Assalamualaikum wbt.
ASAM PEDAS IKAN DURI BERTELUR | Salam petang buat semua. Apa khabar? Moga semuanya sihat ye. Tinggal hampir 10 hari sahaja lagi kita berpuasa, selepas tu dah raya, jadi memanglah agak sibuk memasingkan, termasuk Sis. Dua tiga harini agak sibuk sikit, ke hulu ke hilir dengan Suami mencari persiapan raya. Itu yang tak sempat-sempat nak update blog dek kerana bizi. Harini pun pagi tadi, Sis ke Batu Pahat sekejap, membeli kerepek-kerepek untuk raya. Nasib juga jalan tak jem, jadi tidaklah rasa letih. Cuaca aje agak panas sedikit tapi alhamdulilah masih lagi bertahan berpuasa .
Korang macam mana? Dah siap semua? Mesti sibuk juga buat kuih semua kan? Meriah nampak memasing update buat biskut raya. Sis pun rasanya akhir-akhir puasa nanti baru buat, tunggu anak yang sulung balik, barulah bikin sedikit dua tiga jemis biskut, alaa buat syarat aje tanda nak raya hehehe. Yang mestinya buat, biskut sarang semut dan juga biskut semperit. Lain-lain tengok pada kerajinan hehehe. Kadang-kadang melayankan si anak-anak aje, kalau tak ermm beli aje le senang hahaha.
Harini masak apa tu? Sis harini nak masak sotong 'Kuantan' sambal tumis (sebab Suami beli sotongnya di Kuantan masa on the way balik dari Paka, besar-besar pulak tu), goreng sayur kacang, cukuplah, anak-anak takde, jadi malas nak masak bebanyak. Suami jenis tak kisah, janji masak dia makan aje.
Tapi harini Sis nak share menu masakan Sis kelmarin (Sabtu). Sedap sangat tu yang terasa nak share kat sini hahahaha. Yang bestnya masa nak masak menu ni, dan waktu beli ikan duri ni, Sis tak tau pun ada telur, tau-tau masa nak cuci ikan tu, baru perasan ada telur rupanya. Terus telan-telan ayaq liur masa mencucinya hahahaa. Bukan senang nak dapat telur ikan duri ni dalam perutnya, ni kira rezeki Sis la ni dapat. alhamdulilah. Terus ku gulaikan dikau wahai ikan duri hehehe..
Bahan-bahannya:
(Bahan-bahan semua korang agak-agaklah ye, sebab Sis ni masak memang main agak-agak aje)
1 ekor ikan duri putih saiz sederhana
3/4 camca besar pes asam jawa
3/4 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
Daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
Bahan di kisar:
Cili Kering
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
Cara-caranya :
Ikan duri disiang, kemudian kerat ikut suka, cuci dan perap sama jus limau nipis/air asam jawa selama 20 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan-bahan kisar dan masak sekejap. Tambah air, dan tumis lagi, tambah air tumis lagi, buatlah sampai 5/6 kali, sampai betul-betul pecah minyak, lagi lama lagi sedap. Kena sabar.
Guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 1 liter, ikut suka).
Kacau dan bila mendidih, masukkan ikan, dan daun kesum.
Perasakan dengan lada hitam tumbuk, garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak sekejap. Biarkan mendidih sekejap.
Asam pedas ni lauk Sis dan anak-anak je, Suami tak makan ikan duri. Jadi Sis ada masakkan dia limpa berempah, memang suka incik Suami, sampai ke Sahur di ratahnya. Siap kata, dah lama teringin nak makan masak limpa katanya. Alhamdulilah .
Selamat mencuba.
P/S: Teringin ikan bakar bazar..sedapnyaa kannn... nak buat M A L A S *jujurkan hahahahaa...
telur tu sis suka kenyal2 ke atau meletop2 dalam mulot? hahaha...saya suka yang kenyal2 da masak sepenuhnya...
ردحذفTelur tu Sis suka yang kenyal-kenyal @Sunal, kalau letop-letop Sis agak geli sikit, sebab dia lembik hahahaha
حذفUih.. Sedapnya telur tu sis, makan tak pandang kiri kanan dah ni
ردحذفTau takpe, nasib makan berbuka, jadinya Suami depan mata masa makan @SitiRohaida hahahaha
حذفassalamualaikum lin...sedapnya tengok telur ikan tu lin mengancam...susah nak jumpa telur ikan ni kan...
ردحذفWaalaikumussalam Mama @Maszull. Betul Maa, memang rezkilah tu kalau jumpa telur dalam ikan..
حذف