MY MOM FIGHT BREAST CANCER (5)

Sis Lin
12
MY MOM FIGHT BREAST CANCER (5) | Alhamdulilah Emak dah selesai jalani kimo yang kali ke -5 bagi kanser payudaranya. Untuk kimo kali ni, dua hari sebelum kimo, Emak ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk amik darah tapi Emak kena tahan wad. Di sebabkan ujian keputusan darah Mak tidak berapa bagus. Emak dehydrated, buah pinggangnya agak kering sedikit. Mungkin Emak kurang minum air tu.
Pesakit kanser yang jalani kimo, memang kena minum air secukup dan sebanyaknya. Tidak boleh tidak, kalau kurang, pihak hospital memang akan tau, melalui ujian darah sebelum buat kimo.

Ye laa, kadang Emak ni pun 'degil' sikit gak hehehe. Katanya penat nak keluar masuk tandas aje ermm. Biasalah orang tua kan, dia ikut main selesa dia aje. Tapi jangan di buat memain ye, takut nanti kesannya pada organ dalaman tu, sebab kesan ubat kimo tu ada yang buat badan jadi panas. 

So kena minum air bebanyak. Dan airnya pulak kena masak mendidih di atas api 100%, TIDAK boleh minum air mineral botol atau air penapis air. Yang ini nanti Sis cerita kenapa ya.

Kanssr Payudara

Kalau korang baca kisah kimo Emak yang sebelum-sebelum ni MY MOM FIGHT BREAST CANCER (1)MY MOM FIGHT BREAST CANCER (2), MY MOM FIGHT BREAST CANCER (3)MY MOM FIGHT BREAST CANCER (4),  kali ni agak berlainan sikitlah, sebabnya, sebelum jalani kimo Emak di tahan di hospital. Kena drip masuk air, sampailah ujian darahnya okay, baru boleh buat kimo. 

Selagi tak okay, selagi tu tak boleh jalani kimo. Dan juga, sewaktu buat kimo yang ke 5 ni, Emak kurang sihat, batuk dan juga sedikit selsema, sebab katanya Emak demam. 

Kena marah dengan Doktor sewaktu di tahan wad tu, sebabnya, demam tak datang hospital. Betul, pesakit kanser yang jalani kimo, kalau demam kena terus bawa ke hospital, tak boleh makan ubat sembarangan. Tapi Emak jenis diam dan tak nak ke hospital. 

Kata Adik, dah cakap kat Emak, tapi Emak kata dia makan panadol dah okay.Ermmm..sampai dah kena marah dengan Doktor baru angguk-angguuk kata faham. Bukan apa, doktor kata, boleh bawak maut kalau demam di biarkan.

Hari yang Emak buat kimo pagi tu, Sis datang teman Emak, cuma kali ini Emak buat kimo di katil wad sahaja. Lepas dah selesai kimo, doktor kata dah boleh balik, jadi buat aja di katil wad. Ubat yang sama, dan Emak sama juga, relax je dia. Cuma kadang tak selesa sebab jarum kat tangan tu, nak masuk ubat dia tak boleh, so kena flush la, baru okay.

Perubahan dan tindakbalas ubat pun sama juga macam sebelum-sebelumnya, Emak masih okay dan tidak banyak perubahan pada kulit atau pada alahan. Cuma kadang tu, yelah, emosi je yang tak berapa okay dan ada masa rasa panas memanjang, padahal dah buka aircond kata Adik.
 
Pada payudaranya pun dah nampak banyak perubahan, dah kecut dan tidak rasa sakit. Dan selepas kimo yang ke-6 nanti, Doktor akan tengok payudara Emak dan akan bagi keputusan, samaada kena operate atau tidak. InsyaAllah doa yang baik-bak, pasti datangnya baik-aja kan.
Doakan Emak Sis ya.

DIET DAN PENYAKIT KANSER

Pemakanan yang seimbang dan nutrient yang mencukupi adalah penting untuk setiap individu. Keperluan pemakanan bagi pesakit kanser akan meningkat semasa sakit dan sewaktu menerima rawatan.
 
