KESAN SELEPAS 5 BULAN AKU JALANI PEMBEDAHAN LAPAROSCOPY | Alhamdulilah diam tak diam sudah 5 bulan Sis jalani pembedahan Laparoscopy/Laparoskopi di Hospital KPJ Pasir Gudang untuk pembedahan membuang Fibroid. Boleh baca di sini Pengalaman Pembedahan Laparoscopy | Fibroid/Cyst.
Kedaan semakin baik, dan rasa sakit tu sudah tiada, cuma kalau batuk atau bersin yang kerap, memang ada rasa sedikit sakit dan tekanan di tempat yang di bedah tu, rasa macam dalam perut tu keras semacam. Orang lain Sis tak taulah orang lain sama macam Sis rasa ke tak, kalau Sis ye rasa macamtu.
Makan tu mula-mula memang pantang, bukan makan je, tapi hampir dekat 5 bulan hingga sekarang masih lagi Sis tidak ikut mana-mana aktiviti lasak termasuk gym dan senam aerobik, bukan tak boleh tapi rasa ngeri pada diri sendiri yang jadi Sis tak join lagi aerobik dan apa-apa juga aktiviti hehehe. Nak ikutkan dah boleh dah kalau nak aerobik ke apa ke, cuma Sis yang masih fobia. Nanti-nantilah yer.
Sebenarnya selepas pembedahan laparoskopi atau tebuk tiga lobang tu, korang memang kena pantang, macam orang buat bedah juga, bezanya cuma parut dan luka tu kecil, tidak macam pembedahan besar tu, kena bukak perut dan jahit luar dan dalam, kira-kira panjang 15cm tu. Yang ni kecik aje lukanya, Tapi kena jaga juga, supaya luka kering dan tidak menanah. Jangan amik mudah dan remeh. Dah namanya bedah, jadi kena jaga segala aktiviti dan makan semua ya. Nanti dah baik, korang balun le makan hehehe.
Parut? Memang ada parut, tapi masa Sis keluar hospital, Doktor ada bagi ubat sapu pada parut, alhamdulilah parut Sis jadi elok aje, tidak hitam dan tidak kasar, elok rata macam kulit, cuma memanglah nampak parut, tapi beza kalau tak sapu ubat. Mungkin akan jadi tebal dan permukaan parut tidak rata. Hampir 3 bulan juga Sis sapu ubat sapu tu, nampak sangat elok parut.
Dermatix Ultra, haa nilah dia ubat sapu parut tu yang Doktor bagi masa keluar hospital. Yang ini korang beli bayar sendiri sebab insuran tak cover dalam bil ubat-ubatan, sebab ianya kira dalam ubat kosmetik, so insuran memang tak cover, lainlah kalau korang claim sekali tapi insuran tak check, selamat le ko hehehehe.
Krim ni boleh sapu mana-mana tempat, termasuk muka juga kalau ada parut atau bekas luka. Sis dah tanya Doktor dah, memang boleh. Kalau nak lagi jelas, korang belilah kat farmasi atau klinik dan tanya pada yang pakar ye, jangan memandai gak sapu, kang alergik pulak naya hang. Tapi untuk Sis memang serasi. Dah habis satu tiub dah, Sis dah guna tiub yang kedua, memang dapat dua tiub masa tu.
Ada yang tanya Sis, berapa kos pembedahan Laparoskopi ni, okay macam ni, masa Sis buat ni, Sis under insuran, so semua biayai kos tu insuran yang tanggung, sekali wad, ubat dan juga 5 hari penginapan, total semua rm24k. Alhamdulilah juga ada insuran, Sis punya PruBSN Takaful. Tu pun masa nak admit macam-macam hal, korang kalau nak submit tu, tanyalah betul-betul ada agen korang, kalau jadi macam Sis, alahai, naik angin juga oii..
Nak cerita masaalah apa pun susah, sebab insuran tak sama semua masaalahnya. Nak pendekkan ceritanya, kalau korang pernah guna insuran korang kali pertama masuk wad, dan selepas keluar wad, pastikan agen korang dah submit habis borang update dan claim kesihatan korang. kalau tidak bila korang tiba-tiba sakit dan nak kena admit buat kali kedua, haa masalah akan timbul, macam kes Sis.
Sebabnya kes pertama agen tak selesaikan lagi segala borang medical dan tutup kes. Nak buat yang kedua, jadi kena la interview segala dan di soal siasat bagai. Padahal Insuran Sis dah lebih dari dua tahun. Tapi pun susah nak guna. ermm tu pengajaran. Jadi carilah agen yang betul-betul followup kes korang, kalau tak, korang sendiri le kena col HQ dan buat kerja semua.
Oklah tu je nak kongsi untuk hari ini. Terima kasih buat semua yang sentiasa mendoakan Sis dan sentiasa bertanya khabar tentang kesihatan Sis. Pesan Sis satu je, kalau dah rasa sakit, jangan tunggu dan buat amik remeh je, pergilah checkup dan buat scan bagi perempuan, sebab sakit dalaman ni kita tak tahu, nampak sakit biasa, rupanya, lain pulak yang sakit. Pesan untuk diri sendiri juga..
P/S: Maaf kalau ada yang terasa, Sis berkongsi sekadar pengalaman sahaja ye, tidak ada kena mengena dengan sesiapa.
saya beranak operate sis..memang dekat tempat bedah tu rasa sakit masa batu dan bersin. agak lama jugalah kena pantang makan
ردحذفKann @Julia, memang kena pantang kan, luka dalaman kita bukan nampak ..
حذفgood sharing
ردحذفThankx Kak @Normi ..
حذفOhh insurans tanggung ... dia tanggung semua ke?
ردحذفYe Tuan @Hasrul, rm24k semua under insuran, kalau takde insuran, mereput nak bayar hehehehe ..
حذفNgilu pulak bila memikirkannyee..huhuhu
ردحذفYe @Sunah, memang kalau lepas-lepas tu rasa nyilu bila bergerak tapi sekarang nampak dh okay. Tapi kalau dengar memang nyilu kann huhuhu
حذفAllahu.... Ngilu baca. Tapi nmpk Lin mmg lasak dah sejak sebulan dua yang lalu kan. ..mcm tak percaya aje dia baru kena operate dan mngalami kesakitan
ردحذفHehehe kan Kak @Seri, sakit jangan di layan, kalau layan bertambah sakit jadinya..kenalah cergas-cergas kannn...barulah cepat sihat dan bahagia...
حذفGreat job for publishing such a nice article. Your article isn’t only useful but it is additionally really informative. Thank you because you have been willing to share information with us. basic laparoscopy course
ردحذفThank You @Bhandari ..
حذف