RIANG RIA JDT BLOGGER

Sis Lin
16
RIANG RIA JDT BLOGGER | Masih lagi nak cerita kisah raya, maklumlah walaupun raya sebulan tapi kalau di Johor ni, memang tak cukup sebulan, mesti di anjak-anjakkan lagi rayanya tu hehehe. Dah habis Syawal pun masih lagi banyak openhouse dan kenduri sana sini. Kebetulan pula, musim orang berangkat nak pergi Haji ni kan, jadi banyak jugalah jemputan kenduri kesyukurannya. Apa pun rezeki jangan di tolak. Musuh kita ketepikan hehehe. 

Untuk raya tahun ini alhamdulilah, tahun ni raya Sis meriah dengan sahabat-sahabat blogger. Semua sahabat baru yang Sis baru kenal. Hanya kenal melalui group wahtsapp aje kemudian terus menjadi sahabat realiti. Kami semua Team #JDTblogger, mewakili blogger-blogger yang tinggal dan juga anak jati Johor. Masih baru lagi, dan masih mencari ilmu nak memajukan group kami. Tapi alhamdulilah walaupun kami ni sekerat ahlinya, kami sepakat dan muafakat dalam apa juga yang di ketengahkan. Saling faham dan juga saling bagi sokongan antara satu sama lain. Itu yang kami mahu. 

Dan tahun ni beraya, Sis ajak semua beraya ke rumah tapi dengan cara #PotluckRaya. Masing-masing datang bawa makanan. Tak banyak pun, bawa satu menu aja, dan tidak memaksa, hanya sebagai tambah-tambah aja. Sis selaku tuan rumah ada masak juga, memang niat nak masak untuk kawan-kawan semua. 


Ini antara menu yang Sis sediakan. Mee Hoon Goreng Seafood, Ayam Tua masak Ungkep, Sambal Goreng Jawa dan juga Lontong Nasi. Semuanya masak penuh dengan kasih sayang untuk mereka-mereka semua, kecuali lontong tu, Sis beli. Nak cerita gak pasal Lontong tu. Sis baru tau lontong daun yang jual siap masak tu harganya rm2, makk aii kok murah benar ya. hahahaha. Selalu Suami yang belikan, dan Sis tak pernah tanya harganya. Sekali haritu Sis beli sendiri, barulah Sis tau harganya hahahaha. 


Tetamu awal Sis yang datang, ialah Uyul dan temannya Faizi. Dera derang suruh potong buah tembikai sendiri, sebab Uyul bawa buah tembikai hehehe. Budak dua orang tu, kat dapur Sis pun nak bertekak, nak je aku kawinkan itu malam juga hahaha. Mampos kena kejar dek parang aku hahaha. 
Dalam jam 8pm sorang demi sorang muncul. Semua bawa makanan masing-masing, Sis sampai dah tak terambil gambar dah. Yelah jadi tuan rumah kena layan tetamu ya. hehehe. 


Korang tengok tu, inilah di namankan blogger versitile (betul ke eja tu). Tak kira pergi mana dan di mana-mana, kalau dah namanya blogger, setiap apa yang kau makan, buat dan tinggal, kau orang akan amik gambar sebagai kenangan dan jadikan entri di blog atau laman sosial lain. Yang bukan blogger pun rasanya buat kerja macamtu juga kan heheheh. Baik ngaku :p 


Adik Mia, Mia, Kim dan Hernee dan Sofea (anak Mia)
Jemput-jemput makan. Jangan malu-malu ya. Banyak sungguh makanan yang di bawa, mudah-mudahan semuanya puashati. Terma kasih juga buat semua. Yang jauh yang dekat semua meluangkan masa bersama. 
Yang paling Sis risau memang takut malam tu, takut tak cukup makan, duk jengah-jengah sekejap-sekejap di atas meja. Yelah risau jadi tuan rumah ni, takut ada yang tak cukup makan. Paling tak suka perasaan itu. Tapi alhamdulilah semuanya cukup dan siap dapat tapau lagi balik kan kan..