Pesakit kanser memerlukan pemakanan tinggi kalori dan protein bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada pada tahap yang optimum bagi menghadapi proses rawatan kanser yang diberikan. Ia adalah kerana pesakit kanser mudah menjadi lemah dan tidak bertenaga akibat penyakit kanser juga semasa menjalani rawatan. Ia di akibatkan oleh kerana kesan sampingan rawatan dan pesakit juga mudah terdedah kepada risiko jangkitan kuman.

PROTEIN DAN KALORI YANG MENCUKUPI DIPERLUKAN UNTUK:

a) Mengekalkan dan memperbaiki sistem pertahanan tubuh yang baik.
b) Menggantikan tisu-tisu yang rosak atau tercedera.
c) Mengurangkan risiko dan jangkitan kuman.
d) Mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DIET TINGGI KALORI DAN TINGGI PROTEIN?

Diet tinggi kalori dan tinggi protein adalah diet yang dapat membekalkan tenaga dan protein yang diperlukan oleh tubuh badan pesakit kanser bagi memastikan tahap kesihatan yang optimum.

TIPS UNTUK MENINGKATKAN KALORI DAN PROTEIN DI DALAM HIDANGAN ANDA.
  • Tambah susu atau/dan gula dalam pudding, telur hancur, lempeng dan ABC.
  • Celup roti dalam telur dan susu, kemudian goreng dengan mentega/marjerin dan makan dengan madu/jem.
  • Tambah keju dan mentega di dalam sandwich.
  • Tambahkan sos salad dalam salad sayur-sayuran.
  • Tambah telur dalam cucur dan cicah dengan sos atau kuah kacang.
  • Tambahkan minyak bawang goreng ke dalam sup atau bubur.
  • Gunakan formula khas tinggi kalori dan protein sebagai minuman
  • Tambahkan lemak, minyak, mentega kacang, gula, jem, kaya dan madu dalam makanan dan minuman harian menhgikut kesesuaian.

KESAN SAMPINGAN RAWATAN ANTI KANSER YANG BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA PENGAMBILAN MAKANAN PESAKIT KANSER.

Kesan sampingan ini akan menyebabkan pesakit kanser mengalami penurunan sistem ketahanan badan dan juga mengalami penurunan berat badan yang ketara yang boleh memberi kesan terhadap keberkesanan rawatan anti kanser kepada pesakit.
 
Kesan-kesan sampingan tersebut adalah:
  • a) Hilang selera makan
  • b) Sakit mulut/tekak
  • c) Mulut kering
  • d) Loya / muntah
  • e) Cirit-birit
  • f) Perubahan deria rasa dan bau
  • g) Kurang sel darah putih

AWAS!
MAKANAN YANG TERPROSES ATAU 'JUNK FOOD', DAGING TERPROSES DAN MINUMAN RINGAN SEPERTI MINUMAN BERKARBONAT BOLEH MEMBERIKAN MUDARAT KEPADA PESAKIT KANSER.

DISEDIAKAN OLEH
JABATAN DIETETIK & SAJIAN
INSTITUT KANSER NEGARA


P/S: Korang kalau tips ke atau ada pencerahan lebih jelas lagi kalau nak share dengan Sis, boleh komen atau email kat Sis ya. Kot mana tau boleh Sis jadikan panduan. TQ

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Mudah2an bertambah baik keadaan emak sis nanti

    ReplyDelete
  2. suzie de pengalaman mama kena kemo..kalau boleh mkn mknn sayur hijau dan lauk ikan serta ulam-ulaman dan buah-buahan..mcm kemo nie zat mkanan dlm bdn kena cukup..biar antibodi kuat utk lawan penyakit..mcm suzie bg mama mkn supplement shaklee yg basic biar mama dpt zat yg cukup wlaupn mama kurang makan..almaklum la org kemo nie kdang2 tekak rasa xsdp..so selera kurang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke @Suziana, kalau Emak pulak Doktor bagitau elakkan makan ulam ulaman, kena makan sayur yang telah di masak..memang kadang selera tu macam-macam nak makan. layankan aje..

      Delete
  3. hmmm...sedihh pulakkk baca cerita fighthing cancer ni..teringat dulu2 masa jaga arwah ibu ain...insyallah semoga mak sis cepat sembuh yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emak @Farahain pun cancer gak ye ? Ooo tak tau pulak, nanti share ye cerita.. kota ada tips..TQ Ain..

