MY MOM FIGHT BREAST CANCER (3)

Sis Lin
22
MY MOM FIGHT BREAST CANCER (3) | Bagi yang mengikuti penulisan dan perkembangan Emak Sis mesti sudah tau kisah sakit Emak Sis. Bagi yang tidak tau dan baru nak membaca, korang boleh baca di sini MY MOM FIGHT BREAST CANCER (1) dan juga di sini MY MOM FIGHT BREAST CANCER (2)

Ucapan terima kasih buat semua yang sudi membaca dan komen memberi kata-kata semangat dan doa buat kesihatan Emak Sis . Untuk perkembangan terkini, alhamdulilah Emak Sis kalau di lihat dari zahir dan luarannya nampak sihat macam biasa, cuma ada ketika sahaja Emak letih dan mood agak berubah-berubah macamtu. Kadang adik (tinggal serumah) kata mood okay, kadang mood berangin, tapi kami semua faham, jadi layankan ajelah kekadang karenahnya.
 
Alhamdulilah Emak Sis dah selesai jalani kimoterapi yang ketiga, ubat kimo tu serasi dengan Emak, tak banyak kesan sampingan yang Emak terima pada badannya kecuali rambut memang sudah botak. Emak pun dah redha dan terima keadaannya, janji yang penting Emak nak teruskan buat rawatan kimo tu, tu yang penting. 

Mengikut kata adik, selepas kimo tu pun Emak macam sebelum-sebelum ni juga. Kesan tidak berapa bertindak pada Emak, Emak masih boleh bertahan, cuma ada kala Emak muntah dan berak-berak, itu aja. Lemah dan letih tu pun ada masa memang ada, tapi tidaklah sampai terlantar dan demam. Sebab Doktor dah pesan kalau selepas kimo, jika pesakit demam kena segera bawa ke hospital. Alhamdulilah Emak okay.

Kanser Payudara

Emak Sis masih lagi terima rawatan kimo di Hospital Sultan Ismail (HSI), hospital kerajaan aje, bayaran pun tidak mahal, ada diskaun warga emas lagi, jadi tidaklah membebankan Emak dan juga kami adik beradik. 

Sis masih tidak berpeluang lagi meneman Emak sewaktu buat rawatan Kimo hingga kimo yang ke-3. Rawatan kimo yang ke-4 baru Sis dapat teman Emak (nanti update kemudian ya). Terima kasih pada adik Sis, Sally yang selalu meneman Emak ketika rawatan kimo. Walau kadang macam-macam hal dan halangan.

Selepas selang 3 minggu buat kimo kali ke-3 ni, Emak kena jumpa Doktor pakar pula, untuk ujian dan lihat payudara Emak, samaada kena bedah atau tidak. Ujian darah tu sebelum kimo memang biasalah. Alhamdulilah, sewaktu jumpa Doktor pakar, Doktor kata, Emak Sis tidak perlu di bedah, sebabnya payudara Emak Sis nampak sudah mengecut dan tidak bengkak dari sebelumnya. 

Makanya kata Doktor habiskan dulu semua rawatan kimo sebanyak 6 kali tu, barulah jumpa sekali lagi dan buat ujian dan keputusan bedah tu akan di putuskan. Mudah-mudahan baik-baik aja nanti hendaknya.
 
Setakat ni, Emak takde lagi mengadu sakit pada payudaranya, kalau tidak sebelumnya memang sakit aja di situ.

Itulah kan, kadang-kadang kalau kita tak tau rawatan kimo ni sebenarnya memang semua orang dengar mereka takut dan taknak buat, tapi bila Emak sendiri yang kena dan lihat keadaannya semakin sihat dari sebelumnya, alhamdulilahlah kena fikir positif dengan setiap penyakit dan rawatannya. Yang penting dengar nasihat Doktor. Bukan jadi pakar memandai sendiri ya.
 
Okay untuk kali ni Sis nak kongsikan sedikit mengenai panduan pemakanan selepas rawatan kimo ni ya. Moga manfaat untuk korang.

1. Hilang Selera Makan
  • Makan makanan yang digemari
  • Ambil snek yang berkhasiat dan mudah seperti biskut, kek, ban, telur rebus, puding, yogurt, keju, aiskrim, kacang dan biji-bijian.
  • Ambil minuman berkhasiat seperti sup berkrim, jus buah-buahan kocak (fruitshake), susu kocak (milkshake) dan produk susu formula khas.
  • Tambah susu, majerin lembut, mentega, minyak masak, madu dan karamel kepada makanan.
  • Cuba makanan baru
  • Makan dalam suasana yang selesa dan ceria bersama keluarga, rakan atau makan di luar
  • Makan sedikit tetapi kerap
  • Makan ketika anda berasa lapar

2. Sakit Mulut/Tekak
  • Makan makanan yang lembut dan mudah dikunyah seperti kastard, jeli, puding, aiskrim, buah-buahan lembut atau buah-buahan dalam tin
  • Elak makanan yang kasar, kering, berempah, pedas, terlalu masam atau masin atau terlalu panas
  • Makan dengan kerap dalam hidangan 5-6 kali sehari
  • Minum air sebanyak 8 gelas (2 liter) sehari untuk mengelakkan kekeringan
  • Gunakan straw untuk minum
  • Hisap ketulan ais
  • Berkumur atau bilas selepas setiap kali makan dan sebelum tidur dengan cecair atau bancuhan soda (1 sudu teh serbuk penaik dengan 2 cawan air)

3. Mulut Kering
  • Minum air dengan kerap
  • Bawa minuman kegemaran anda ke mana sahaja anda pergi
  • Lebihkan kuah dalam makanan
  • Hisap gula-gula atau kunyah gula-gula getah untuk merangsang penghasilan air liur
  • Ambil makanan pencuci mulut sebelum makanan utama
  • Sapu pelembab bibir
  • Berkumur dengan kerap

