ANALISIS KULIT MUKA ANDA DI AESTHETIC CENTRE REGENCY SPECIALIST HOSPITAL

Sis Lin
6
ANALISIS KULIT MUKA ANDA DI AESTHETIC CENTRE REGENCY SPECIALIST HOSPITAL | Korang pernah ke buat analisis terhadap kulit muka korang? Kalau pernah tentu tau kan, macam mana keadaan kulit muka korang. Ok ke tak Ok? Bagi Sis ini kali ketiga Sis buat analisis kulit Sis, sebelumnya hanya buat di tempat soping Mall yang ada sediakan analisis percuma, tapi tanpa penerangan dari pakar. Dan inilah kali pertama Sis buat di Hospital pakar dan pertama kali juga baru tau di dalam Hospital Pakar Regency ada klinik khas untk rawatan kulit muka, atau lebih kepada rawatan kecantikkan kulit la macamtu. Itu pun Sis tau setelah pergi ke event Regency Specialist Hospital Unveils New Logo  . Masa tulah baru tau ada klinik kulit ni. Kebetulan dapat baucer rm200 untuk rawatan tu, jadi apalagi kita cubalah. Kalau takde baucer Sis tak tau pula harganya, korang kena call tanya ya. 


Kliniknya terletak di bahagian bawah aja, kalau korang masuk dari pintu besar hospital tu, korang belok ke kanan, korang akan nampak kliniknya. Kebetulan masa Sis pergi, anak yang sulung ada, jadi Sis ajak dia sekali untuk buat analisis kulit dia. Tapi tak sangka pulak, Doktor bagi Sis sekali untuk buat ujian analisis tu, hehehe dapatlah kami berdua buat dalam masa yang sama. 


Untuk analisi kulit tu, semuanya akan di buat di luar klinik tu, ada kaunter khas untuk ujian analisis ni. Mesinnya pun ada di situ. Pesan Sis kalau korang nak buat ujian ni, better jangan guna sebarang alat solek ya, senang dan mudah untuk di buat ujian pada kulit lebih mendalam. Masa Sis buat pun, Doktor suruh cuci muka, walaupun tak pakai makeup. 
Staff akan panggil dan minta korang duduk depan mesin tu, kemudian bagi yang pakai tudung tu, sila lipat sikit ke dalam untuk nampakkan muka tu lebih luas dan menyeluruh. Selepas tu, korang di minta masuk muka korang dalam mesin tu dan tutup mata, dalam masa tak sampai 3 minit je pun, dah siap. 


Selepas dah siap masuk muka dalam mesin tu, nanti staff akan scan pulak muka tu guna sejenis alat. Sakit?Takde rasa sakit pun, alahaii korang ni. Dan selepas dah selesai semua, korang tunggu sekejap nanti Doktor panggil masuk dalam untuk beri penerangan masaalah kulit korang.
 Sis lupa nama Doktor tu, dan takde amik gambar pulak masa dalam klinik Doktor tu, sebab fokus sangat mendengar penerangan Doktor, jelas dan sangat sporting dan mesra. Klinik doktor tu pun sama dalam tempat korang buat analisis tu, tunggu aje di panggil.

Untuk masaalah anak Sis yang umur 24tahun, tidak banyak masaalah tetapi Doktor sarankan rajin guna sunblock dan belajar dan research lebih detail dan teliti cara untuk menjaga kulit, sebab dia suka bermakeup dan pakai skincare bertukar-tukar, ini tidak elok untuk kulit dia pada masa akan datang. 
Rawatan pun Doktor takde sarankan rawatan apa, sebab usia muda lagi, hanya jaga dengan baik, insyaAllah kulit akan sihat. 

Untuk Sis pula ada juga masaalahnya, kulit berminyak T-zone, area muka sedikit kering, jeragat nipis, belum lagi 'makan kulit dalam', maklumlah dah umur 42tahun ni, TAPI..yang terujanya, Doktor kata Sis takde masaalah wrinkle atau masaalah kedut muka dalam usia 42tahun ni. Kedut faktor umur tu biasa, tapi masaalah kedutan tu takde. Agak terkjeut juga Sis dengar. Sampaikan Doktor tanya, you pakai produk apa? Hehehe. 

Sebenarnya satu je nak bagi tips, mungkin kulit Sis ni kira ok, sebab Sis jarang pakai makeup, yang penting pakai krim sunblock, Sis pakai Biore spf50, dah lama pakai yang tu, alhamdulilah itulah agaknya kesan pada kulit. Kalau produk barang tu, takde pakai yang set-set punya, Sis pakai hanya krim foundation Seqy Beauty tu, bedak Pixy 3in1, dan juga Yarra Moisturiser (ni Sis jual hehehe) tu je laa..yang penting SUNBLOCK tu! ..
Makeup tu biasa-biasa aje, celak, mascara dan eyeliner juga lispstik, tu biasa memang pakai, lain-lain takde. 

gambar carian google, malas nak amik gambar sendiri hehehe.

