MENU DI PAGI SYAWAL SETIAP TAHUN | Pejam celik pejam celik dah 15 Syawal ye, sekejap masa berlalu. Diam tak diam dah separuh Syawal. Korang masih lagi dalam mood beraya ke tu? Sis tahun ini, sangat kurang beraya, salah satu faktor sebab kesihatan tidak begitu mengizinkan. Demam + batuk + selsema, jadi membataskan pergerakan nak beraya ke sana ke sini. Ye sebab Sis faham, kita dah sakit, takkanlah nak beraya ke rumah orang, seolah macam bawa penyakit aja. Ada memang jenis yang tak kisah, dah sakit nak buat macam mana kan, ada yang jenis mengata plak, kang berjangkit katanya, jadi sebelum apa-apa baiklah kita duduk aja di rumah rehatkan diri. Suara pun takde kalau nak berborak. Huhuhuhu.
Pagi ini pun masih lagi batuk, suara pun masih serak-serak, ubat dah makan, tapi tak juga baik-baik. Sis kalau batuk,memang lambat nak baik, dari dulu lagi. Makanlah ubat apa pun, tetap juga susah nak baik. Lagi plak tengah raya ni, makanan dan kuih macam-macam ada, kadang tak ingat diri tengah sakit, bedal semua, haaa dah sakit, sendiri tanggung ler hehehehe.
Okay berbalik tajuk di atas tu, apa menu korang di pagi raya? Masak sendiri di rumah atau Emak korang dah sesiap yang masak? Kalau Sis, 24tahun berkahwin, setiap tahun masak sendiri di rumah. Ye Sis beraya dulu di rumah, kemudian pagi raya baru kerumah Emak. Jadi malam raya memang masak dulu. Ada tahun-tahunnya aja, Sis tak masak malam tapi esoknya selepas beraya rumah Emak, baru masak. Begitulah dari dulu hingga sekarang.
Kampung Emak pun bukanlah jauh benar, Kampung Melayu aje hehehe. Jadi takde nak kesah kelam kabut nak balik raya. Kebetulan pulak depan rumah Emak ada mesjid, jadi memang solat raya depan rumah Emak aja.
Rendang Daging
Dah nama pun rayakan, jadi tidak sah kalau tak masak rendang.Semestinya rendang daging.
Tahun ni Suami beli daging baru, jadi Sis masuk dalam Noxxa sekejap aja, sebab daging barukan, sekejap aje dah empuk. Memang sangat sedap!
Rumah Emak pun masak rendang juga, cuma versi lain sikit. Rendang Emak mesti hitam-hitam sikit, sebab Emak letak gula melaka. Sis tak letak hehehe.
Sambal Goreng.
Tahun ni, anak Sis Yana yang masak sambal goreng ni. Malam raya tu Sis dah lepak sangat, badan dah mula panas, Suami kata rehat dulu sebelum melarat. Jadi menu kali ni banyak Yana yang buat dan Suami bantu sibuk-sibuk kat dapur.
Ayam Semur (Kicap)
Yer semur tu bahasa Jawa, bahasa melayu kita panggil masak kicap. Kalau untuk masak raya, Sis akan buat campurkan dengan suun dan juga tauhu kering. Memang kesukaan anak-anak dan juga Suami. Lagi kering lagi sedap.
Ketupat Mini Nona & Ketupat Palas Adabi.
Tiap-tiap tahun benda dua ni mesti Sis rebus. Sebab rumah Emak dah rebus ketupat,jadinya kat rumah Sis, Sis rebus yang segera aje. Senang siap masak dah boleh makan. Yang palas tu ramai tanya.
Dia jual dalam paket ada 12 ketul. Kita rebusnya sampai mendidih, kemudian masukkan serbuk santan yang ada dalam tu. Senang je. Rasa sama macam yang jual pakai daun tu ha. Tak caya try laaa.
Menu lain, sambal kacang, kari ayam, sayur lodeh, serunding, semua Emak masak, Sis datang tinggal bawak balik aje kekekeke. Korang punya menu sama ke? Tapi ada juga yang pagi Syawal takde masak menu-menu macam ni. Ada yang Sis tau, mereka masak Laksa, Lontong, Soto dan juga kadang buat Nasi Beriani. Beza lah dengan Sis, keluarga dari dulu hingga sekarang, memang inilah antara menu yang kitaorang masak dan makan di pagi raya. Ye pagi raya baru makan. Bukan makan sehari sebelum raya.
Makan beramai-ramai selepas balik solat raya, Barulah meriah hehehe.
Apa-apapun, janji masak sudahlah kan..
Selamat hari raya sekali lagi buat korang!! :)
P/S: Nak cerita beraya san sini, takde beraya, nantilah Sis sambung lagi cerita raya ye..hehehe
Please buat sambal goreng tu sis...kita bukan orang jawa..so kurang sikit kepandaian..hahahaha
ReplyDeleteHehehe baiklah @SitiRohaida, nanti Sis masakkan hari raya kita tu yer hehehe
Deletesaya pun da demam 3 hari ni..cuaca agaknya...
ReplyDeletebestnya rumah emak dekat aje...kita ni dedua jauh, memang masaknye kat rumah orang tua aje la..hahaha..kalo kat kedah, memang kena ada menu khas raya macam laksa, mihun goreng, nasi ayam ke...kalo kat sarawak takde..menu raya adalah menu raya yang ketupat, rendang, lemang tu je lah..sampai ke malam makan tu aje lunch, dinner semuanya..hahaha
Kannn @Sunah, sama macam kat sini laaa, memang dari dulu, menunya tetap lauk raya macam ni, tak pernah lagi Mak masak menu lain. Raya Haji pun sama juga. Lain rasa kalau raya takde masak menu raya ...
Deletesdap2 menu dia..trliur kita tgk rendang daging tu..:)
ReplyDeleteAlhamdulilah Kak @Normi, ginilah tiap-tiap tahun menunya..hehehe
Deletebaru nampak ni ada ketupat palas adabi tu sis lin..huhu
ReplyDeleteYeee @Julia ada, ntni JUmaat ni Sis rebus juga hehehe
Delete