SEPANJANG JALAN PAKA - KUANTAN - JOHOR

Sis Lin
4
SEPANJANG JALAN PAKA - KUANTAN - JOHOR | Baru-baru ni Sis ada teman Suami ke Paka,Trengganu. Biasa drebar dia yang hantar, tapi kali ni, Suami ajak teman, ala tak lama mana pun, esoknya dah balik Johor. Macam biasalah, Sis kalau Suami ajak, memang paling suka biar Sis yang drive, tak kiralah kemana pun, kalau Suami yang drive, asyiklah slow-slow jalannya.
Kenapa? Salah satu sebab Suami cepat mengantuk dan yang kebiasaannya, handphone Suami tak berhenti bunyi. Sana sini col masuk, nak jawab wahtsapp lagi, semua hal kerja, jadi macam mana nak bercakap dalam telefonnya, nak memandunya lagi, jadi ada baiknya Sis yang drive. Hehehe Sis ko kalau dah dapat stering, macam lupa tayar jejak kat jalanraya hahaha. syyhhhh..

Satu perangai Sis, kalau jalan jauh, memang tak boleh tidur, mata ni boleh tahan mengantuk walau 12jam dalam kereta atau pun kapal terbang. Suami kadang suruh tidur dulu, nanti bergilir bawak, tapi mata Sis tak mengantuk, macam mana nak tidur. melainkan memang betul-betul mengantuk, tidur juga kekadang, tapi jarang sangat berlaku. Memandu pun, Sis tak kisah kalau Suami nak tidur ke, sebab Sis biasa akan dengar radio atau pasang CD, dan akan karaokelah sengsorang memekik terpekik hahaha. Oh Suami dah biasa dah hahaha. Dia redha je .Kalau bulan tak puasa, sambil drive Sis makan, tapi suka makan asam aje, lain-lain tak suka. Janji dapat pegang stering tu, satu kepuasan! hehehe.
Malam tu kami gerak jam 9.30pm dari Johor, sampai Kerteh dalam jam 2am. Suami sepanjang jalan dia tidur. krooohh kroohh kroohh. Sampai Kerteh kami terus Sahur awal, senang balik hotel terus tidur aje hehe. 


Keesokkan paginya tu Suami settle hal kerja dia, dan Sis lepak di hotel, nak tidur mata tak boleh nak tidur, jadi tengok tv ajelah. Kejap-kejap Suami col, kejap-kejap dia wahtsapp, tanya ok tak tu, risau agaknya tinggalkan Bini sorang-sorang adeiii,. Dalam jam 1pm Suami settle kerja dan kami checkout pulang balik Johor. Suami kata kalau kerja tak banyak, nak aje naik ke KL, tapi kerja tengah melambak nak kena settle sebelum raya. 
Cuaca panas merentung, Sis drive pun sampai berpeluh-peluh rasa. Padahal dah buka ekon dah tu. 

Kalau korang dari Paka balik ke Johor lalu jalan nak ke Kuantan, nanti korang akan nampak kedai-kedai khemah macam ni, korang berhentilah. Derang jual tembikai, murah sangat, sekilo rm1.50 aje. Suami Sis biasa singgah beli sini. Ada macam-macam tembikai dia jual. Bukan tembikai aje, ada buah pelam, buah kuini yang dah Sis sambalkan, Sambal Belacan Buah Kuini,  tembikai susu dan kadang ada pisang dan ciku katanya. Tengok pada musim. 


Lagi satu perangai Suami Sis ni, kalau beli tak reti beli sedikit. Dia akan beli banyak-banyak, sedekah kat kawan-kawan kat opis katanya. Gitulah dia sejak Sis kenal dia. Suka memberi. Yang kat rumah punya dia dulukan dan ketepikan, kemudian dia akan kata, nak beli untuk orang ini orang itu, Sis okay je. Moga murah rezeki Suamiku. 
Hampir 10 biji juga haritu beli hahaha. Dapat free sebiji lagi .


Lepas dah beli tembikai, Sis drive teruskan perjalanan semula. Tak sampai setengah jalan, dalam kawasan Kuantan ke Rompin gitu, Suami ajak singgah ke kedai tepi jalan perusaahaan ladang nanas ke apa ntah namanya. Berderet kedai kat situ, semua jual nanas dan juga buah labu dan jeruk-jeruk. Murahlah nanas dia, manis pulak tu. Suami beli yang 4 rm10, dia beli sampai rm30 gulp! . Labu pun beli sebiji, sebab Suami tau anak bujang dia suka makan sayur lemak labu. Penuh kereta, banyak betul borong buah hahaha.


Haa siapa suka ni? Sis memang hantulah nampak jeruk uii, tak boleh tahan. Baik-baik duduk tunggu dalam kereta, terus Sis turun ikut Suami bila ternampak jeruk hahaha. Suami kata uii laju aje. Hahaha. Jeruk dia bikin kecur air liur aja, Macam-macam ada. Jeruk botol kecil sekali dia jual rm5. Korang rasa Sis borong ke tak? Hahaha. Lagi nak raya ni kan, lagi laa best beli banyak-banyak. Adalah dalam 5/6 botol Ss beli hahaha. 1 botol dah makan ..hehehe. Alaaa Suami Sis yang lelaki pun nampak jeruk, jadi teruja juga, dia kata ni sedap, yang ni sedap, semua sedaplah hahahaha. 

Masa drive pun kejap panas, kejap hujan, jadi Sis taklah berapa drift nak drive, tapi kali ni Suami tak tidur, dia teman berbual sepanjang jalan. Macam-macam kami berbual, bincang pasal hal anak-anak dan juga urusan anak bujang tu nanti nak ke Politeknik Mersing. Senang buat persediaan awal, jadi tak kelam kabut. Suami pun dah alert awal-awal date nak hantar anak bujang tu. Jadi takdelah nanti sibuk nak tanya aje. Plan nak gerak sehari sebelum daftar, stay memana kat hotel Mersing sana, senang nanti dari sana terus ke Politeknik, tak kelam kabut sebab waktu daftarnya jam 8am -12.30pm, tapi masih lagi dalam perbincangan, tengok nanti macam mana. 

Alhamdulilah selamat sampai ke Johor dalam jam 5.30pm, sempat ke bazar Pasir Gudang beli menu berbuka, dan berbuka di rumah sahaja. Badan letih kata Suami, rasa macam nak demam, malam tu kami berdua pergi spa mengurut badan, Suami kata badan sakit-sakit, dengan Sis sekali tumpang sekaki mengurut, kami amik bilik VIP hehehe.  Alhamdulilah .







P/S: Ni nak pesan ni, cerita Sis hak Sis, so kalau dah baca, tak payah nak sampai menyampai, jangan jadi 'batu api'. Ingat tu wahai kakak, adik, abang, makcik, pakcik dan juga Janda!


Tags

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. letih tu memandu jauh sis.tapi seronok la gak dapat berjalan sambil teman suami ye.
    Janji Kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, kalau Sis memang suka memandu, lebih suka drive dr duduk sebelah @Mar ..

      Delete
  2. i baru nak komen, terbantut apa dlm fikiran nak komen bila baca ayat last ko tu Lin, kahhhhhhh!


    haaa...... nak ckp ni, gila laju ko drift 4 jam setengah dah smpi Kerteh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kena bagitau warning kat sini, sebelum merebak jadi penyakit hati hitam kak @Seri hahaha..

      Hahaha kita memang suka drift kak, pantang dapat strering hehehe

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!