JOM PERGI ZOO JOHOR DENGAN HANYA RM2 SAHAJA

Sis Lin
14
JOM PERGI ZOO JOHOR DENGAN HANYA RM2 SAHAJA | Macam tak percaya kan, hanya rm2 untuk dewasa dan rm1 untuk kanak-kanak. Memang ramai tak tahu, pernah sekali dulu pergi bersama kawan-kawan, dan ada seorang ni kawan Sis masa nak masuk bayar, sampai terkejut bila tau harganya rm2, berdekah kita orang gelak. Mana taknya sebelum ni, perginya Zoo Negara dan juga Zoo Singapura, tu semua mahal harga masuknya, jauh beza dengan Zoo Johor. Tapi banyaklah perbezaannya yang mahal dengan yang murah. Baik jenis binatang dan juga keadaan sekelilingnya. Tapi at least setakat nak bawa anak-anak tu boleh sangat, selagi binatang-binatang tu dalam kandang hahaha. 


Selesai aje event di Texas Chicken haritu, Sis memang dah berjanji dengan si Mia tu, nak bawa dia ke Zoo, jadinya memang dia tertunggu-tunggulah Ayyom dia sampai. Tengoklah tu muka happy dia bila dapat berjalan. Dah lama tak jalan dengan Ayyom, memang seronoklah dia kata. Sebelum pergi tu Sis singgah makan di Asam Pedas Claypot, Mia tak sabar-sabar nak pergi Zoo, asyiklah kata cepatlah cepatlah Ayyom, sampai dah hampir merajuk sebab kitaorang tipu dia kata nak balik rumah hehehe. 
Kebetulan anak Sis yang sulung pun ada, bolehlah melayan dia. Mama Mia pun ada ikut sekali. 


Di Zoo Johor ni, kalau rata-rata korang dengar, semua orang kata binatangnya dah tualah, keadaan tempatnya busuklah, dan tak banyak binatanglah. Tapi bagi Sis setakat nak tengok binatang yang tidak pernah anak-anak nak tengok depan-depan, memang okaylah sangat, habis korang nak bawak anak tengok binatang pelik macam apa? Kenalah fikir, berbaloi aje lah dengan korang bayo rm2 tu ui, nak banyak binatang kenalah pergi yang bayar mahal, ye dak? Nanti dah mahal jangan bising pulak. Tang kebersihatan dan busuk tu, Sis nak tanya, ada ke Zoo yang wangi? Sedangkan tandas rumah korang pun kalau korang berak pun bau busuk oii hahaha. Ishhh nak komen fikir otak le ya.


Masa sampai Zoo ni, dah tengah hari nak masuk ke petang, jadinya semua binatang dah kekenyangan dan dalam keadaan tidur, senyap aje, tengok aje si Buaya tu, tidur mulut ternganga hahaha. Mia kemain takut tengok hahaha. Tapi kenapa ye, buaya tidur molot terbukak? Nanti nak google laa hehehe.
Rasanya memang tengah tidur tu sebab memang tak gerak langsung. 


Eeee si angsa ni, haritu masa nak amik gambar dia, dia pandang je Sis, yang Sis n terus flashback kenangan pahit bersama si namanya angsa ni. Rasa nak pulas aje lehernya tu. Mananya tak, ingat lagi dulu masa Sis nak balik dari sekolah, kebetulan sebelah rumah Emak ada bela angsa, tengah elok berjalan, Sis tak perasan dia ada di celah pokok, tiba-tiba dia bunyi dan terus menyondol lehernya kejar Sis, habis kain di tariknya sampai Sis jatuh longkang, geram tak geram. Bila dah kita jatuh tu, elok dia terus jalan pergi, memang kena maki angsa tu masa tu, balik aje cerita dengan Abah, Abah gelakkan Sis huhuhu nasib kain tak koyak rabak, kalau tak habis kena bebel dengan Emak. Terus berdendam dengan si namanya angsa ni. 
Korang ada kenangan tak dengan si namanya ANGSA ni? :p


Raka dan Taka (tak silap gitulah namanya) nama si anak gajah yang baru berusia 9tahun. Korang boleh bagi dia makan. Beli tebu tu harga rm3 dan korang boleh bagi dia makan, memang dia hulur je belalai dia tu. Si Mia dah lari tepi, takut tengok belalai gajah tu panjang terjulur hahaha. Yang adiknya Mia, Danny, melopong mata tengok, jakun sekejap hahahah. 
Rasanya ini gajah baru sampai, yang dulunya besar-besar, macam dah tua. Yang ni anak gajah. Dah namanya gajah, anak pun besar hahaha. 


