RESTORAN ATEH CORNER TAMAN UNIVERSITI JOHOR KINI DI BUKA | Pelbagai menu sajian melayu dan barat juga pelbagai minuman yang terdapat di sini menjadi tumpuan pengunjung yang singgah makan ke restoran Ateh Corner ini. Menu yang di sajikan semuanya sangat istimewa.
Sabtu malam lepas, memenuhi jemputan tuan punya kedai untuk nikmati makan malam di sana bersama Team #JDTblogger memberi peluang untuk kami semua merasai kesemua menu utama yang terdapat di Restoran Ateh Corner ni.
Tuan punya kedai, Puan Linda Nasir memberitahu, kedainya baru berpindah ke sini pada 21/6/2018 (dulunya di Gerai MPJBT Jalan Kebangsaan 29) tetapi masih lagi menjadi tumpuan pelanggan-pelanggan tetapnya untuk datang makan dan masih mengekalkan menu-menu yang sedia ada dan juga ada menambah lagi pelbagai menu dan servis yang lebih pantas dan menyediakan kemudahan yang lebih selesa buat semua pelanggan.
Ok meh baca sambil layan gambar hehehe .
Kuih Koci leleh air tangan tuan punya kedai, menjadi pembuka selera kami pada malam tu, terasa kocinya. Yang sukakannya mesti makan berbji-biji macam Sis hahaha.
Bagi yang pernah datang ke sini pasti tau keenakkan masakan Chefnya dan pasti tau yang mana menu 'killer' yang mesti kena order dan makan. Bagi pengunjung di sini juga, mereka tidak perlu risau, servis yang di sediakan sangat pantas, tidak perlu tunggu lama kecuali memang pada waktu itu terlalu ramai pelanggan. Maka kenalah bersabar.
Terdapat pelbagai jenis minum panas dan sejuk. Termasuklah cendol, ABC, green tea juga jelly ice. Nampak biasa-biasa tapi rasanya luar biasa hehehe.
Restoran Ateh Corner menyediakan menu makanan sarapan pagi seawal jam 7am dan juga makanan tengah hari hinggalah ke malam sehingga jam 2am. Pelbagai menu sarapan di sediakan, antaranya roti canai, kuih muih, lontong, pelbagai jenis mee, soto, bakso, laksa penang, laksa Johor dan pelbagai lagi jenis makanan sarapan pagi.
Untuk menu tengah hari dan malam, korang bolehlah order dari pelbagai menu goreng-goreng panas atau menu-menu yang di sediakan. Banyak menu pilihan yang korang boleh pilih. Semua gerenti sedap-sedap.
Selain dari menu-menu gorengan dan masakan panas, juga terdapat menu ikan dan seafood bakar. Antaranya kerang bakar dan juga ikan pari bakar. Juga terdapat menu sampingan, antaranya kupang rebus, sotong kangkung, tauhu bakar, rojak petis dan juga ada pelbagai sajian sampingan menu pembuka selera.
Ikan siakap masak stim nyonya menjadi menu 'killer' di sini, di makan bersama 'montou bun' yang gebu gebas, sangat sedap dan terasa keenakkan sosnya. Sedap giler. Tapi Sis paling suka dia punya ikan, fresh, lembut dan di masak serasi dengan kuahnya.
Mesti cuba yang ini okay. Ikannya korang boleh minta, saiz kecik, besar atau pun sedang-sedang aja.
Itulah dia montou bun tu (sebelah kiri) gebu kan? Macam pipi Uyul hahahaha. Itu juga menjadi menu tarikan pengunjung di sini, biasa mereka order samaada makan begitu saja panas-panas atau makan cecah bersama sos stim nyonya tadi. Ikut citarasa memasing.
Dan yang sebelah kanan tu, sotong goreng kunyit, elok aje kan rupanya, sotongnya besar dan tebal isinya. Juga terdapat udang goreng butter yang rasanya sangat crispy dan udangnya besar dan fresh.
