BANDUNG TRIP 5D 4N - DAY 1

Sis Lin
20
BANDUNG TRIP 5D 4N - DAY 1 | Untuk sekian kalinya Sis ko ni rajin sangat nak update cerita yang bertunggak dah hampir dua tahun untuk dikongsikan dalam blog ni. Hahahaha harap jangan ada yang kecam Sis ya. Maklumlah sebelum ni, mood menulis tak sampai, entah macam mana tiba-tiba rasa nak update pulak cerita percutian ke Bandung bersama sahabat bacpackers Sis, Retna. Kami pergi hanya berdua sahaja. Bagi Sis inilah masa untuk 'me time' untuk Sis. Janji dengan keizinan Suami. 
Cuma apa yang nak Sis kongsikan, hanya semua gambar dan tempat di Bandung yang kami pergi aje, segala liku-liku perjalanan dari awal tu, Sis taknak cerita, kang berjela-jela jadinya, Sis memang nak share tempat-tempat yang menarik yang kami pergi sahaja okay. 


Percutian ke Bandung ni, kami amik pakej travel tours dari 'Diati Tours'. 

Day 1# 
- Pick up at Bandung airport, flight arrival @08.05 A.M
- Visiting Tangkuban perahu
- Visiting ciater hot spring
- Lunch
- Visiting floating market lembang
- Visiting dusun bambu 
- Dinner at Kampung Daun 
- Transfer to hotel (please confirm your hotel name)

**Okay nak bagitau dulu ye. Yang Sis bagi inttenery di atas ni, itu semua plan asal dari Travel. Tapi bila dah berjalan, korang faham-faham ajelah, kadang plan asal jadi plan B. So yang Sis bagi ni plan A dari pihak Travel. 


Farm House Lembang. 
Tempat ni macam kat Bukit Tinggi gitu suasananya. Bezanya di sini senibinanya lebih kepada Belanda. Cuma kawasan dia besar. Tempat nak amik gambar pun semua sudut cantik-cantik. 


Farm House Susu Lembang.
Sampai sini mesti rasa susu ni tau. Baucer percuma untuk claim susu. Ada coklat dan original susu.
Dalam sni ada banyak tempat menarik korang boleh pusing-pusing, dari atas sampai ke bawah. Jangan lupa nak atas untuk ke rumah The Hobbit, masa kami pergi tu ramai sangat orang, jadi kami tak naik atas, hanya bergambar di bawah sahaja.
Nantilah next entri Sis kongsi gambar gambar sekitar Farm House ni yer.


Tangkuban Perahu
Masa sampai sini, kemain sejuk uii, angin kuat, dah macam kat negara omputih rasa. Orang pulak ramai, tapi kami redah je berposing, boleh pulak abang-abang menjual tu offer diri nak amikkan gambar, tapi korang hati-hati, ada makna tu, dia suruh beli barang jualan mereka hahaha. 


Cantikkan tempatnya. Teruja pertama kali tengok. Selalu tengok gambar, kali ni tengok depan mata. Banyak gambar kami posing depan kawah ni, kalau nengok nak muntah hijau hahahaha.


KLC Resto.
Tempat supir bawa kami lunch. Ya Allah perut lapar gile ko hahaha. Nasib baik makanan dia sedap-sedap bangat!


Dah lupa apa nama menu-menunya, tapi semua sedap. Licin kami berdua makan. Tak mahal juga, kira okay berbaloi dengan apa yang di hidangkan. 


Floating Market
Di sebabkan kami baru lunch, jadi bila ke sini, tengok semua benda jadi kenyang huhuhu bagus pak supir tu, kalau tak maunya semua nak di belinya hahaha. 


Gerai-gerai dia semua atas sampan tu. Yelah kata floating, mesti le atas sampan terampung-ampung gitu. Macam-macam ada, yang pelik tak pernah korang makan pun ada. Kami berdua cuma beli tauhu goreng pedas tak silap kot masa tu. Sebab dah kenyang baru lepas akan lunch hehehe. 


