MY MOM FIGHT BREAST CANCER (4)

Sis Lin
11
MY MOM FIGHT BREAST CANCER (4) | Alhamdulilah sekarang Emak dah selesai jalani kimoterapi yang ke-5 sewaktu Sis menulis ni. Dari MY MOM FIGHT BREAST CANCER (1), MY MOM FIGHT BREAST CANCER (2), dan juga MY MOM FIGHT BREAST CANCER (3), keadaan Emak baik-baik aja. Ubat kimoterapi tu nampaknya memberi kesan positif pada badan Emak. Juga perubahan kepada payudara Emak, nampaknya dah kecut dan tidak sakit lagi mengikut kata Emak.

Untuk kimoterapi kali keempat ni, Sis di beri peluang dan di berikan keizinan masa untuk menemani Emak membuat kimo. Dan inilah kali pertama Sis tengok dan tau cara macam mana orang buat kimoterapi. 

Mula tu Sis fikir, orang buat kimo ni macam orang buat dialisis buah pinggang tu, duk serabut dengan wayar-wayar, kena tahan duduk wad, kena kuarantin laa, dan macam-macamlah yang Sis fikir, rupanya bila dah tengok, macam check klinik aje. hehehehe. Tak lama mana pun, hanya masuk ubat-ubat tu, kemudian tunggu air tu habis, lepas tu dah boleh balik.

Cumanya dua hari sebelum kimo, kena amik darah dulu, kalau ujian darah tu okay, baru boleh datang buat kimo, kalau tak okay, kena masuk wad, tapi tengok juga, apa sebabnya. Macam Emak Sis selalunya kekurangan air. So kena tahan wad masuk air sampai okay., Tu jer.
 
Kanser Payudara

Yer, yang merah tulah ubat Kimo. Ada 3 jenis tak silap rasanya, ke dua, lupa pulak. Di panggil nama dan di bawa ke bilik rawatan dan akan di suruh duduk sambil tunggu. Tangan memang kena drip masuk air ketika kimo, untuk masukkan ubat tu supaya saluran darah tidak tersumbat. 

Dia punya ubat memang color merah, Sis pun tanya, bahasa medical ni kalau dia bagitau pun kita bukan faham pun, cuma yang faham, ubat tu merah ye ubat kimo. Tapi ubat kimo ni ada banyak jenis dan bahagian. Pun Sis tak tau juga, itu kata Doktor hehehe.

Sepanjang Emak buat kimo ni, Emak relax jer, cool je, sambillah budak tu berbual-bual tentang pemakanan, penjagaan dan juga kesan-kesan selepas kimo. Memang taip kali buat, tiap kali juga staf-staf nurse ni akan bagitau benda yang sama juga kata Emak, so dengar aje la hehehe.

So far so good kalau Lin tengok keadaan Emak. Adik pun cakap, Emak okay je, mood aje kadang ok, kadang berangin, kena faham ajelah. Dan kadang-kadang pun Adik kata, Emak ada muntah juga, pening, panas dan letih. Tu memang biasa kesan semasa jalani kimo. Mudah-mudahanlah Emak kuat menempuhnya hingga habis kimo ke6 dan seterusnya jalani rawatan pembedahan dan radioterapi.

Untuk kali ni Sis nak kongsikan antara kaedah rawatan kanser Radioterapi dan Kimoterapi

Dua-dua ni adalah kaedah rawatan bagi pesakit kanser.
Meh la kita baca dan sama-sama kita amik tau ya.

RADIASI DAN KEMOTERAPI.

Kemoterapi : Kemoterapi ialah merupakan satu bentuk rawatan yang menggunakan ubatan anti kanserpada rawatan merawat kanser. Ubat-ubatan ini diberi untuk memusnahkan dan mengawal sel kanser. Terdapat hampir 50 jenis ubat anti kanser dan di kelaskan kepada beberapa kumpulan berdasarkan mekanisma tindakan atau pun sumbernya. 

