KAMBING BAKAR DAN LAKSA JOHOR TETAP MENJADI PUJAAN HATIKU | Siapa sama dengan Sis? Sila angkat jari dan komen di bawah ya. Dan siapa yang mengenali Sis, mesti dah tahu menu kegemaran Sis kalau pergi ke majlis-majlis yang sediakan buffet pelbagai menu, tapi kalau ada dua menu ni, Sis akan pilih yang dua ini dulu hehehe. Dulu hingga sekarang, dua menu ni tetap menjadi keutamaan kecuali tak tau atau tak perasan, pasti balik nanti tidur tak lena bila dapat tau sebab terkilan tak makan hehehe.
Dalam bulan Syawal yang baru berlalu ni, rata-rata Sis pergi hadir majlis openhouse dan kenduri, semua ada sediakan kambing bakar nasi beriani dan Laksa Johor ni, jadi Sis akan makan dua menu ni dulu, barulah makan menu lain, tu pun kalau ruang perut ada kosong, kalau tak, cukuplah kenyang semangkuk dua laksa dan sepiring dua kambing bakar hehehe.
Sewaktu hadiri jemputan majlis terbuka hari raya di Swiss In Hotel baru-baru ni, melangkah aje masuk ke atas ruang Rilek Cafenya, mata terus dah pandang warung menu utama tu. Sudah semestinya kambing bakar bersama nasi beriani. Sabar ye sabar, kita pusing-pusing dulu tengok keadaan sekeliling. Tapi sebenarnya, memang dah tau dah, kalau jemputan Swiss Inn ni, mesti ada menu kambing bakar dan laksa johor, sebab dah pernah pergi sewaktu jemputan media Pra Ramadhan - Buffet Ramadhan Swiss Inn ni sebelum Ramadhan. Jadi memang dah agak mesti ada menu dua ni. Tepat tekaan Sis.
Bukannya apa, dua menu ni memang sangat sedap! Rata-rata nampak tetamu datang pun semua makan kambing bakar dan nasi beriani ni. Sis pun memang tak lepas peluang juga, mesti makan!. Cuma nak bertambah tu tak bolehlah, sebabnya perut dah limited terhad je untuk makan, kang ada pulak terlalu kenyang, tersadai kat situ tak boleh nak berjalan, naya je kann hahaha. Kalau tengok semua menu dia semua sedap, semua nak di makan, tapi alahaii berhentilah kamu sebelum kamu kenyang hahaha. Tiberrr..
Kalau dah namanya orang Johor, mana-mana pergi majlis mesti cari menu ni, betul tak? Kalau nampak mesti nak cuba punya. Tapi tengok tempat juga, sekarang dah jarang juga orang sediakan Laksa Johor ni, bukannya apa, agak leceh dan cerewet gak nak sediakan, nak rebus ikan, nak masak kuahnya lagi, dan nak sediakan bahan-bahan ulamnya pulak, jadi orang sekarang lebih suka sediakan amik menu ringkas aje sudahkan.
Tapi rezeki Sis lah, dapat juga makan laksa johor Syawal ni. Rasanya dah 3x untuk Syawal tahun ni dapat makan laksa johor. Laksa Johor kat Swiss Inn ini yang bestnya kuah dia pekat gile, memang pekat dan nampak isi-isi ikannya sangat tidak lokek, terasa ikan dan asinnya. Kalau yang tidak biasa kata masin, tapi bagi Sis okay ajelah, kalau dah kata peberet, masin ke manis ke tawar ke, memang ku bedal hingga ke titisan terakhir hahahaha. Ulam-ulam yang disediakan cukup semua, termasuk sambal belacan. Aishh negences dah ni sambil menaip huhuhu.
Terima kasih Puan Hayati dan terima kasih pihak Swiss Inn Hotel kerana menjemput kami #JDTblogger.
Puashati dan semuanya sedap-sedap. Alhamdulilah.
Hehehe ginilah jadi blogger, sambil makan sambil review, orang sibuk amik makanan, kita sibuk amik gambar, arghh jangan amik kisah, kita buat kerja kita sudah, kan kannn..
Selamat hari raya! ..
P/S: Sis dan Suami, suka makan kambing, 'hantu' kambing, lepas tu sakit pun sesama hahahaha.
Adu..lapar perut petang2 baca ni..hahhaha
ReplyDeleteKannnn nak komen sekarang pun jadi lapar @Sunah oii hahahah
Deletesamalah kak feveret tu kambing..
ReplyDeleteGive me five @Hernee hehehe
Deletesedapnyaaa .... geram nengokk kambingg tuu..hehehhee...
ReplyDeleteKannn kannn baik punya posing itu kambing @Farahain hahaha
DeleteKita masa kat sini tak larat dah nak makan kambing. Laksa Johor memang tak menolak la.. Hehehe
ReplyDeleteTengok muka Kak @Seri je kita dah tau muka kenyang hahahaha
Deletesedap... sedap belaka semuanya....
ReplyDeleteKann @Mia, semua sedap, tapi kena tahan gak nafsu, malam nak makan lagi hehehe
Delete