IKAN KEMBONG REBUS ASAM LIMAU JADI MENU TARIKAN DI MAJLIS KAHWIN | Baca tajuk jer dah terkecur-kecur anak tekak Sis ko ni, masih teringat-ingat menunya. Buat pertama kalinya Sis hadiri majlis kahwin ada di sajikan lauk macam ni, Ikan Kembong Rebus Asam Limau. Majlis kahwin (Sabtu kelmarin) ni adalah majlis kahwin cucu saudara Sis, anak kepada anak saudara sebelah Suami Sis. Memang mereka panggil Sis 'Nenek dan Atuk (Suami Sis) kalau berjumpa. Aishh mak nenek sungguh ek hahahaha.
Katanya Emak pengantin, menu ni adalah menu orang utara, sebabnya belah pihak besannya tu orang Perak, jadi dia sediakan jugalah menu orang sana untuk tambahan bagi menu-menu lain. Tu yang bila Sis nampak je, wowwww apalagi amik pinggan, ceduk 3 ekor, makan meratah macamtu je. Menu-menu lain Sis pandang jeling dulu, hehehe.
Selain menu Ikan Kembong Rebus Asam Limau ni, ada juga menu sayur lemak nangka babat, sambal tumis petai, sambal goreng jawa, rojak petis, ayam goreng, aneka ulam ulaman, sambal belacan dan juga tempe goreng sambal kicap. Selain tu ada pencuci mulut, bubur cha cha, karipap kentang, choc moist kek, buah pulasan dan juga air oren. Banyakkan menunya. hehehe.
Alhamdullah ramai tetamunya, tapi terkilan juga Sis dan Suami tak dapat nak duduk lama, petang tu juga kena balik ke Johor. Suami ada urgent kerja nak di settlekan. Jadi petang tu selepas dah jumpa sudara mara yang datang semua, dah settle makan, dah kenyang semua, Sis gerak ke Johor. Siap di tapaukannya lauk Ikan Kembong ni hehehe.
Sebekas bawak balik, yumsss..
Sampai Johor aje, Suami dah sesiap nak ke tempat kerja, dan siap pesan, nanti balik nak makan nasi, jadi Sis cuma panaskan balik lauk ikan kembong tu, masakkan sayur, goreng telur dadar dan juga panaskan dendeng daging kesukaan Suami yang Sis dah belikan frozen untuk dia.
Dah siap lauk menu kami malam tu hehehe.
Terima kasihlah kat Zar yang tapaukan untuk Sis. Tuan rumah bizi tapi kita dah minta izin dia hehehe. Tu pun katanya sikit beno bawak balik hahahah. Jadilah buat makan Sis anak beranak bereempat malam tu.
Alhamdulilah dah selesai semuanya. Tunggulah jemputan dari orang Johor pulak yer hahahaha tapi ntah bila agaknya kuang kuang kuang ... :p
Tahniah buat Boboy dan pasangannya Wati. Moga bahgia kekal hingga ke Jannah.
*Gambar boleh tengok IG Sis hehehe. Nampak comelkan Suami Sis dalam itu gambar kuikuikui
P/S: Siapa ada resepi menu ni? Kalau ada tepek dekat dalam komen ye. Makaseh :)
ya allah telan air liur kita baca sis..hahhahaa....orang utara panggil ikan termenung..hahahaha...
ردحذفHahaha aku baca komen ko pun sama gak telan air liur @Farahain hahaha
حذفwow rareeee nya hidangan cemni. menarik idea hehehe.. sedap ratah betul2 makan ngn nasik panas. sedap !!
ردحذفKannn @Siti, pertama kali juga nampak hidangan macam ni kat majlis kawin..tu yang beriyee meratah hehehe
حذفIkan kembung tu rebus lepas tu buat air asam sis. kat opis kita selalu jugak kantin masak lauk ni, kadang dorg guna ikan pari
ردحذفNanti nak cuba buat Kak @Seri, ikan pari tu pun macam sedap je, bakar dulu ek...yumssss
حذفTak sabar nak tgu jemputan orang johor hehehe
ردحذفHahahaha sabar yee @Retna..eh awak pun Johor gak kann hahahahaa
حذفbikin terliur je pepagi ni. tapi kab sebenarnya saya tak pernah makan menu ikan kembong masak asam ni.rasa masam pedas ke?
ردحذفSis biasa nampak @Mar, tapi kat kedai-kedai makanan nasi bercampur je, ni kat majlis kawin, memang lain dr yang lain..sedap, masam masam pedas ..
حذفok..nanti kita pun nak buat lah ikan rebus macam ni...
ردحذفKo buat @Rohaida, nanti share resepi yaaa..
حذفFirst time nampak menu macam ni kat kenduri ni..nampak sedap tu Sis...kalau SA pun x pandang x tunggu dah...selamba je amik lauk meratah...
ردحذفKannn, menu dia masa tu semua menu lain dari lain, berebut rebut orang makan @Suria..pembuka selera...
حذفhaisyhhhhh nyesal klik entri ni.. hahaha
ردحذفKuang kuang kuang, silalah buat @Hernee, kot kot tekak mual loya hahahaa
حذفlain dari yang lain ni menu kahwinnya. macam ni baru best haha. takde la asyik menu nasi minyak , briyani, lauk sama je ") fuh tengok gambar pun dah kecap mulut dah >.<
ردحذفKannnn @Syaza...memang lain dari yang lain...
حذف