Ubat ini boleh diberikan secara I jenis ubat atau secara kombinasi bersama beberapa jenis ubat lain bersama. Terdapat ramai pesakit yang menghidapi kanser atau barah yang memerlukan rawatan kemoterapi bagi melawan sel-sel kanser. Antara jenis-jenis kanser yang diketahui ialah: barah perut, barah tulang, barah otak, barah rahim dan sebagainya.

Radioterapi/Radiasi : Radioterapi adalah digunakan untuk merawat barah dengan mengawal sel-sel barah. Radioterapi boleh menghalang dan melegakan simtom-simtom yang ada pada pesakit atau sebagai rawatan terapeutik. Teknik ini juga digunakan sebagai persediaan untuk badan pesakit menerima pemindahan tulang sumsum. Selain itu, radioterapi boleh merawati penyakit-penyakit yang bukan kanser.
 
Radioterapi adalah digunakan untuk merawat kanser dan merupakan rawatan paling selalu diguankan sebagai rawatan utama. Ianya juga boleh digunakan bersama dengan kemoterapi, pembedahan, terapi hormon ataupun campuran ketiga-tiga. Kebanyakan kenser boleh dirawati dengan radioterapi. Jenis rawatan bergantung kepada jenis kanser yang ada pada pesakit, peringkat, lokasi dan juga tahap kesihatan pesakit.
 
Radioterapi membawa banyak kesan-kesan sampingan. Sebagai contohnya, merosakkan permukaan kulit, bengkak, mandul, letih, gugur rambut, kanser, xerostomia, xeropthalmia, meninggalkan parut, kehilangan nyawa dan lain-lain.

Cara Bertindak


Kimoterapi : Ubat yang diterima akan memasuki sistem peredaran darah dan kemudian memasuki ke seluruh bahagian badan. Seterusnya, ubat ini akan bertindak merosakkan serta memusnahkan sel-sel kanser daripada terus membahagi dan membesar. Kaedah ini dinamakan rawatan sistemik.
 
Tetapi, ubatan ini juga memberi kesan terhadap sel yang normal yang mempunyai pertumbuhan dan membahagi dengan cepat contoh seperti sel kuku dan rambut. Kerosakan seperti ini akan menyebabkan terjadinya kesan sampingan. Keadaan ini biasanya berlaku sementara sahaja kerana sel yang sihat akan kembali kepada normal dengan cepat.

Terdapat banyak jenis ubat kemoterapi yang digunakan untuk merawat kanser. Ubat kemoterapi sebenarnya banyak yang dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan seperti contohnya ubat Paclitaxel yang digunakan untuk merawat banyak jenis kanser. Ubat kemoterapi ini dihasilkan dari kulit pokok yew. Terdapat beberapa kategori ubat kemoterapi yang mempunyai perbezaan dari segi bagaimana ubat-ubat ini mematikan sel-sel kanser.

Secara amnya semua ubat-ubat kemoterapi mematikan sel-sel kanser dengan cara bertindak mengganggu atau merencat proses pembiakan sel-sel kanser. Ini dilakukan dengan cara merosakkan DNA ataupun baka sel-sel kanser melalui berbagai-bagai kaedah seperti mengikat (“cross-linking”) ataupun memotong DNA tersebut. Akibat kerosakan DNA ini maka sel-sel kanser ini akan mati. 

Ubat kemoterapi lebih berkesan terhadap sel-sel kanser yang cepat membiak. Kadangkala ubat ini tidak dapat membezakan di antara sel-sel kanser dan sel-sel normal yang juga cepat membiak seperti sel-sel dinding usus, mulut, organ reproduktif terutamanya ovari, sel-sel rambut dan juga sel-sel sum-sum tulang.
 
Sel-sel ini mungkin terdedah kepada kesan ubat kemoterapi walau bagaimanapun dengan kaedah rawatan yang terancang dan teliti oleh Pakar Kanser, kesan-kesan ini dapat diminimakan malah jika sekiranya berlaku ianya adalah lebih bersifat sementara.

