NASI AMBANG RM5 BAZAR SRI SAUJANA

Sis Lin
10
NASI AMBANG RM5 BAZAR SRI SAUJANA | Salam semua. Ada sihat ke tu? Mesti sibukkan tengah buat biskut dan mengemas rumah. Tinggal baki beberapa hari sahaja lagikan dah nak raya. Masing-masing dah sibuk tukar langsir, salin sarung kusyen, beli bunga baru, perabot baru, dan ada juga siap beli emas ko kalau hari raya hehehe. Macam orang cina, kalau tiba raya cina mesti mereka belikan emas untuk isteri, emak atau cucu. Sebab Sis datang dari family cina, sebab tu la Sis bagitau ni hehehe. Sekarang emas dah mahal weii fikir dua tiga kali mau beli hehehe. Main aje undi, bayar sikit-sikit, lama-lama dapat kumpul seketul-seketul. Ye dak..

Tajuk harini Sis tulis sebab, saja nak share, hingga sekarang masih terbayang-bayang nasi ambang ni. Harga pun murah, pastu sedap, dan juga banyak sangat!. Makan sorang mengah-mengah rasa. Suami makan pun tak habis. 


Nasi ambang ni masa kami beli kebetulan aja, sebab masa haritu Sis dan Suami ke Kota Tinggi membeli belah, dan kami berdua sepakat, beli kat bazar dan balik berbuka kat rumah aja. Nak makan kat kedai takut dah penuh dan jadi lambat nanti order. Jadi dalam perjalanan balik tu, Suami singgah di Bazar Taman Sri Saujana Kota TInggi tu, nampak bazarnya meriah, panjang betul, penuh gerai sepanjang jalan tu. 
Suami tanya nak makan apa, Sis tak kisah, apa aja pun boleh makan. Tu yang Suami beli nasi ambang. 
Yang uniknya, ada pelbagai bungkus Suami kata. Yang ini Suami Sis punya, nasi ambang ayam kicap. Di bungkus dalam bekas kertas dan di stapler atasnya, dah macam rupa kotak hadiah gitu. Kreatif. Mula-mula pun Sis ingatkan apa, rupanya nasi dalam tu hehehe.


Dan yang ni Sis punya, nasi ambang ikan keli. Penuh sebekas ko, memang muai makan. Suami memang tau Sis suka ikan keli, jadi di belinya menu tu. Yang Sis punya dalam bungkusan plastik makanan biasa tu tapi tetap ada alas daun pisang. Kata Suami ada yang bungkus macam nasi lemak juga, yang itu nasi ambang daging ke paru katanya. Senang juga kan macam ni, mudah nak kenal yang mana satu bila pelanggan tanya.
Oklah nasinya, nasinya pun lembut, lauknya cukup semua, ada sambal goreng, serunding, ikan asin, mee goreng dan juga sambal belacan. Lauk aje korang pilih nak yang mana. Semua rm5 kata Suami. 
Tu yang Sis duk terbayang-bayang ni, sedapnya lahai, nak pergi beli jauh nuu. Tapi memang sedap. 
Cuma nak bagitau gerai yang mana, Sis tak tau nak kata macam mana, sebab Suami yang turun beli, Sis tunggu dalam kereta. Korang pergilah cari sendiri ya .hehehe.







P/S: Hari-hari makan nasi jemu juga ye 'kata Suami' hahahaha..adeii oklah, harini kita masak mee goreng basah hehehe yumssss..


Tags

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. xpernah mkn nasi ambeng..:)

    ReplyDelete
  2. mesti kreatif orang yang menjual tu kan. tapi RM5 memang muailah banyak mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Kak @SeriKandi, kreatif sangat. Betul, mengah nak habskan sebelas tu ..

      Delete
  3. hadoii..menyelerakan sungguh la sis...tetiba nak makan nasi ambeng kat bbu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sangat selera @SitiRihada. Makan sorang banyak sangat..

      Delete
  4. ambeng tu mksudnya campur semua sekali ke cam mane. mcam sedap jugakkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye @Ayunie, semua nasi dan lauknya di satukan dalam satu bekas. Kalau sebenarnya makan dalam dulang beramai-ramai.

      Delete
  5. wow murah dan meriahnya nasi ambeng yg sis lin beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang murah sangat @CikTom..berbaloi..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!