BERBUKA PUASA DI RESTORAN TODAK ORANG ASLI | Dah hujung-hujung puasa ni sampai dah tak tau nak berbuka puasa mana kan? Nak masak pun dah jadi malas opss. Yelah dapur dah siap berkemas semua, jadi sayang le nak mengecahkannya lagi hehehe. Biar kasi berkilat sampai raya sok hahaha. Aje ijo muka Suami aku hahaha. Malam raya nanti lagi selerak dapur oiii, mana nak masak semua menu raya, jangan harap nak berkilat-kilat dapur bagai. Sis memang setiap tahun akan bermalam raya di rumah sendiri, dan akan beraya di Johor rumah Emak esok paginya. Bukan jauh beno pun, Kampung Melayu ajer hehehe.
Sis dah takde mertua jadinya memang akan beraya di Johor dulu barulah balik ke KL untuk singgah beraya rumah kakak dan abang ipar dan juga saudara mara di sana. Paling jauh ke Kedah, Changkat Lada, pun dah lama tak balik juga. Perak pun ada, dan seterusnya ke Sabak Bernam. Tahun ni, kita tunggu dan lihat ya.
Untuk harini Sis nak kongsi berbuka puasa Sis empat beranak di Restoran Todak Orang Asli di Teluk Jawa, Masai. Tempat ni memang sentiasa penuh, tak pernahnya takde orang, memang kalau nak pergi kena awal dan tak bole nak booking. Korang datang walk in, dan ikut rezeki masing-masing, kalau tak, kenalah tunggu meja kosong. Waktu Sis pergi haritu, Suami dah ajak keluar awal, sebab kami semua ke Kota Tinggi dulu, nak settlekan baju anak bujang, dari sana kami ke Restoran Todak. Sampai sana jam 6.15pm .
6.15pm tu kira okaylah kalau korang nak sampai time buka puasa, lagi pulak kalau hari hujung minggu, mesti penuh punya. Tempatnya tak susah nak pergi, korang waze pun boleh sampai, sebab memang rata-rata ramai orang Singapura makan di sini.
Tempatnya atas air, masa Sis sampai, air baru je nak pasang, tak sampai jam 7pm dah penuh air, korang akan dengarlah ombak-ombak rindu macamtu hehehe..
Di sini korang nak makan apa? Semua ada. Lobster pun ada, nak kecik nak besar, semua ada. Harga pun sangat berbaloi, ikut harga pasaran. Tapi Sis paling suka sebab servis cepat!
Kalau ketam pula, korang boleh pilih sendiri, nak harga yang mana, nak besar mana, semua korang amik sendiri, lepastu timbang, dan terus pelayan amik order korang, apa yang korang nak makan dan masak apa.
Kalau korang jenis malas nak memilih dan pilih, boleh aje, korang datang cari meja, dan nanti pelayan akan datang amik order. Jangan risau, tak sampai setengah jam, menu korang siap! hehehe sangat panatas servis di sini.
Sambil duduk sambil lihat pemandngan laut. Seberang sana tu Singapura. Kalau waktu petang, kalau nasib korang baik, akan dapat lihat matahari terbenam, sangat cantik!.
Roti kukus, yang ni korang mesti order, makan cecah dengan kari udang, perghhhh kecurr pulak hehehe. Siap ada kurma juga. Rata-rata kalau time bulan puasa, akan ramai melayu berbuka di sini. Tapi tulah Sis cakap, datang awal, jangan datang lambat, nanti takde meja.
Alhamdulilah, inilah menu berbuka Sis pada Sabtu lepas. Makan empat beranak aje, lagi sorang kena keje.
Ini adalah menu mesti order setiap kali ke sini, tanpa jemu, mesti order yang ini.
Udang kari (8ekor), Ikan Siakap stim nyonya, ketam black pepper (3ekor,ketam bangkang), sotong goreng tepung, baby kalilan ikan asin dan roti kukus (12ketul). Alhamdulilah atas rezeki yang Allah berikan.
Harga pun tak mahal, Sis makan ni semua haritu rm228 berapa sen ntah. Murah ke mahal? Bagi Sis berbaloi sangat. Ikutlah selera memasing ya.
Dan ini gambar waktu malam, Sis pinjam gambar dari Johor Kaki. Lupa nak amik gambar penuh keadaan restoran tu. Meriahkan. Sebab tu kata, datang awal.
Bagi sesiapa yang nak datang, guna waze aje pun boleh.
Restoran Todak (orang asli).
1, Kg. Orang Asli, Telok Jawa, 81750 Masai, Johor
Buka jam 11,30am - 11.30pm
Setiap Hari .
Selamat menjamu selera.
P/S: Hehehe ye betul, Sis anak beranak memang suka makan dan pemakan. Kalau Suami kurang sikit, tapi masih boleh layan tekak anak-anak hehehe.
sdap2 menu dia..:)
ردحذفAlhamdulilah, memang sedap semua Kak @Normi..
حذفwah..kira murah jugaklah seafood macam tu sis...nanti nak bagitau husband ajak makan kat sini
ردحذفKannn @SitiRohaida, sangat murah dan berbaloi..
حذفtak pernah ke sini..pernah dengar je pakcik cerita..
ردحذف@Hernee dapat duit raya gi le serbu bawak kita sekali ya hehehe
حذفada cakap sini tak halal.saya tak pasti bab tu.
ردحذفMemang ada dengar @Mar, tapi jangan was-was, setakat ni pekerja dia yang Islam, memang kata halal boleh makan, cuma dia takde sijil halal..
حذفwow sis mmg kuat makan :p
ردحذفtq sis tlong share hehehe
Hahahaha jangan lupa singgah ye @Retna hehehe
حذفTak pernah pun singgah sini, walau saya oran Masai, bahahhaha~
ردحذفLepas ni singgahlah @Nona hehehehe
حذف