Selain dari menu masakan melayu, terdapat juga menu masakan barat (western). Antaranya lamb chop dan chiecken chop.Cuma pada malam tu, Sis tak rasa menu western ni, di sebabkan sangat kekenyangan , jadi perut dah tak boleh nak sumbat hahaha. So korang kena cuba sendiri ya .
Pada malam tu, Sis order menu pencuci mulutnya "Banana Split - Pin pon Pin Pon". Ada cerita lucu di sebalik nama tu, tak boleh nak cerita, menaip ni je nak tergelak di buatnya hahahaha.
Cuma yang ini Sis nak komen tang aiskrimnya aje, aiskrimnya agak kasar sedikit, dah bagitau dengan Puan Linda, next time kalau korang datang makan, mungkin Puan Linda dah upgrade. hehehe.
Inilah dia Team #JDTblogger yang sempat memenuhi jemputan Puan Linda owner Restoran Ateh Corner (duduk di tengah).
Terima kasih Puan Linda, moga bertambah maju jaya hendaknya bisness Puan, dan di murahkan rezekinya.
Aaamiinn.
Jom singgah makan di sini ya. Tempat makan best area Skudai.
Berdekatan dengan UTM Johor dan juga Jusco Taman Universiti.
Bertempat di alamat :
Restoran Ateh Corner
Jalan Pendidikan 5, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor
Di buka dari jam 7am sehingga 2am
Di tutup pada hari Isnin.
Atau boleh layari akaun facebook page : Restoran Ateh Corner
*Kemudahan Surau juga di sediakan juga tandas yang bersih dan wangi .
P/S: Sis ko ni asyiklah review makan, dah naik bolat juga macam montou bun tu hahahaha
sedapnya la hai siakapa stim nyonya tu..
ReplyDeletep/s cerita la sikit kisah lucu sepanjang zaman tu..ekeke
Hahaha Siakapa tu apa makcik @Hernee hahahaa..
DeleteTapi memang sedap!
Cite lucu tu simpan je dalam otak memasing hahahaha
menu semua sedap2.. ikan siakap masak stim nyonya tu memang sedap sgt2.. husband dilah pun suka.. memang tempat makan fav kitorang ni sis LIn.
ReplyDeleteKann @Ibu Dilah, kita makan ratah hingga ke tulang dan giginyaa hahahaa
DeleteBolehlah mengateh di sini pulak lepas ni. ..Dekat area umah daaahh
ReplyDeleteAjak-ajaklah kita ye Kak @seri hehehe
Deletesdapnya kuih koci tu..:)
ReplyDeleteKann kak @Normi, nak belajar juga buatnya laaa, makan tak cukup 5 hahaha
DeleteFirst time makn mantou bun cicah stim nyonya. Sedap sangat. Highly recommended
ReplyDeleteYeszaa..kalau Sis makan kat Todak tu pun, montou Bun juga beli sampai 15 biji, ni dah ada kat Ateh Corner senang juga orang nak beli dan cuba ..
Deleteterbaek. sedap2 menu :)
ReplyDeleteYee @Ejulz semua sedap-sedap..
Deletetesting
ReplyDeleteAda ke x de @Ejulz robot tu?
DeleteTengok pada menu semua nampak menarik tapi kuih koci tu menarik perhatian dan mengingatkan saya pada pengasuh lama anak2.. huhuhu..
ReplyDeleteMemang semua menarik dan sedap @Aizamia, semua sedap-sedap belaka. Kuih koci tu je kena datang pagi baru ada..
DeleteNak pinpon pin pon tuuu, hahahaha...
ReplyDeleteHahaha @Nona, ko jangan sebut, gelak di buatnya oii..
DeleteSedap tau sambil berdekah ketawa ingat pin pon tu.. Hahaha
ReplyDeleteKannnn, riuh rendah kedai di buatnya hahaha kan @Siti Rohaida hahaha
Delete