Kedai Kain.
Pak Supir kata kita ke sini dulu, boleh pilih kain, kalau suka, terus buat tempahan jahit dan siap. Waaa menarikkan, kain-kainnya semua sulam cantik-cantik. Murah, jauh beza dengan harga kat Malaysia. 


Tengok tu, Retna siap pilih kain dan siap ukur dan jahit. Katanya nanti malam atau besok sudah siap, dia hantar terus ke hotel. Pantaskan! .
Jahitannya pun kemas, siap di suruh test dulu masa hantar, kalau ada tak kena nak adjust, dia betulkan semula. Servis tip top.


Dusun Bambu 
Tempat dia sangat cantik. Pak Supir tu siap kata, nak ke sini petang sikit, supaya nampak matahari nak jatuh, nanti tempatnya cantik. Memang betul. Cantik gile suasana dia. 


Lama juga kami kat sini melepak, sampai dah nak gelap. 
Pergi berdua, jadinya tak gambar dia, gambar Sis, gitu aje lah, sebab pak supir dia tak ikut sama, dia tunggu je kita sampai siap hahahaha. 


Kampung Daun.
Supir bawa kami dinner di sini. Sangat best tempat ni, kena jalan kaki masuk ke dalam tu sambil lihat suasana keliling. Ada sungai kecil di setiap tepi pondok meja kita makan tu. Macam ala-ala kampung gitu. 


Inilah dinner kami. Jangan tanya apa, dah lupa apa nama menunya hahaha. Yang ingat sedap, tu jer hehehe. Sis kalau makan semua memang sedap. Tak kisah, tak cerewet, bagus tak Sis hahahaha.


Fave Hotel.
Dan setelah seharian berjalan, akhirnya dapat juga check in di hotel. Letih jangan cakap, tapi puashati!
Inilah hotel tempat kami menginap selama 5 hari 4 malam. 
Selesai untuk Day-1

OKay nanti kita sambung Bandung Trip - Day 2 pulak yer.






P/S: Rindu pulak tetiba nak ke Bandung lagi. Nanti pergi lagi sekali, bawa incik Suami pulak, honeymadu untuk yang ke 25tahun nanti hehehe. 


Post a Comment

20Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Sangat cantik @Ejulz, banyak gambar lagi, tapi tak dan nak upload semua hehehehe

      Delete
  2. woww.. bestnya dapat 'me time' tempat jauh ngan kwn2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye @Ibu Dilah, setahun sekali jadilah hehehe

      Delete
  3. Terbayang2 ayam panas ms kat pasar baru tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn @Retna, ayam penyet gunung berapi hahahaha...

      Delete
  4. Dekat floating market tu kena satu hari suntuk dekat sana baru puas main macam - macam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup En @Yazid, sebab tu dan nasib baik kami dah lunch dulu, kalau tidak, mau macam-macam juga kami beli dan makan hehehe

      Delete
  5. Seronoknyaaa cuti cutiiii. Teringin nak ke Bandung tapi takde geng!

    ReplyDelete
  6. pehhhhh sis punya ootd veryyy theeee younggg.. i liokeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ko ada-ada je laaa @Farahain hahaha

      Delete
  7. uii macam sama jek perap entri bandung dah nak masuk 2 thn hahaha

    ReplyDelete
  8. ringkas tapi padat. kalau ke sana rasanya paling teruja bab makan hehe.. paling suka makan =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam nk menaip panjang lebar @Siti, tapi memori perjalanan banyak yang dah lupa hehehe jadi kita tepek gambar je le sambil cerita rngkas ..

      Delete
  9. Terbaikkkk, bercuti sakan naaaa !
    Enjoyyy !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakan tu idok ler tapi seronok aje laaa @Nona, 'Me Time' hehehe

      Delete
  10. saya baru nak start baca ni sis..hahahaha

    cantiknya dusun bambu tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha gigih juga ko membacanya @Sunah..
      Terima kasih :)

      Yup sangattt cantkkkkkk

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!