BANDUNG TRIP 5D 4N - DAY 3 | Diam tak diam, rajin tak rajin dah masuk hari ke-3 Sis ko update ya. Korang dah baca semua dari Bandung Trip Day 1 & Day 3 ? Bagusss haaa tepukkk. Bagi yang dah membaca kisah semalam tentunya tau kan keadaan sahabat Sis,Retna, yang semalam malamnya sakit terkena keracunan makanan dan muntah-muntah. Jadinya bangun pagi memang dia tak okay lagi. Jadi kami bagitau supir, yang plan harini tak dapat di teruskan. Sebabnya untuk hari ketiga, ikut dalam plan travel, kami akan ke Jakarta seharian, nak ke Hard Rock Cafe (HRC).
Tapi mengikut kata supir, perjalanannya jauh, makan masa dalam 2 jam baru sampai. Jadinya untuk tidak terjadi apa-apa di atas jalanan di sebabkan kesihatan Retna tidak mengizinkan, kami sepakat, tunda aje. Tengok pada hari esoknya atau tengok keadaan kesihatan dulu.
Day 3#
- 1 Day Trip to Jakarta ( Monas, hard rock cafe jakarta, istiqal, ask our driver if you ride bajai)
- Optional kota tua Jakarta, Taman Mini (you could decide later)
- Back to Bandung
**Okay nak bagitau dulu ye. Yang Sis bagi inttenery di atas ni dari Bandung Day 1, Day 2 tu, itu semua plan asal dari Travel. Tapi bila dah berjalan, korang faham-faham ajelah, kadang plan asal jadi plan B. So yang Sis bagi ni plan A dari pihak Travel.
Yup yang di atas adalah plan asal dari pihak travel. Tapi bak kata Sis, tengok masa dan tengok kesihatan. Kena pada kami, kesihatan tidak mengizinkan, jadi kami tukar ke plan B. Alhamdulilah semuanya baik-baik aja.
Fave Hotel
Pagi tu kami santai-santai dulu, kasi Retna rehat.
Pemandangan dari tingkap bilik Hotel Fave yang kami duduk selama 5 hari. Pesat sangat pembangunan dia, jalan pun macet ko. Dalam jam 9am gitu juga, kami call supir suruh amik, kami nak sarapan, pusing punya pusing, akhirnya kami makan di mcD. Sama je macam kat Malaysia menunya. Buat alas perut dulu. lepas makan kami balik hotel semua dan rehat dulu. Retna tidur dulu kasi rehat.
Nasi Padang Minang
Tengah hari supir call nak bawak makan. Kami bagitau supir nak makan nasi padang minang. Jadi supir bawa kami ke sini. Sekitar tempat kami duduk juga, tapi ke bandar sikit. Kami pun dah lupa apa nama kedainya. Sebabnya hari ketiga tu hujan bumi Bandung.
Menu dia semua biasa-biasa je bagi Sis, kami amik menu yang nak di makan aja.
Cumanya yang ini..erkkkk tekak ku tak boleh masuk itu kuahnya. Kalau tengok macam sedap, sekali makan erkkkk...Lepas ni jangan beli lagi hahahaha.
A Truly Brownies
Selepas tu supir bawa pula ke tempat jualan Brownies. Kek-kek lapis pun ada juga. Tapi yang ni kurang besar, ada satu lagi tempat yang Kartika Sari tu, haaa yang tu kami pergi juga dan kami memborong hahaha.
Kartika Sari
Ya selepas tu kami ke Kartika Sari. Ini suasana sebahagian dalam kedainya, tak dan masa tu nak amik gambar, orang ramai, dengan pegang bakulnya lagi. Nak bergambar luar kedai pun tak dapat sebab hari hujan. Jadi sipi-sipi je amik gambar kat dalam hahaha. Kawan Sis Retna sakan memborong masa ni hahahaha.
Toko Tiga
Selepas dah membeli segala brownies dan kek-kek, kami di bawa supir ke sini, Toko Tiga. Tempat ni memang femes kan. Kalau ke Bandung mesti orang kesini. Dia menjual segala jenis branded Jeans dan tshirt dengan harga yang murah. Kalau banyak beli dapatlah harga borong, jauh beza dari harga sebenar di Malaysia. Sis? Rugi kalau tak membeli, mestilah borong oiiii hahahaha.
Bakso Semar
Lepas aje keluar dari Toko Tiga tu, supir bawa kami pusing-pusing ke bandar Bandung. Semua tempat bersejarah dia bawa pusing, cuma kami tak turun aja, hari hujan renyai-renyai. Jalan pun macet (jem). Pusing punya pusing, tetiba teringat nak cuba Bakso di sini. Tanya supir, mana ada jual Bakso yang ramai orang pergi makan, dia kata ada. Lalu di bawanya kami ke sini.
