MASAK LEMAK UDANG GALAH VIRAL RM1

Sis Lin
10
MASAK LEMAK UDANG GALAH VIRAL RM1 | Terkejut tak dengar harga udang galah rm1 seekor? Ye seekor bukan perkilo oii. Kalau perkilo, taukei udang pun tutup kedai hahahaha. Sis mulanya hanya dengar dan baca sahaja orang up gambar dan up status. Lepas tu ada gak terfikir, apsal le murah bebeno, macam tak percaya aje. Rupanya memang betul, sana sini viral memang harganya gitu. Dan yang pasti, udangnya bukan udang dari Thailand ya, ianya dari Trengganu. 
Macam mana murah ke, maaflah Sis tak tau. 

Dah murah sapa aje yang taknak belikan. Ada yang siap kata, 'alaa kecik je ko udangnya'. Bagi Sis setakat nak buat lauk dan rencah sayur makan sendiri tu, boleh sangat. kalau nak komplen kecik ke, kalau ko mampu, ko belilah udang perkilo tu ya. *sambil mata ke atas*

Kalau korang nak beli, bolehlah bertanya dengan Siti Aminah @ Uzu. Sis pun mulanya pun nampak dari wall FBnya, kemudian Sis bertanya dengannya. Tapi sebab Sis kat Johor, so Sis minta kot ada agen kat Johor yang menjual. Senang ada delivery sekali. Dan Uzu pun bagi no agen tu. Sis deal agennya, dan malam tadi dia hantar terus kerumah. 
Agen yang Sis beli ni, dia jual sepaket rm10, dalam tu ada dalam 12/15 ekor, ikut saiz, tapi macam Sis cakap, saiz hanya S/M sahaja. Tidak terlalu kecik dan tidak terlalu besar, jadilah buat makan lauk sendiri. 
Udang ada, sotong ada, ketam pun ada. 


Haaa tu dia, dah siap Sis masak dah. Lemak Udang Galah bersama kacang panjang. Dah nama pun lemak, jadi kuning pulak gambarnya hahaha. Sis semalam beli rm30, puas gile, semua sekali Sis masak, tu pun sebab harini ada tetamu, tu yang masak lebih sikit. 

Resepi takde, resepi macam biasa aje, masak lomak biasa je, takde yang istimewa, yang lainnya cuma Sis letak daun limau purut, tu jer. Tak letak pun tak apa. 

Gambar dari wall Uzu

Bagi yang nak beli area Kuala Lumpur ke, bole deal dengan Uzu yer.
Korang wahtsapp nombor kat bawah tu. 
Kalau korang area lain pun boleh, boleh tanya dengannya area mana, nanti dia bagi no agen tempat korang. 

#UZUJUAL RM1/EKOR

SOTONG RM1/ekor
UDANG GALAH VIRAL RM1


Gambar dari wall Uzu

Udangnya memang saiz S/M, ikut nasiblah. Jangan nanti dah beli, kata dan komplen pulak, haa Sis dah bagitau awal-awal. Kena dapat yang saiz besar, ada juga, kalau dapat kecik, pun ada, yang agen tempat Sis sebab dia jual sepeket, so dah campur-campur, besar dan kecik. 

Tapi memang boleh beli, segar dan berbaloilah dengan harganya. 
Apalagi korang teruslah wahtsapp Uzu tu ya. 
Sis dah siap masak. 
Menu hari ini, lomak udang galah, ayam goreng berempah, ikan asin, sambal tempoyak, telur dadar. 
#Alhamdulilah






P/S: Hehehe Sis ko pantang ada viral, cepat aje aku pi beli dan cuba hahahaha. 


إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. الردود
    1. Yerr @Zumal, beli dengan agen Pasir Gudang..tapi Uzu ada jual..

      حذف
  2. Aku br makan semlm.. fatma tlgmasakkan hhaha

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehehe saiz sedang-sedang tapi fresh kan @Retna..

      حذف
  3. الردود
    1. Hahahaah jangan jilat skrin sudah laaa Kak @Seri..

      حذف
  4. aritu nampak ada orang jual tepi jalan kat Alor Gajah Melaka. RM 1 sekor. macam x caya je.. tapi betul la cam Sis Lin cakap. sekor! kalau sekilo tutup kedai ler haha

    ردحذف
    الردود
    1. Ye @Shaza, udang viral katanya..bolehlah setakat nak buat makan sendiri hehehe

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!