Kim, Eda, Kak Seri, Azila (Kawan Sunah).
Bila nampak masing-masing makan dengan penuh nikmat dan bertambah-tambah, seronoknya hati, perut tuan rumah pun jadi kenyang hehehe. Semua makanan yang mereka bawa semua sedap-sedap, terutama yang menjadi tumpuan serawa durian. Paling glamer itu malam hehehe. Sedap sangat! Makaseh Datin Seri Hernee. 


Mia dan anaknya Sofea .
Sis cuba senaraikan semua menu malam tu ye, ingat-ingat lupa ni.
Mee hoon goreng, ayam ungkep, sambal jawa, brownies, rendang daging, serawa derian, roti jala dan kari ayam, nugget dan keropok, sandwich, buah tembikai, kek marble SDS, air kotak, cendol, kuih nona manis dan juga lontong nasi. 
Ermm ada lagi tak ek? Rasa macam dah takde, tu je la menunya. kalau ada tertinggal harap ampun tuan yang bawa hehehe. 


Banyak-banyak tempat, kat tangga juga mereka nak bergambar. Tapi okay gaklah, sebab yang rendah nampaklah tinggi kat atas nun hahaha. Inilah semua yang hadir, ada tu lagi sorang tercicir. Tengok gambar kat bawah yer hehehe.


Haa nampak dah ke? Hahaha dia paling lambat sampai, tapi sampai juga. Makanan atas meja pun dah hampir selesai di tapau-tapau oleh mereka, nasib baik ko sempat Nona oii hahaha, kalau tak, Sis kena masakkan ko Maggi Sedap hahahaha. 

Dalam group team kami ada juga lelaki, tapi masing-masing ada komitmen masing-masing, jadi mana yang lapang masa aje yang datang. Takpe tahun depan panjang umur kita beraya sesama lagi ya. InsyaAllah.
Buat semua yang hadir dan hampir-hampir hadir, terima kasih Sis ucapkan dengan kesungguhan korang, sebab Sis faham, tempat Sis nun hujung ke hujung, memang jauh dari bandar Johor. Sampai sesat-sesat belaka semuanya. Tapi lepas ni dah tau, haa senanglaa kan nak datang. Tak raya pun datang jelaa..Pintu sentiasa tertutup, kenalah tekan loceng dan bagitau awal-awal yer hahahaha. 

'Apa yang penting?... K E R J A S A M A' ..






P/S: Bila semua dah balik, sunyi terus rumah, tinggallah bunyi krik krik krik huhuhu. :(


Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Hahaha, adoii..kahwinkan je dak dua org malam tuhh, dapat nasi minyak teruss..hahahaha~
    Siss, alhamdulillah... nasib ade lg makanan, ahahaha..thanksss sesangat sis.... good service ~ bahahah~ semoga terus maju jaya JDT Blogger :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha @Nona, kang ada kena kajar dek mak pak budak dua tu kang hahaha..
      Terima kasih Nona.. :)

      Delete
  2. amboi meriahnya..banyak plk tu makanan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah Kak @Normi, meriah sangat... rezeki bahagi sesama..

      Delete
  3. rindu pulak nak raya rumah sis..eh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomlah datang, tak raya pun datang aje @Sunah, nanti kita jenjalan..hehehe

      Delete
  4. ehh bila nak repeat makan reramai lagi uii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan depan okay @Hernee, kita buat Hi-Tea..ajoommm

      Delete
  5. Rasa tak puas makan sebab banyak berborak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni kita buat Hi-Tea, lebihkan makan dari berborak ya hehehe

      Delete
  6. Replies
    1. InsyaAllah nanti kita repeat lagi Kak @Seri ..tak sabarnyaaa

      Delete
  7. Amboii best nya gather2.. Cuma yang tak best.. Nape akak tak di undang huhu, tak aci.. Nak jugak

    ReplyDelete
  8. Wahh syoknya ada makan-makan dengan blogger hari raya ... jeles la pulak walaupun tak nampak pun bayang blogger lelaki dari johor .. pupus ehh? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah Tuan @Hasrul, hahaha blogger lelakinya ada, tapi duk bizi dengan family memaasing heheheh

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!