LAKSA JOHOR SEDAP DI KEDAI MAKAN MAK LONG BESAH

Sis Lin
10
LAKSA JOHOR SEDAP DI KEDAI MAKAN MAK LONG BESAH | Siapa sini peminat Laksa Johor? Rata-rata kalau dah namaya orang Johor mesti suka makan Laksa Johor ni. Orang Singapura pun suka, apatah lagi orang Johor. Cumanya nak dapatkan yang betul-betul original rasa dan juga 'cukup sifat' Laksa tu yang susah. 

Terkadang makan, ada yang kuahnya kurang kaw, terlalu cair dan kurang rasa ikan, ada juga yang Laksanya, rencah tak cukup, sambal belacan pun kurang kick, dan ada juga yang tidak guna spageti, dia guna mee laksa putih tu, oh itu sudah lari dari bahan asal Laksa Johor. Korang pernah terkena macam tu tak? Frust kan terkadang, tak puashati!.

Setakat Sis hidup dan makan-makan ni, Laksa Johor tersedap yang Sis makan, adalah Laksa Emak Sis sendiri, memang power, makan berpinggan-pinggan wa cakap lu, nasib aja pinggan tak dimakannya hahaha. Tak taulah kan, mungkin sebab ar tangan Emak kot, tu yang sedap sangat hehehe. 
Yang keduanya Laksa Johor air tangan blogger Chef terkenal Mat Gebu

Ada beberapa kali beraya di rumahnya, Mat masakkan Laksa Johor. Memang sangat terasa kuah laksanya. Lebih-lebih lagi kata Mat, dia guna ikan parang. Bayangkanlah kemain gigih oii nak membuang tulang-tulang ikan tu, sebab tulah sedap, di masak penuh dengan kasih sayang gitu, kann Mat kan hehehe. *slurpp lap ayaq liuq..

Laksa Johor Sedap Di Kedai Makan Mak Long Besah

Jadi pagi ni, Sis nak share satu tempat makan yang ada menjual Laksa Johor, dan yang Sis rasa, inilah rasa asli sebenar Laksa Johor yang Sis rasa sedap kalau makan kat luar, selain dari air tangan Emak dan juga di rumah Mat Gebu. Serius sangat sedap, bukan review berbayar okay, ini pujian ikhlas. Korang boleh cuba, kalau tidak percaya apa yang Sis katakan. 

Rasanya, bahannya, kepekatannya, semua cukup!.

Laksa Johor Sedap Di Kedai Makan Mak Long Besah

Tengok tu, setelah di gaul-gaulnya, maka hasilnya beginilah, kemudian ketepikan sudu dan garfu tu, korang gunalah lima jari korang untuk makan. Itu cara sebenar bila makan Laksa Johor hehehe. Bukan saje-saje cakap ye, memang itu caranya. 

Tapi kalau dah makan kat kedai makan, segan jugalah nak buat macamtu oii hehehe. Jadinya gunalah sudu garfu tu, yang penting licin selicinnya kuah habis di sodok dek sudu hahaha hingga ke titisan terakhir gitu. 

Laksa Johor Sedap Di Kedai Makan Mak Long Besah

Yang tengah tu le tuan kedai, Mak Long Besah. Kebetulan semalam pergi singgah makan dengan kawan sekolah, Izam, boleh pulak sama juga besdaynya semalam mereka berdua ni hehehe. 
Happy birthday Izam, happy birthday Mak Long! ..

Kalau korang nak cuba, bolehlah datang sendiri ke Kedai Makan Mak Long Besah ni ya.

Terletak di : (Berdekatan dengan TM Point Taman Sentosa)
Taman Sri Tebrau Johor Bahru Johor, Jalan Kerambit 4, Taman Sri Tebrau, 80150 Johor Bahru, Johor

Dibuka Ahad hingga Khamis.
Jumaat dan Sabtu Tutup. 
Dari jam 7am hingga habis menu.

Kalau korang nak tengok update menu di kedainya, korang boleh buka dan follow facebooknya ok. 

Bukan ada Laksa Johor aje, tapi ada nasi putih lauk campur, aneka soto, aneka mee, mee bandung, nasi ayam, nasi beriani, kuih muih dan berjenis minuman panas dan sejuk. 
Mailah datang dan cuba ya . Harga berpatutan. Tempat redup dan selesa. 


P/S: Memang port sarapan kami geng-geng sekolah ex-SMMB (Geng kita-kita) hehehe ..
Tags

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Makanan kat situ sume sedap2 kan. Masa kat tmpat lama ada jugak ke sana tapi tak selalu sbb susah park

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul Kak @seri, lauk pauk dia semua sedap-sedap. Kalau kedai yang lama kita tak pernah pergi, selalu pergi tempat baru ni hehehe

      Delete
  2. tgk gambar pun dah tahu sedap..:)

    ReplyDelete
  3. sedapnya nampak, pagi-pagi pulak nampak ni,memang lapar. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kalau ke Johor bolehlah cuba nanti ya @Zuhaira...hehehe

      Delete
  4. saya, saya, saya peminat laksa johor...uih..menggoda betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn @Julia, kalau pi openhouse mesti cari laksa johor ..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!