AUGUST CAFE JADI TARIKAN PENGUNJUNG SINGAPURA | Akhirnya dapat juga sampai ke sini setelah asyik dengar dan baca di blog kawan-kawan yang sudah pun ke sini. Bukanlah teringin sangat, cuma Sis ni kalau dengar ada cafe yang tak pernah Sis cuba, Sis akan cuba untuk pergi juga, sebabnya nak mencuba coffee dia. Maklumlah Sis ni pencinta coffee, jadi memang suka mencuba serata Malaysia dan luar negara kalau kata ada je cafe atau tempat minum yang tak pernah Sis cuba. Jadi mesti nak cuba!
Petang tu Sis tidak keseorangan, setelah selesai jemputan di Majlis Open House Swiss Inn Hotel tu, Sis di temani oleh kawan, Sunah untuk teman Sis minum-minum sambil lepak, kebetulan dia pun free. Sis pulak sementara nak menunggukan si anak Bujang tu sampai bus stand Larkin balik dari Mersing, jadi takde buat apa, ajaklah Sunah teman. Sunah ni pun dah berapa kali pergi juga ke sini, terbaca blog dia yang Drink, Eat & Dream @ August Cafe tu lah yang Sis geram nengok coffee dalam gambar tu. hahaha.
Masuk aje ke dalam kedai dia, waaa cantik dan cool sangat. Tempatnya pulak betul-betul di tengah bandar Johor. Memang laluan pengunjung Singapura dan juga kalau tiba time malam, jadi tumpuan pengunjung yang ke Bazar Karat pulak. Memang korang mesti jumpa punya cafe dia. Cafenya dua tingkat, ada atas dan juga bawah. Agak privacy gaklah cafe dia, sesuailah kalau korang nak meeting, dating dan juga perjumpaan tertutup ke apa ke. Sunyi dan suasana dia sangat warm gitu. Deko dalaman dia pun kalau mata Sis tengok berciri antik klasik moden. Macamtulah, bukan pandai sangat nak tengok tempat orang ni, tapi memang cool je tempat dia.
Yang ini Sis punya. Piccollo dan almond cake chocolate. Sedap sangat coffeenya uiii, Keknya pun sedap, sampai licin Sis makan, bukan sebab lapar, tapi sangat suka dengan rasanya. Tang coffee dia tu memang lazat. Pengemar coffee memang akan sukakannya.
Dan yang ini Sunah punya. Katanya dia suka sangat dengan Rose Latte tu . Sis cuba gak test minum, uii tak boleh masuk dengan tekak Sis hahaha. Tekak Sis sesuai dengan coffee tu je la hehehe. Tapi kek pisang yang Sunah order tu sangat sedap dan moist! Nak je masa tu ku bedal bagi habis, tapi perut sudah kenyang dek makan kambing dan laksa johor hehehe.
Ada juga menu-menu lain yang korang boleh order. Menu lunch dia pun menarik juga, nanti boleh cuba lunch kat sini juga. Harganya pulak berpatutan juga, sesuai dengan tempat dan juga persembahan menunya. Puashatilah makan dan minum kat sini. Yang suka lepak-lepak tu bolehlah datang sini. kalau takde geng tu, ajak lah Sis ya hahahaha.
Lokasi:
August Cafe
Pasar Karat 36, Jalan Tan Hiok Nee, 80000 Johor Bahru, Johor
Waktu perniagaan:
Sabtu - Khamis
10.30 a.m. - 7 p.m.
No. Telefon: 016-7279944
Facebook:
Instagram:
P/S: Korang ada tempat makan atau cafe yang best-best tak? Sharelah. Boleh Sis cuba, kalau ada nanti komen ya.
Rindu nak makan kat sini. Tapi malas betul bab nak parking tu
ردحذفKannn Kak @Seri, parking kalau siang hari okaylah, time dah petang pack sikit hehehe
حذفNasib baik jauh..kalau dekat SA nak jugak join..
ردحذفKalau tersinggah Johor, mai laaa @Amanda..hehehe
حذفwahhh.. nampak sedap :)
ردحذفSangat sedap @Ejulz...
حذفwow.. food presentation dia bukan main lagi..
ردحذفHehehee gitukannn @Akashah ...
حذفbaru nak cakap, malam dia tutup...hahaha...tapi hujung2 ada dah waktu perniagaan...
ردحذفHehehe tu le buat gmik sikit @sunah..
حذفFuhh ... nampak sedap, tapi malangnya saya kurang gemar makanan macam ni yang manis2. Manis buah ok lagi. Lagi ok .. manis senyuman si gadis .. hehe
ردحذفHahahaa hamboii punch line Tuan @hasrul hahaha...
حذفhurmmm..lepas ni nak dating dengan sunah pulak laaa dekat sini..hahahhaa..
ردحذفAlaaaaa nak ikut gak @Farahain...
حذفala...bila nak pegi lagi ni..nak ikut
ردحذفBila-bila aje i free okay @Siti Rohaida hahahaha
حذفZumal pun suka coffee, nampak menarik coffee tu
ردحذفKannn sama Sis, memang suka mencuba segala kedai Cafe yang ada coffenya @Zumal, nanti mai Jb bole ngopi sama hehehe
حذف