4. Loya/Muntah
  • Ambil makanan yang mudah dihadam, lembut dan kering seperti kek, biskut , ban dan puding
  • Elakkan makanan yang berlemak/ bergoreng, terlalu manis, pedas, panas dan bebau kuat
  • Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap dan kunyah makanan perlahan-lahan
  • Makan sebelum rasa loya
  • Elakkan minum sambil makan
  • Ambil makanan atau minuman pada suhu bilik
  • Berehat sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan secara duduk atau bersandar
  • Makan sebelum menjalani rawatan
  • Makan dalam suasana yang selesa dan nyaman
  • Hisap gula-gula yang berperisa pudina atau limau

5. Cirit-birit

Lebihkan:
  • Air untuk menggantikan air yang hilang
  • Bubur, sup, minuman isotonik bertenaga, pisang dan jus buah-buahan bertapis untuk menggantikan garam mineral yang hilang
  • Yogurt atau minuman yogurt
  • Minuman pada suhu bilik lebih sesuai berbanding air yang terlalu panas atau sejuk

Elakkan:
  • Makanan yang berlemak/bergorng, terlalu manis, terlalu pedas dan berempah
  • Makanan tinggi serat terutama kekacang dan sayuran seperti brokoli, bunga kobis dan kobis
  • Minuman bergas dan makanan yang menghasilkan gas seperti kekacang, brokoli, kobis bunga, kobis dan gula-gula getah
  • Minuman dan makanan berkafein seperti kopi, soda dan coklat
  • Susu semasa keadaan cirit-birit yang teruk. Jika mengambil susu, pilih susu tanpa laktosa dan susu formula khas

6. Perubahan Deria Rasa dan Bau
  • Pilih dan sediakan makanan dengan cara yang menarik
  • Perisakan daging, ikan dan ayam dengan jus limau, rempah, sos, perencah asli seperti halia, bawang putih, lengkuas dan serai
  • Hidangkan makanan panas pada suhu panas dan makanan sejuk pada suhu sejuk
  • Lebihkan peng,mbilan air dan cecair seperti sup, karamel dan bubur
  • Sekirangnya makanan terasa metalik (berlogam). tukarperalatan kepada jenis plastik atau kaca
  • Ambil gula-gula berperisa lemon atau pudina bagi mengurangkan rasa pahit mulut atau metalik (berlogam)
  • Ambil buah-buahan seperti limau, mangga, berlimbing atau oren untuk merangsang penghasilan air liur
  • Jika mengalami masalah mengunyah, gantikan daging dnegan makanan berprotein lain seperti ikan, telur, produk tenusu dan produk soya seperti tauhu dan tempe

7. Kurang Sel Darah Putih
  • Cuci tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum makan
  • Pilih makanan segar dan elak makanan diawet
  • Bagi makanan terproses, pastikan makanan tidak luput tarikh
  • Jika mengambil makanan dalam tin, pastikan tin dalam keadaan baik, tidak kemek atau rosak
  • Elakkan sayur-sayuran mentah seperti ulam/salad
  • Masak telur, daging, ikan, ayam dengan smepurna. elakkan mengambil makanan separuh masak mentah
  • Nyahbekukan makanan menggunakan ketuhar gekombang mikro atau chiller dan masak makanan sejurus selepas dinyahbeku
  • Makan makanan sejururs selepas dimasak. Habiskan baki makanan dalam tempioh 2 jam selepas dimasak
  • Simpan makanan yang telah dimakan yang akan dimakan kemudian dalam bekas tertutup dalam peti sejuk. Habiskan makanan anda dalam masa 24 jam. Panaskan makanan tersebut sebelum dimakan.
  • Kurangkan makan di luar dan jika perlu pilih premis makan yang bersih.

Dipetik daripada:
Perkhidmatan Dietetik & Sajian
Kementerian Kesihatan Malaysia


P/S: Korang dah check mamogram belum? Jangan lupa, luangkan masa pergi check okay, cegah sebelum parah.

إرسال تعليق

22تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah.. Semoga lebih positif dan demakin baik.. Aamin

    ردحذف
  2. semoga diberi kesihatan yg sepenuhnya dan cepat sihat.

    ردحذف
  3. semoga urusan sis lin sekeluarga dipermudahkan

    ردحذف
  4. semoga emak sis semakin sembuh dan sembuh lagi..ameen!

    ردحذف
  5. Alhamdulillah.. semoga emak sis terus kuat dan positive melawan penyakit.. Semoga dapat kembali sihat seperti sediakala.. Amiin..

    ردحذف
  6. Moda mak Lin kekal kuat ye.
    Sokongan famili tu yg penting.
    Aida akan buat mamogram.
    Tak pernah buat lg. Takot!

    ردحذف
    الردود
    1. InsyaAllah, tQ@Adianiez..
      Yer nanti buat ya, jangan takut, janji dah buat ujiannya..

      حذف
  7. Perkongsian yg bermanafaat. Yg penting emak Lin terus bersemangat utk sembuh, insyaAllah.

    ردحذف
  8. Semoga emak sislin akan bertambah baik keadaan. Banyak juga nak berpantang tu. Memang bukan mudah.

    ردحذف
    الردود
    1. InsyaAllah Tuan @Hasrul, aamiinn.. Memang banyak pantang, alhamdulilah Emak kuat berpantang ..

      حذف
  9. alhamdulillah
    semoga proses pemulihan semakin cepat
    amin

    ردحذف
  10. semoga mak akak cepat sembuh. Amin.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!