Radioterapi/Radiasi : Secara amnya terdapat dua jenis radiasi yang sering digunakan untuk tujuan rawatan radioterapi iaitu :

a. Sinaran X-Ray berkuasa tinggi ( asas penghasilannya adalah sama seperti X-ray biasa tetapi ianya mempunyai kuasa yang lebih tinggi) , sinaran ini dihasilkan melalui hentaman kuat elektron di luar nukleus. Sinaran X-Ray berkuasa tinggi ini dikeluarkan oleh alat yang dinamakan Linear Accelerator dan rawatan yang diberikan dinamakan “External Beam Radiotherapy” ataupun EBRT.
 
b. Sinaran Gamma (“Gamma ray”). Sinaran gamma dikeluarkan oleh bahan radioaktif. Penggunaan sinaran gamma digunakan di dalam rawatan Brakiterapi.

Rawatan radioterapi mempunyai beberapa tujuan, diantara tujuan rawatan radioterapi adalah seperti berikut :

Rawatan utama
Sebagai kaedah rawatan utama kanser.

Radioterapi Adjuvan
Kaedah rawatan radioterapi ini diberikan untuk mengurangkan kadar kejadian semula kanser kepada pesakit-pesakit yang telah menjalani rawatan utama contohnya rawatan pembedahan. Rawatan Radioterapi ini dikenali sebagai rawatan adjuvan ( “Adjuvant Radiotherapy”). Contoh rawatan ini adalah rawatan Radioterapi selepas rawatan pembedahan radikal histerektomi untuk kes kanser pangkal rahim. Pakar Kanser akan menentukan samada pesakit memerlukan rawatan radioterapi adjuvan.

Radioterapi Neoadjuvan
Sebagai rawatan permulaan sebelum pesakit menerima rawatan utama. Tujuan rawatan neoadjuvan radioterapi (“Neoadjuvant Radiotherapy”) ini adalah untuk mengecilkan saiz kanser dan dengan itu rawatan pembedahan yang akan dijalankan menjadi lebih mudah. Contoh rawatan neoadjuvan ini adalah rawatan ke atas sebahagian kes kanser pangkal rahim dan kanser payudara.

Radioterapi Paliatif
Peranan terakhir rawatan Radioterapi adalah sebagai kaedah rawatan untuk mengurangkan penderitaan pesakit kanser yang sudah tidak dapat disembuhkan lagi. Ini dinamakan Radioterapi Paliatif ( “Palliative Radiotherapy”). Contoh rawatan ini adalah kepada pesakit kanser payudara ataupun kanser-kanser lain yang merebak ke tulang belakang dan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan ataupun lumpuh. 

Contoh lain adalah rawatan ke atas kanser yang merebak ke bahagian otak. Tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan kesakitan dan memulihkan lumpuh. Rawatan radioterapi paliatif ini cuma diberikan pada bahagian yang menjadi penyebab kesakitan ataupun kelumpuhan sahaja. Kanser di bahagian lain badan tidak akan dirawat kerana ianya sudah tidak dapat disembuhkan lagi.


P/S: Sepanjang bawa Emak, ramai jumpa pesakit cancer yang dah habis rawatan dan masih jalani rawatan tapi dah sihat cergas ceria! Mudah-mudahan Emak pun macamtu juga.

إرسال تعليق

11تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Allahu sis lin... semoga ibu sis lin cepat sembuh....

    ردحذف
  2. banyak jenis radioaktif. moga emak sis lin terus kuat.

    ردحذف
    الردود
    1. Yup @mar, untuk rawatan jangka masa panjang...TQ Mar ..

      حذف
  3. Alhamdulilah...dah makin baik mak ko.. kema salam ye

    ردحذف
  4. Semoga Ibu Sis Lin cepat sembuh, Aamiin...

    ردحذف
  5. Baru tahu ada banyak jenis radioterapi. Moga ibu sis cepat sembuh sepenuhnya..

    ردحذف
    الردود
    1. Betul @Ella, sama juga Sis, baru juga tau..Makaseh ya sudi membaca ..

      حذف
  6. Very informative post! There is a lot of information here that can help any business get started with a successful social networking campaign. Breast cancer

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!