4 SYAWAL BERAYA KE RUMAH BLOGGER MAT GEBU@ADNAN IBRAHIM | Siapa yang tak kenal Chef Blogger kesayangan ramai Mat Gebu atau lebih di kenali di facebook sebagai Adnan Ibrahim, empunya blog Dapur Tanpa Sempadan - tiffinbiru dot com. Rata-rata semua mengenalinya. Perkongsian menu dan resepi masakannya di blog beliau, menjadikan semua orang mesti kenal Mat Gebu (MG). Sis mengenali MG seawal mula melibatkan diri dalam blog pada tahun 2008, hampir sepuluh tahun mengenalinya. Dan dah beberapa kali berjumpa dengannya dan juga datang beraya dan ziarah ke rumahnya. MG pun dah beberapa kali juga datang ke rumah Sis. Macam tak caya je kan. Semuanya kerana jalinan 'persahabatan' yang kami kenal dari alam maya (blog) membawa ke dunia realiti. Mungkin kami serasi berkawan, berbual, dan bergurau sesama. Kadang dah macam saudara dan abang lelaki bagi Sis (walaupun sebaya), sebabnya Sis tak ada abang. Menumpang kasih sebagai seorang adik dengannya, sangat bersyukur di temukan dengannya dan juga keluarga MG.
Kalau datang beraya ke rumahnya memang takkan balik dengan perut kosong. Kalau boleh pun, di suruhnya tidur sekali, selagi jam dinding dia tu tak bunyi sampai detik 12malam selagi tu di suruh minum kopi habis seteko hahaha. Tapi ngeri oii, jangan memain pulang memalam dari Sedenak, kang ada jumpa hantu cangkung hahahaha.
Okay balik pada tajuk, ceritanya hari raya haritu, Sahabat Sis, Suraya turun beraya ke Johor. Memang kalau biasa kalau dia turun beraya ke Johor, kami akan sesama ke Sedenak beraya. Kebetulan Suami Sis pun masih dalam cuti raya, jadinya berjumpalah kami ke rumah MG pada hari raya ke-4. MG biasalah dah wahtsapp-wahtsapp bertanya datang dengan siapa, sebab nak bersiap sedialah katanya, macam biasalah, memang ada aje menu dan sajian yang akan di hidangkan. Kadang naik segan juga, tapi niat tuan rumah ikhlas, kita pun di layan baik, dan tak pernah terkurang apa satu pun kalau ke sana, yang penting mesti ada kopiO hahahaha.
Kunjungan raya kami di sambut mesra penuh senyuman dari family MG. Memang kalau di rumah MG korang rasa seperti macam keluarga sendiri. Mak Yah,Emaknya MG dan juga Abangnya MG juga melayan kami berbual tanpa jemu, macam-macam cerita keluar, memang kami kalau borak habis riuh serumah. Ada je ceritanya.
Tengah hari tu kami di hidangkan dengan sajian yang istimewa. Sangat-sangat sedap semuanya.
Antara menunya, udang masak lemak nanas, telur dadar gebu, asam pedas ayam kampung, kerabu mangga, sambal goreng, dan juga air oren.
Kuih muih MG jangan cakaplah, datang aje Sis dah balun rasa semua jenis, lebih-lebih lagi Tat Nanas MG. Sedap sampai berketul-ketul Sis makan hahahaha. Cuma kek Lapis MG aje tak sempat nak rasa. Takde rezki namanya.
Alhamdulilah, kekenyangan kami semua. Memang macamtulah kalau datang kerumah MG, kalau tak kenyang memang tak sah!. Kalau korang rasa tak kenyang, Sis rasa korang memang jenis 'kuat melantak' hahahaha.
Dan inilah sahabat cantik manis Sis tu, korang yang blogger dulu-dulu seawal 2009 mesti kenal dia, nama pena dia dalam dunia blog SueJoshua. Pakar masak memasak juga. Rajin share resepi dalam blog dia. Tapi atas sebab peribadi, blognya dah di delete, jadi kalau korang yang mengenalinya dan nak terus keep in touch boleh add dia di Fb nya dengan nama Suraya Yusof.
Terima kasih Sue dan juga MG. Moga persahabatan kita kekal hingga ke Jannah.
Selamat hari raya , maaf zahir batin buat korang! Aku sayang korang tau!! ..
P/S: Ramai yang tanya mana dan nak tengok rupa siapa MG tu, ooo sejak kenal MG dulu lagi, orangnya sangat 'misteri' dan sungguh RENDAH DIRI . Jadi kita hormatilah privasinya yer .
wah..banyaknya menu hari raya tu...mestilah sedap kan kalau mat gebu masak
ReplyDeleteMestilah sedap @SitiRohaida hehehe...air tangan misteri hehehe
Deletewah bnnyaknya MG masak..:)
ReplyDeleteAlhamdulilah Kak @Normi hehehe
Deletemeriah makanan yg MG sediakan..
ReplyDeleteBetul tu, rzki kami @IbuDilah ...
DeleteAssalamualaikum.sis...sedap tengok menu che mat ni...dah lama x bw skg ni...semakin busy hingga majlis selesai sepenuhnya...teringin nak jumpa che mat ni ntah bila la agaknya...
ReplyDeleteWaalaikumussalam Mama @Maszull..alhamdulilah semua sedap-sedap. Moga dipermudahkan semua urusannya Mama...
DeleteMeriah klau mat yang masak.. untung sape dpt menyinggah makan.. mmg x kebulur dibuatnya 🙊
ReplyDeleteKannn @Retna, kalau tak kenyang bukan Mat Gebu namanya hehehe
DeleteHantu Cangkung?? Seremmmm~ Bahahaha~
ReplyDeleteOhhh..mcm pernah nama blogger ni dedulu......shantekkk benor..hehe...untung sis, makan sedappppppp uiiiii
Hahaha ye @Nona..
DeleteAlhamdulilah..tiap-tiap tahun memang akan beraya ke sana hehehe
wah...meriah betul hidangan yang disediakan tu
ReplyDeleteKannn @julia, sangat meriah dan sedap-sedap semuanya...
Deleteblogger otai ni hehehe
ReplyDeleteKannn @Hernee hehehe
DeleteWah, bestnya menu open house 😋
ReplyDeleteKalau ke Sedenak memang tak pernah lapar kalau balik, itulah orangnya @MatGebu kalau melayan tetamu @Zumal..
Delete