 Ha yang ni haa Sis pakai. Dah lama pakai ni, dan serasi, cuma kalau nak mandi-mandi tepi pantai tu, untuk badan, belilah yang lain. Sayang pulak nak pakai yang ni, hehehe. Bagus ni, korang cubalah sebelum terlambat, dari takde pakai langsungkan. Harga pun tak mahal, Sis beli kat Watson rm26-28 macam tu, kalau sale murahlah. 

Jadi korang kalau nak tau masaalah kulit korang tu, pergilah buat analisis kulit. Kita nampak macam elok je kulit mukakan, tapi masaalah dalaman kulit kita tak tau. Dah tau, barulah boleh tau produk apa yang sesuai dengan kita, atas saranan Doktor pakar. 
Ni Sis copy sedikit apa yang bestnya dan apa khidmat servis yang di sediakan di Aestthetic Regency ni ya. 


Regency Aesthetic Service

Regency Aesthetic Service is a newly added skin health and wellness service to meet the need for our clients to stay healthy and beautiful at the same time.
Regency Aesthetic Service offers an extensive range menu of aesthetic treatments to help you attain your desired perfection in beauty and health. It is equipped with modern technology, advanced machines and credentialed doctors with specialized knowledge in aesthetic medicine. Our satisfied clients come from both local and regional markets. You can be assured of professional guidance and customized treatments towards the best possible outcome.

Our services include:

REJUVENATE REGIMEN
Medical Facial Peel

Suitable for dull skin, large pores, rough texture, oily skin, black heads and pigmentation.

Treatments Available:
Dull Skin Treatment
Acne Treatment
Pigmentation Treatment

Type of Peels:
Rejuvenating Peel
Clarifying Peel
Brightening Peel



Laser Therapy & Light Therapy

Reducing large pores, improve skin tone and eliminate fine lines.
Treatment of acne, acne scar and pigmentation.

Treatment Available:
Gentle Rejuvenation
Advance Laser Treatment
Acne Treatment
Scar Treatment
Pigmentation Treatment


Aesthetic Gynaecology
Laser Vaginal Tightening

For lax vaginal syndrome due to repeated vaginal delivery.
Laser for Treatment of Urinary Incontinence (minimal)
To avoid leakage of urine.
Labiaplasty under local anaesthesia
Reduction of excessive labia tissue.
Posterior Pelvic Floor Repair
For lax vaginal syndrome due to repeated vaginal delivery.


REFRESH SOLUTION
Wrinkle Relaxation with Botulinum Toxin

For Wrinkle management.
We use only quality botulinum toxin.


Fillers

For mid facial & lower facial volumization, correction, reshaping, sculpting and augmentation.
We use only quality filler in our center.

Hair Fillers
Promotes blood circulation in the scalp and revitalizes hair follicles.
Induces hair growth by increasing the size of hair follicle.
Prevents and stops hair loss.



REGENERATE SOLUTION

Palate Rich Plasma also known as Vampire Treatment.
Mesotherapy&Subdermal Micro-Injection
Suitable for those who wants a youthful and younger look.

Treatments Available:
Micro Needling
Vampire Facial (PRP) plus Micro Needling
Vampire Facial (PRP)


Thread Lift

For those who wants slim & small V-line face.
Reduce double chin.
Reduce fat of upper arm, armpit, brassiere line, buttock and waist.


Operating Hours
Monday – Friday (8.30 am to 5.30 pm)
Weekend and Selected Public Holiday by appointment only.






P/S: Kulit muka berseri kena seiring dengan hati yang bersih ya, jangan muka aje cantik putih, tapi hati HITAM. huhuhu


إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wahhhh cantik langsir baru!

    eh2 analisis kulit muka ni UTM pun ade juga, macam pernah nampak kat booth under Bio-Product..sebab diorang ade keluarkan barang2 kosmetik..

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe naik juling editnya @Sunah hahaha
      Haa bolehlah try nanti, Cuma mungking takde pakar la nak jelaskannya, hanya da bagi result analisis kulit yang keluar dari mesin tu je laa..

      حذف
  2. wah seronok lah dapat pergi analisis kulit muka

    ردحذف
    الردود
    1. Ye @Hans, dapat baucer apalagi, sayangkan kalau tak di gunakan hehehe

      حذف
  3. Great info! I recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I don’t know what to say except that I have. Zemits equipment

    ردحذف
  4. The cutting edge models depend on the model of the Inclin-ator. You may be thinking the current day models cost a great deal. Yet, it is a reality that it costs not exactly different options you have of it. https://shuttlesky.in/

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!