NIKMATI MENU MASAKAN INDIA (LITTLE INDIA) @MAKAN'S KITCHEN DOUBLE TREE JOHOR | Salam Syawal buat semua. Masih mood raya ke tu? Maaflah ye agak lama Sis bercuti dari update blog di sini, maklumlah masih dalam mood beraya lagi, sampaika nak update pun jadi blur hehehe padahal macam-macam nak cerita ni.
Tapi takpe, cerita Sis beraya nanti Sis update kemudian ye, jom kita intai-intai dulu apa yang menarik dalam promo menu makan di Double Tree di Makan's Kitchen Johor Bahru. Kebetulan promo ni akan berlangsung dalam bulan Syawal, kot mana tau kan, nak bawa family makan di sini.
Khas buat peminat makanan India atau yang suka makan menu 'Mamak's', contoh: kari-kari, roti nan, dhal, dan yang bestnya nasi beriani, haaa bolehlah datang cuba makan di sini. Double Tree akan buat promosi makanan India yang di masak oleh Chef Rajendra yang di datangkan khas dari India.
Bagi mereka yang biasa makan di sini, mereka tentu kenal Chef ni, memang terkenal di kalangan pegunjung Makan's Kitchen. Dan semestinya air tangannya memang membuat siapa yang pernah merasainya akan tau kehebatan masakannya.
Jom kita tengok apa menu yang akan di hidangkan. Yang penting semua sedap-sedap belaka. Bukan rasa biasa-biasa tapi ada keistimewaan rasa dalam setiap menu yang di sediakan. Mungkin kerana rempah ratus yang di gunakan atau juga mungkin kerana kepakaran Chef yang memasaknya.
Jadi pada pengemar masakan India, memang patut cuba!
Untuk promosi kali ini terdapat lebih dari 10 jenis menu utama yang akan di hidangkan, dan semestinya menu utamanya Nasi Beriani Kambing (Lamb Beriani).
Nasinya lembut, terasa kelembutannya masa makan, dan kambing yang ada dalam nasi tu pun di masak rata dan sama lembut dengan nasinya.
Yang ini namanya Salmon Tandori.
Rasanya sama macam Tandori Ayam tu cumanya dia ikan Salmon. Ikannya terasa segar sangat, lembut dan rempah tandori tu serap penuh dalam ikan tu. Mesti cuba.
Yang ini 'Chiecken Hariyali' .
Dia macam goreng cilipadi, tapi tak rasa pedas, rempahnya pun tak berapa kuat rasanya. Untuk tekak melayu macam kita ni, sesuai dan boleh makanlah. Jangan risau okay.
Yang ini Udang, nama sebenarnya Sis lupa plak namanya.
Udangnya di goreng dan di salut tepung, memang sedaplah, tidak pedas, sesuai kalau untuk anak-anak atau yang tak makan pedas. Tapi rasanya semua menu memang tak pedas hehehe.
Ini Sotong 'Squild Pakora' namanya.
Mula-mula ingatkan ikan, bila dah makan ermmm sedap sangat! Susah nak cakap macam mana rasanya..Kena cuba okay.
Menu ini memang sentiasa sedap bagi Sis, Tiap kali kalau ada event di sini mesti ada menu ni.
Namanya dah lupa, cuma boleh cakap dia 'meatball' dalam rasa sos gitu. sangat-sangat sedap!
Kalau makanan India mestilah ada Dhal kan. 'Dhall Tadka' namanya.
Beza dengan Dhal kedai mamak's okay, sebab ianya pekat, isi sayur dalamnya pun banyak, dan rasanya sangat rasa Dhal, bukan macam sesetengah tu, cair aje. kan kan..Yang ni power!
Yang atas dalam mangkuk tu korang pernah makan? Namanya 'Rice Kheer'.
Kalau yang biasa makan, mesti kata sedap, kalau yang tidak biasa, memang agak pelik. Tapi Sis cuba juga rasa, ternyata sedap juga.
Dan Roti Naan semestinya, ada pelbagai jenis, Naan Cheese, Naan original dan macam-macam lagi jenis Naan.
Dan untuk salad ada 'Chana Onion Salad dan Aloo Chat'
Juga ada mint sauce, cocumber raita, lime and onion ring, mango chutney & juga papadom.
Semua salad ni memang biasa ada dalam setiap menu masakan India.
Ada lagi menu-menu yang di sajikan, yang ini adalah sebahagian yang Sis utamakan, sebab sedap sangat bagi Sis, yang lain-lain pun sama juga sedap, cuma yang di atas ni, korang mesti cuba!
Untuk yang ingn mencuba, bolehlah datang ke Double Tree by Hilton Johor Bahru di Makan 's Kitchen untuk menikmati masakan India 'Little India' di sana.
LITTLE INDIA - MAKAN's KITCHEN
Featuring Chef Rajendra
12, Jalan Ngee Heng, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Phone: 07-268 6868
Bermula 1 July hingga 31 July 2018.
Dari jam 6.30pm hingga 10.30pm
Setiap Ahad hingga Khamis.
Harga rm102nett per-saorang.
Jom makan-makan!.
P/S: Tunggu ya, lepas ni Sis update satu satu cerita raya he he he. Sabar..
macam rugi hari tu tak join...kalau dapat makan ni mau tak hengat orang sebelah kan
ReplyDeleteKannn semua menu sedap-sedap @SitiRohaida, beza dengan menu rasa di mamak's ko ...
Deletesdap2 makanan dia..:)
ReplyDeleteSangat sedap Kak @Normi ..
DeleteNasi beriyani tu sumpah sedap, kita amek sume lauk trmasuk salmom, oiii. . Sedap
ReplyDeleteKannn lembut gileee kannn...kita amik juga semua menu nak rasa Kak @Seri, paling suka yang salmon tandori ..
Deletesalam sis lin.. =)
ReplyDeletesedap ni..tp mesti kbnykn spicy..hehe
Tidak semua spicy @CikYaya, masih lagi ada yang tidak pedas, cuma rempah dia yang nampak macam pedas..
Deleteya allah terliurrrr siss ..hahhhaa...
ReplyDeleteHahaha bertabahlah ye @Farahain hahaha
Deletegambo dia kalo tak bagi kita kecur tak sah..belanja pelissss hehehe
ReplyDeleteKakakakah lepas ni nak zoom bg terjojol mata @Hernee hahaha
Deletebenci la kalo masuk entri makanan kat blog ni...arghhh! gambar dia macam 3D! nasib tak jilat skrin laptop je..hahaha
ReplyDeleteTahun depan gambar 4D plak laaa @Sunah hahahaha
Delete