Kami tak tau nak order macam mana, jadi kami duduk dulu, kemudian orangnya datang, kami hanya tunjuk, nak macam orang sebelah tu punya hahahaha. Macam tulah kami order, terus dia kata ok ok hahahah.
Bila sampai aje Bakso kami, huiiii terkejut kami, betapa besaunyaa mangkuk dia dan bebola dia, gulp! Terus macam ngeri pulak nak makan hahahaha. Kami cuba makan, sekali hirup kuahnya, letak sambalnya, terus Retna pandang Sis, Sis pandang Retna, hahahaha terus terkulat-kulat nak perabiskan.
Dari situ korang faham aje sudahlah hahahaha.
Stone Cafe
Di sebabkan tadi siang kami makan hanya tengah hari sahaja, yang bakso tu kami tak makan pun hahaha. Jadi malamnya supir bawa kami makan malam di sini, Stone Cafe.
Bila tengok aja menunya, waaa ada tomyam lah. Apalagi kami order. Nasib baik semua makanan di sini semua ala-ala menu di Malaysia, macam kedai Tomyam gitu, jadi menu kami pilh semua kami boleh makan hehehe. Baru puas makan. Retna pula, keadaannya masih tidak okay sangat lagi, jamah aje sikit-sikit.
Korang boleh cuba sini, tempatnya pun sangat cantik.
Ola Family Refleksologi
Kerana aktiviti kami harini hanya santai-santai aja, dan kesihatan Retna tak berapa baik lagi, selepas makan kami minta supir hantar kami ke tempat spa/urut. Pusing-pusing jumpa ini tempat. Tanya harga semua pun okay, jadi kami pun mengurutlah. hehehehe. Supir tunggu di luar.
Bila badan dah letih, kaki pun sakit, kena pulak di belai, di urut, kemain syoklaaa kan. hahaha. Boleh lena kat situ di buatnya. Bagus servis dia, pekerjanya pun bagus, lemah gemalai mengurut tapi kuat. Nampak je badan halus, tapi bagus sekali dia mengurut. Lewat juga siapnya. Siap aje semua, terus kami balik hotel .
Supir dah pesan, esok awal pagi ya, sebab esok banyak tempat semua nak pergi. Okay Pak!
Setiap perjalanan kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Tak semestinya semua yang di rancang akan menjadi kan, jadi kena siap sedia. Plan A tak jadi, buat plan B. Kannn. Ada rezeki next time kita datang lagi. Jommm Retna!
Okay, nak bagitau ni, entri Bandung Day 4 & Day 5, Sis akan sambung minggu hadapannya ye, sebabnya Sabtu - Selasa, Sis berada di luar kawasan, hehehe. Jangan risau, nanti Sis akan update okay.
Selamat membaca. Ooo dah baca ke? Haaa tepukkkkk
P/S: Kalau pergi bercuti, kena bawak ubat sakit perut juga, kena perut kalah makan, susah juga nak cari ubat. huhuhu *Tips dari Sis .
apa lagi tepukkkk..banyak oi entry sambungan ni
ردحذف@Rohaida hahahaha haaaa tepukkkkk...yee sampai Day 5 nanti hahahaa
حذفbila baca ni tetiba teringin pula mama nak ke bandung
ردحذفAjomm laaa kita gi @Mamap ...
حذفBest bamdung
ردحذفKannn @Nila, soping habis kat sana, yang bestnya spa dia hehehe...
حذفkenapa ngan Bakso dia sis...x sedap ye?
ردحذفYeee @Amanda, tak tau nak cakap macam mana rasa Baksonya, memang tak boleh nak masuk dek anak tekak walau letak sambalnya banyak-banyak hahahaha
حذفthe stone cafe tu best kan...portion pun beso.. sejuk nyaman je kat situ..
ردحذفIyeeee memang best tempat dia @Hernee, menu dia pun dah macam kat Malaysia hehehe
حذفRindu Bandung, kita dah tiga kali pergi. Nak tunggu Iman habis sekolah nt bolehlah pergi lagi time tak cuti sekolah, tiket katerbang murah sikit, huhhu
ردحذفWaaa dah 3x ek Kak @Seri, bestnyaaa..nanti nak gi coti lagi ajak kita tau hahahaha
حذفIngat lagi ko eh nama spa tu.. aku dah lupa hahah
ردحذفMestilah aku ingat @retna, sebab aku ada gambar depan spa tu , cuma malas nak up gambonya hahahaha
حذفmakk aii bakso dia...baru nak puji "nampak sedap", rupanya jauh sama sekali ek...hahahah
ردحذفHahahaha tak sedap gileee @Sunah oiii hahahaha
حذف