Tengoklah tu aksi si Mia tu, ada aje benda yang dia nak bebel dan nak bertanya. Mamanya tak kowser nak layan hahaha. Cuaca agak panas sikit, pipi tembam dia pun dah naik merah dah. Tapi memang nampak seronoknya dia. Yang Danny macamtulah, masih lagi dalam keadaan melopong hahaha bukan jakun tapi hairan agaknya bila nampak binatang-binatang tu depan mata dia hahaha selalu tengok dalam tv aje. Masa ni kat kandang Hyppo atau namanya badak air hehehe. 
Comel ko badak tu, lagi-lagi bila dia buat aksi masuk dalam kolam air dia, alahaii comel sangat. 


Dan tak lupa gak, raja segala binatang, si pak belang harimau. Masa Sis sampai kat depan kandang dia, yang sekor ni asyiklah mundar mandir ke hulu ke hilir, ntah apalah masaalah negara yang dia tengah fikir agaknya. Tak henti-henti dia berjalan pusing-pusing situ. Kejap-kejap berdengus. Lapar agaknya, ke panas agaknya. Patut pergilah tidur sana, hahaha. Nasib dalam kandang, kalau tak habis dia nampak Sis yang gebu ni, dia ngap! hahaha..


Dan sebelum balik, meh lah kita buat aksi gile monkey dengan si Mia ni hahaha, ajukkan muka si monyet tu. Gambar monyet ada gak, tapi takyah le upload, banyak beno gambo nak upload, kang korang bosan nak scroll hahahaha. Jadilah beberapa ni je Sis sharekan, kalau korang nak, pergilah sendiri ya, nak selpie ke apa ke, sukahati. Tapi gambo binatang korang tak payah pakai beuty face, kang jadi feloles pulak binatang tu hahahahaha ...


Zoo Johor 
Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000 Johor Bahru, Johor

Di huka setiap hari
Dari jam 8am sehingga 6pm .

Bayaran masuk Zoo Johor:
Dewasa rm2
Kanak-kanak rm1 






P/S: Haritu Mia nak naik kuda, tapi takde pulak, pakcik yang jaga gajah tu bergurau kata 'kuda pergi openhouse' hahahaha ..


Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. terbaek.. yuran mampu milik dan seronok bawak budak2 kat situ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Ejulz, setakat rm2 dan rm1 tu berbaloi laa dengan yang sedia ada aje, nak yang bagus, kenalah pergi yang mahal, kann

      Delete
  2. Jemput singgah entry terkini ejulz :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/misha-omar-sampai-bila-ost-jangan-benci.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/aktiviti-badminton-7-julai-2018.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/mari-belajar-bahasa-sarawak-part-16.html

    Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankz @Ejulz, lama tak join segmen-segmen dan GA ni ..

      Delete
  3. anak suzie pun suka pergi zoo..kita orang selalu suka pergi bagi rusa makan..kena la beli kangkung 1 ikat..seronok tgk anak2 happy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Ct Suzie, jadilah dengan bayaran rm2 tu kan.. samalah dengan unta, boleh bagi makan gak kan...

      Delete
  4. perghhhh serius lah RM2
    murahnya
    jimat lah masuk
    nasib lah dekat johor
    kalau dekat sini memang dah pergi
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee @Hans, dari dulu hingga sekarang masuk hanya rm2 sahaja hehehe.
      Sis pun dah pergi gak Zoo Negara tapi tulah bak kata Sis, nak banding mahal dengan murah, bezalah kan situasinya hehehe

      Delete
  5. Hahahha. . Kuda gi open house ya. Eh, oklah tu hrga RM2 ada rimau gajah buaya unta. . Zirafah takde ek??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak @Seri, hahaha kalau Zirafah ada, tapi masa pergi hrtu tak nampak pulak ada hahaha..

      Delete
  6. hahhaha..kenapa buaya tidur mulut ternganga.hahhahaa... dahtu kalau manusia tidur mengangga tuu kenapa plakk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buaya tidur ternganga tu memang buaya, kalau manusia tidur molot ternganga, dah tau mana buaya mana manusia @Farahain hahahaha

      Delete
  7. saya ada kawan. di pergi zoo JB. bila lalu depan sangakar cik u...(lar) di akan tutup muka dgn tudung. soalannya . siapa kawan saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha oii macam mengata aku je ni @Shaizhar..sebab itulah dalam ini entri takde ular hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!