JATUH CINTA PADA LIP MATTE DAN BB CUSHION DARI FAME COSMETICS | Jatuh cinta pandang pertama gitu, cewah! Benar okay, sebabnya ini kali pertama Sis mencubanya. Kalau ikutkan Sis memang tak berapa gemar memakai lipstik yang jenis Matte macamtu, tapi bila Sis dapat aje Matte Lip Cream dari Fame Cosmetics ni, dan Sis cuba pakai seharian masa bercuti di Bukt Gambang Resort City (BGRC) tu, terus jadi suka. Tak taulah kenapa. Bila pakai di bibir tu, jadi 'sedap' senang kata. Warna pilihan Sis 'Diva'.
Bagi mereka yang tidak berapa nak tau Fame Cosmetics ni, brand ni dah menjadi kegilaan ramai MUA (Make-up Artis). Pemilik Fame Cosmetics ini adalah dari kalangan blogger juga iaitu Peej Burhan, Elly dan Filla Ibrahim dan dah mula bertapak di Malaysia sekitar akhir tahun 2015. Di antara produk awal Fame Cosmetics ni adalah Matte Lip Cream , sementara selepas itu BB Cushion pula dihasilkan, di datangkan dalam dua tona warna iaitu fair dan natural diikuti produk maskara, penggaris dan pembayang mata serta pemerah pipi.
Tapi untuk kali ni Sis nak review Matte Lip Cream dan BB Cushion aje yer.
FAME - SECRET OF STYLISH WOMEN |
Matte Lip Cream
Ada macam-macam color pilihan untuk korang pilih . Sis pilih Diva, Divalah sangat kan ko hahaha.
Nak pakai pun senang, guna aje berus yang tersedia tu. Celup-celup calit-calit, kemam-kemam sikit bibir tu dah cantik. Pemakaiannya pun tahan lama juga. Walaupun Sis makan dan minum, warna lipnya masih ada menempel kat bibir. Kira baguslah kan.
Sis geram sebenarnya nengok color-color Matte Lip dia, geram sangat-sangat! Semua cantk-cantik, nampak kawan-kawan pakai, sorang-sorang tayang bibir dia, kemain eh! Nantilah, gaji ni nak memborong hahahahaha.
Fame BB Cushion
Untuk Fame BB Cushionnya pulak bukan sembarangan foundation. Ianya ada manfaat juga. Bukan takat tepek-tepek kosong je tau.
Kebaikan Fame BB Cushion
- Pemutihan
- Perlindungan UV yang kuat dan formula anti peluh
- Mengandungi SPF
- Kalis air
- Memberi kesan pelembapan pada kulit
- Tona kulit sekata dan terus menyerap ke liang sebum
- Mengurangkan minyak pada kulit wajah
- Membolehkan solekan bertahan sehingga 12 jam tanpa perlu sentuhan semula (touch up) walaupun dalam cuaca panas
- Menutup cela dan parut pada kulit wajah
- Mudah dibersihkan dan wudhu friendly
Ok dah tau kan kebaikan Fame BB Cushion ni..
Ada 2 Code warna: Fair dan Natural .
Sis pakai code Natural :)
Senang je nak pakai, buka dan gunakan span cushion tu, tekan-tekan kat bedak tu, kemudian tepek kat muka korang bagi rata. Dah siap tu, sekelip mata je kulit muka nampak berseri . Aishh kalau cakap ada je tak percaya, tak caya pergi beli dan cuba sendiri ya.
Haa nengok, Sis ko tempel gambar muka pring tu hahaha.
Masa ni dah panas terik dah berpeluh tiak, tapi muka Sis maintain je kan, sebab Sis pakai Fame BB Cushion tu le.Dan bibir tu dari pagi pakai Matte Lip Cream tu masih lagi bertahan. Tu pun dah samar-samar, janji merah tu ada lagi hehehe.
Apa ? Tak feloles? Oii kalau nak muka glowing feloles sangat tu ek, tak payah leee pakai bedak, ko pakai je apps camera 360 okay. Ni muka original, no edit okay, at least ada le juga tahi lalat Sis ko tu..aishhhh ..
So korang kalau nak beli boleh dapatkannya yer.
Facebook : Fame Cosmetics
Instagram : FAME Cosmetics
P/S: Sis tak kisahlah, kalau nak up gambo muka Sis bolat macam piring ke, pun i tak kesah okay, thats ME! Kadang ada orang, nak up gambo, up gambo yang look good-good je, padahal kalau jumpa depan, macam adik Kak Limah no5 ..bukan kat sini kat Afganistan sana :p
Best kan kak...SA tgh aimed nak beli BB Cushion plak..lipstick dah banyak ada...
ردحذفKannnn @Suria, pestime pakai, dah jatuh cinta...
حذفInilah sis yg ku kenal, hatinya baik tak kisahlah macam piring ke mangkuk ke tak pnah terfikir pun.. Yg penting ikhlas berkawan
ردحذفAlhamdulilah, makaseh Kak @Seri terima kita seadaanya...
حذفpehhh mia tunjuk peace kemainn..hahhahaha.....kerlass kauu diva ....hahhahahaa...nak caras diva AA letewwww....
ردحذفHahahaha kannn kerlass ko Jah @Farahain hahahaha
حذفsuka giler lip mattenya.lembut je bila sapu.warna pun cantik.
ردحذفKannnn, sebab dia matte lip cream @Mar..bibir Sis pakai pun tidak kering ...
حذف