DOA BUAT SUAMI DI HARI LAHIRNYA | Isteri antara syurga atau neraka buat suami. Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?
Bicara dan mengadulah kepada ALLAH. Mengadu dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan.
Sambil masak doa untuk suami, ketika basuh baju doa untuk suami. Kalau pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami, bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata.
Dan untuk hari ini, ku tuliskan sekeping doa buat Suamiku sempena hari lahirnya hari ini.
Semoga ALLAH mendengar dan makbulkan doaku. Aamiinn..
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihanMu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekira nya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untukku di JannahMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah, sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin, Ya Rabbal Allamin...
Selamat Hari Lahir Suamiku yang tercinta..
Dari isterimu yang tercinta..
P/S: *Nangis sambil menaip* ...................................................................... :(
Sedih benor membacanyaa....amin, amin..semoga teruss bahagia bersama si dia tercinta......... semoga husband sis always sihat dan berjaya dalam kehidupan...AMIN
ردحذفAaminn, alhamdulilah, terima kasih @Nona..
حذفSelamat hari lahir, En Sabar. Semoga terus bersabar dgn kerenah Sis Lin i ya.. Hehehe.
ردحذفDoa seorang isteri tak pernah putus utk suami kan
Terima kasih Kak @Seri..alhamdulilah sentiasa mendoakan yang terbaek untuk Suami..
حذفHepi besday abg sabar!!!
ردحذفMakaseh @Retna, abg aku kata hahahahaa
حذفamin ya rabbal alamin.moga terus bahagia hingga ke jannah.selang sehari aje besday asben kita.
ردحذفJanji Kita
Alhamdulilah, terima kasih @Mar..oo ye ke, ada ucapan tak untuk suaminya tu hehehe
حذف