KUIH BULAN SAMBAL TUMIS DARI SDS -SEDAP! | Korang baca pelikkan ? Tapi serius sedap! Tarak tipu dan bukan nak bodek ke atau review berbayar ke apa ke, tapi memang Sis dah rasa dan memang sedap! . Ini adalah kuih bulan terbaru dari SDS Cake and Bakery selain kuih bulan musang king. Tapi kalau rasa durian ni, dah biasa je la, walaupun memang sedap nak mati oii kuih bulan musang king tu, tapi yang sambal tumis ni lain dari yang lain, jadi memang kena cuba.
Sis orangnya adalah pemakan kuih bulan (mooncake), dari masa atuk cina Sis dulu (dah meninggal dah), kalau dia buat mesti dia kan bagi Sis banyak-banyak, sebab Sis sorang cucunya yang suka makan kuih bulan. Jadi bila tiba aje musim kuih bulan ni, memanglah tak lepas peluang nak beli dan rasa apa yang terbaru. Dan bukan nak cakap apalah, sepanjang Sis makan kuih bulan, Sis hanya beli dan makan kuih bulan dari SDS aje, sebabnya tau dia HALAL. Atau kadang Suami bawa balik, kawan kerjanya bagi.
Ada juga lalu gerai-gerai jual kuih bulan tu, katanya halal, tapi tetap taknak beli, tetap nak juga yang dari SDS. Mungkin sebab dah terbiasa kot dari dulu memang beli kek ke roti ke dari SDS, so kuih bulan pun nak juga dari SDS.
Ni haa dia, kuih bulan sambal tumis. Dia ada namanya, Nyonya ....apalah namanya Sis lupa daa, kalau korang nak beli tu, bgtau aje kuih bulan sambal tumis nyonya ke, tau le budak jual tu tunjuk hehehe. Masa korang masuk mulut je makan, terus dah rasa sambal tumisnya hahaha. Macam sambal tumis nasi lemak, pedas sedikit tapi memang sedap oii! Percaya atau tidak, Sis makan seketul tu habis okay! Huahuahua. Manis ? Semua kuih bulan memang rasa manis. Dah kata suka dan sedap, jadi makan dengan penuh fall in love hehehe.
Tapi bagi yang tak suka kuih bulan, ermm susahlah nak komen, apa jenis perasa pun, kalau korang yang tak suka kuih bulan, memang bagilah apa pun jenis rasa, dia memang tak boleh makan, tak tau kenapa. Tapi kalau jenis macam Sis ni, memang suka gile kuih bulan, ko bagilah apa jenis dan perisa pun, Sis telan dengan rasa bahagia janji HALAL okay! .
Korang boleh pergi ke Jusco Tebrau yang sedang berlangsung Mooncake Festival ni. SDS ada buka satu booth menjual kuih bulan ni, betul-betul depan Jco Donut tu. Banyak gerai ada kat situ jual kuih bulan, ikut suka koranglah nak beli yang mana. Cuma pilihan Sis SDS .
Ini adalah kuih bulan yang terbaru dari SDS selain dari sambal tumis tu. Yang durian musang king tu (yang hitam), mak uiii sedap wa cakap lu hahaha. Memang seketul tu, durian sesaja dalamnya. Tapi berbaloi le dengan harganya, seketul rm32 hehehehe. Nak cuba apa salahnya, setahun sekali maaa..
Yang penting HALAL. Paling tak suka ada sesetengah tu, kalau Sis kata makan kuih bulan je, mesti soalan dia 'eh! halal ke?" ermmm malas kadang nak jawab. Tak reti-reti nak cari yang halal? Masa nak beli tu tanya dulu. Jangan ko main beli je, tapi rasanya semua kuih bulan HALAL ermmm rasanyalah ..
Maaf kalau salah ya.
Apa itu Perayaan Kuih Bulan (Mooncake Festival)
Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung, namun ini adalah perayaan berbeza.
Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.
Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru Cina. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan itu sendiri.
Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini.
Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
P/S: Terus terliur pulak, ada sesiapa nak belanja atau nak bagi kuih bulan? Meh laaa, Sis tadah dengan paper bag besau hahahaha.
sedap pulak tengok..
ردحذفCubalah kot boleh masuk anak tekak ko @Hernee ..
حذفKita beli online kuih bulan ni dengan kwn fb. Kita bkn penggemar, beli sbb nak rasa aje, potong 18 ko, hahaha
ردحذفOoo siap beli on9 ek Kak @Seri, habis beli tu sapa yang nak makan ? Hahahaha awat kecik gile potongnyaaa hahahaha
حذفpehhhh baru nak tanyaa kuih bulan ni sebenarnya apee...sekali lengkappp terus sis explain....hahahhaaa...
ردحذفHahahaa so dah tau kan @Farahain hehehe...jom le beli hahahaha
حذفfirst time ako nmpk ikan bilis... sedap eh???
ردحذفYeee memang pestime sebab pestime juga ni baru keluar @Retna hehehe.. sedap oiii, rasa sambal nasi lemak hahahaa
حذفWowww.nanti nak terjah, nak jugakk membeli..alang alang offer ! Kat Jusco Tebrau salu offer ble festival ni....hari tu tersalah cakap kat Angsana Mall..hahaha~
ردحذفYeee @Nona, kat Jusco Tebrau banyak gerai jual kuih moon ni, sana banyak plihan juga, lagi-lagi SDS hehehe
حذفtak pernah rasa sebab harga pun leh tahan rabak poket.
ردحذفHahaha ko jangan le beli sampai bebanyak, beli mana yang nak makan je laaa @Mar uii, dan makannya pun jimat, potong kecik-kecik hehehe
حذفaduhhh...sedap pulak nengoknya. Tapi tulah, susah pulak nak cari kuih bulan yang halal.
ردحذفYee memang susah, sebab tu lah nak beli, cari mooncake SDS @Fadhilah, gerenti halal.
حذفtu yang nak terjah SDS ni...teringin pulak nak rasa yang ada sambal ni
ردحذفKo cubalah nanti @Rohaida, sedap weiii..nnti kita beli yer..
حذف