murd tatkala nak bagi hadiah. Yelah, mana yang cikgu sporting atau jadi pilihan murid, banyaklah dapat hadiah, mana yang kurang jadi kesukaan murid, kesianlah, sikit aje hadiahnya. 
Pengalaman Sis sendiri pun macamtu, tiba time hari guru, dari awal-awal dah siap tulis nama cikgunya, cikgu mana yang Sis nak bagi. Yang mana cikgu garang-garang tu, memanglah murid tak suka, kadang kesian plak nengok, Sis bagilah juga ha ha ha .

Korang kenal penulis lirik dan pencipta lagu Ly Dan Baiduri aka Rozman Shafie tu ? Yang cipta lagu Dato Ct Nurhaliza dan juga ramai penyanyi di Malaysia dan di Indonesia juga tu ? Haa dialah cikgu sekolah Sis, dari tngkatan 1 hingga ke tngkatan 5. Cikgu Rozman tu dari dulu sampai sekarang memang sporting orangnya. Kalau kat FB, dia layan semua fren dia, jawab komen-komen dan juga masih lagi kekal muda gitu. Memang baik orangnya, tapi sekali kau ingkar apa yang dia suruh buat, misalnya kerja sekolah tak siap ke, haaa duduk le ko kat luar kelas tu. Dia paling displin orangnya. Tegas dan juga sangat amik berat pada hal murid. 

Banyak kenangan masa sekolah dulu, kalau boleh di undur masa, nak juga merasa lagi datang sekolah, jumpa kawan-kawan, cikgu-cikgu dan juga duduk amik exam. Masa cepat berlalu kan. 
Sis ni orangnya tak belajar pandai, takat sekolah duduk amik SPM aje, bukan dari keluarga yang senang, nak sambung belajar pun fikir dua tiga kali masa tu, tu yang kemudian ada jodoh terus berumahtangga. Ye kahwin muda orang kata, tapi alhamdulilah tdak pernah rasa kesal dalam hidup, malah bersyukur di kurniakan seorang Suami yang bertanggungjawab, menjaga, mendidik dan bekerja keras untuk Sis sekeluarga. Dari sama-sama susah, hinggalah sekarang merasa senang. Syukur Ya Allah..

Buat semua cikgu-cikgu Sis yang dahulu Tadika Kemas Kampung Melayu, kemudian Sekolah Rendah Mohd Khir Johari, Sekolah Agama Dato Abdullah Esa dan Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru, Selamat Menyambut Hari Guru . Terima kasih Cikgu !! Syabas cikgu!! 


DEFINISI
GURU: Guru merupakan individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid.
PEMACU: Penggerak yang menggerakkan sesuatu usaha dengan lebih cepat dan berkesan dalam memastikan kejayaan dan pencapaian sasaran.
TRANSFORMASI: Membawa maksud melakukan perubahan terhadap sifat, tingkah laku, pengetahuan, pandangan dan sebagainya kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna.
PENDIDIKAN: Bermaksud perihal mendidik yang merujuk kepada proses atau aktiviti untuk membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.


HURAIAN
Tema Hari Guru ini dicadangkan untuk menunjukkan bahawa dalam menjayakan transformasi pendidikan negara dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, guru ialah agen penting dalam merealisasi transformasi melalui peringkat akar umbi pendidikan. Pada peringkat Gelombang 2 PPPM (2016-2020), guru perlu memainkan peranan sebagai pemacu dalam memastikan transformasi negara dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan. Guru berperanan menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan.

Guru perlu menanamkan keinginan dan hasrat yang tinggi bagi memastikan setiap murid mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional seperti yang dirangka dalam PPPM 2013-2025. Dalam usaha menuju matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50), guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik modal insan yang bakal menerajui negara ke arah menjadi negara maju yang sejahtera, berinovasi dan berdaya saing dalam pelbagai bidang di peringkat global.

Dalam konteks Malaysia, transformasi pendidikan mestilah bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga glokal iaitu warga yang berakar nasional dan berakal internasional. Justeru itu, guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah, melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta world class thinking.


Sumber dari SINI 






P/S: Alhamdulilah, sekarang pun masih lagi berhubung dengan kawan-kawan sekolah Sis. Korang masih jumpa kawan-kawan sekolah dulu ? 


Tags

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!