SEPETANG DI TEA GARDEN SRI ALAM

Sis Lin
10
Assalamualaikum ..

Selamat pagi buat semua. Apa khabar ? Salam hujung minggu dan selamat bercuti dan penuhi masa-masa cuti bersama insan tersayang. Sis harini Suami kerja, ada kerja nak di selesaikan dulu, nanti petang kata Suami, 'kita dating petang'. Kemanalah agaknya dia nak bawak yer. Senyum lebar muka pagi ni bila Suami dah kata camtu. Semangat terus datang nak lipat kain baju sebakul tu ha ha ha..

Untuk hari ini Sis nak kongsikan cerita bersama anak-anak semalam petang. Semalam Sis hanya masak kari ikan merah tanpa santan khas untuk Suami, permintaan dia. Tapi anak-anak ajak keluar pulak. Jadinya Sis tak makan dulu, terus bawak anak keluar makan di luar. Blur juga memula fikir nak kemanalah cari makan. Pusing-pusing, akhirnya memasing kata 'Jom ke Tea Garden'. Hurmm tak kisahlah, Emaknya ikut aje. 


Tea Garden ni banyak cawangan dia. Kalau yang berdekatan dengan Sis, area Sri Alam sini. Besar juga tempatnya. Berdekatan dengan Todays Mart. Tiap kali datang sini tak pernag takde orang, mesti penuh meja. Tapi masih ada ruang. Suami Sis paling suka ajak mengopi kat sini. Kopi) dia kaww!

PTD 174172, PHASE 2E1, 
BANDAR SERI ALAM, 
81750 MASAI, JOHOR., 
Masai, 81750 Masai, Johor

Di huka setiap hari dari jam 8am hingga 11.30pm ..


Dalamnya ada pilihan tempat duduk, boleh duduk di luar atau dalam. Kalau duduk di luar sana tu, udara luar, agak panas sedikit, guna kipas, kalau duduk dalam macam tempat Sis amik gambar ni, ada penghawa dingin, jadi sejuk le sikit . Pelayan dia semua mesra senyuman dan servis pun cepat, tengok pada apa yang korang orderlah .


Semestinya kalau dah datang sini, Sis makan Mee Hoon Singapura (berkuah) . Paling sedap Sis rasa setakat ini. Suami laa yang ajar ni . Sekali dah cuba haaa kan berkali-kali nak makannya. Juga Bubur Pulut Hitam tu. Nak masak kat rumah, Sis dan Suami aja yang makan. Biasa Suami kata, pergi je makan kat sini semangkuk dari nak masak seperiuk, hehehehe .


Dan yang ni pilihan anak Sis, Rice Cheese with Chicken Black Pepper . Ermm sedap sungguh. Penuh cheese atasnya . Sis makan pun rasa sedap! lepas ni Sis pulak nak cuba. Kenyang sangat makan semangkuk ni tau, besar dan penuh isi nasi dan ayamnya. Ingatkan kecik aja. Korang cubalah .

Memang kalau makan kat sini, Sis sangat rekemen korang orderlah kopiO dia, pekat likat, terasa sungguh kopinya, memang kawww. Sis dengan Suami emmang hantu kopiO hahahaha. Kadang-kadang tu time makan tak cukup siap order beli segelas lagi dan share . Nampakkan betapa kuatnya minum kopiO kami berdua he he he.

Silap-silap harini kang suami ajak ke sini lagi. Arghhh tidak, tak mau laa ke sini hari ini, kang jemu pulak. Biar sesekali seminggu ke. Ingat nak ajak Suami dating ke Pontian. Kemanakah ? Hehehe mana lagi kalau bukan Mee Udang lalalalala. 

Okay off dulu, nanti sambung okay. Selamat berhujung minggu dan selamat berISTERIrahat ..
Jaga diri semua.







P/S: Psttt ada orang tu baca cerita kita, lepas tu jadi Makcik Bawang ek..hahaha takpe i loike ! 


Tags

إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wow sis link yummy sgt menunya.... tergoda tengok rice cheese tu

    ردحذف
    الردود
    1. Yeszaaa memang yummy sedap dan mabeles @Sheila ..

      حذف
  2. Ok..nanti kita nak terjah kat tea garden tulah..

    ردحذف
  3. nampak menyelerakan.boleh la cuba nanti.
    Janji Kita

    ردحذف
    الردود
    1. Bole cuba @Mar, sedap..lagi dekat dengan ko kan Mar ..

      حذف
  4. Sedapnya rice cheese tuuuu ! Kehidupan ni tk lari dr mkcik bawang. Bior je laa

    ردحذف
    الردود
    1. Yee sedap, banyak, penuh dan besar portionnya @Ayunie ..puashati kenyang..

      حذف
  5. tak pernah makan kat tea garden.. sedap eh rupanya..

    ردحذف
    الردود
    1. Iyeee..macam SDS juga @Hernee..kalau tak cuba tak tahu he he he

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!