      Delete
  4. semoga dipermudahkan segalanya. baru tau pasal kanserni

    ReplyDelete
  5. semoga dimudahkan semuanya dear.. mak syaza dulu amek iodinetherapy memang kena banyak minum air.. kalu tenaga tu bleh try Vivix.. utk tnaga supaya tak lesu and letih sgt makan pun best.. inshaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo Emak @Syaza pun cancer ya..sekarang macam mana keadaan Emaknya tu? MOga dah sihat ya.. TQ Syaza..

      Delete
  6. Saya Assalamualaikum,
    En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk Jutawan Herbs

    Sy ada menjual herba warisan yg boleh merawat semua jenis kanser dari tahap 1 hingga tahap 4 dan juga untuk sakit lutut dan asthma. Herba warisan ini tidak mengganggu rawatan kimoterapi. Ia boleh diambil semasa rawatan hospital, malah lagi baik jika berubat bersama² supaya lebih cepat sembuh. Daun2 herba yg terpilih ini terbukti mujarab dan sukar dijumpai, malah belum ada mana2 syarikat yg mengeluarkan herba ini. Ia herba khusus merawat kanser. Fokus herba ini untuk membunuh sel-sel kanser hingga tahap akar umbi supaya kanser tidak berulang lagi. Jangan biarkan penyakit anda menghuni dlm tubuh terlalu lama. Sel kanser akan merebak ke organ-organ lain. Setiap penyakit ada penawarnya, herba bukanlah benda asing lg, jangan was-was, sejak beratus tahun herba sudah digunakan oleh nenek moyang kita. Ia penawar ciptaan tuhan. Benda semulajadi tidak akan mengganggu rawatan moden. Kita usaha merawat sehabis boleh. Tidak ada sesiapa yg boleh menetap kan utk sembuh tidak boleh bercampur-campur rawatan.

    Penawar dah ada, hubungi sy secepat mungkin .Bukan pesakit kanser juga boleh amalkan herba ini sebagai amalan harian untuk mencegah kanser. Untuk pesakit kanser pula sy akan bantu merawat sehingga sembuh dgn herba ini. Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagaimana untuk hadapi kanser, serta cara-cara utk berdepan dgn kanser. Cara menjaga pemakanan dan nasihat lain utk anda.Sy dh jumpa ramai pesakit, mungkin kita blh berkongsi pendapat bagaimana hendak merawat sampai sembuh. Ramai pesakit sy dah sembuh, anda bila lagi....? 😊

    Boleh singgah di youtube channel kami di Jutawan Herbs utk melihat testimoni kanser. Sila layari laman facebok saya JUTAWAN HERBS.

    Testimoni-Testimoni pengguna JUTAWAN HERBS

    ▪️ Kanser payudara stage 4

    Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM.
    Sekarang dah sembuh dan sihat, dulu doktor berkata dia mampu hidup setahun saja lagi. Selepas itu dia mula minum jus herba sampai sekarang, lebih 6tahun dia minum. Dia menerbitkan buku perjuangan kanser sepanjang hidupnya dengan herba. (Buku boleh order dgn sy). Dia menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, Tv1 menceritakan tentang kanser.





    ReplyDelete
  7. ▪ Kanser Payudara stage 3
    Pn. Noraini Yusof pesakit kanser payudara tahap 3, ketulan kanser 13.3 cm. Skg dah sembuh. Sila tonton youtube ,Pn. Noraini berkongsi pengalaman semasa mengidap kanser payudara.

    ▪ Kanser Lymphoma stage 4
    Adik Izzat b.Muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dah sembuh. Dia sentiasa bertenaga dan cergas dgn jus herba yg merawat. Dia minum jus herba ini dari kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma tahap 4 ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh. Jika bergantung pd rawatan hospital saja, Penyakit boleh datang semula.

    ▪️ Pesakit radang paru-paru Copd

    En. Abd Kadir Sumardi,42 tahun mengidap radang paru-paru pada tahun 2020. Petanda awal sakit ialah batuk tak berhenti, berdarah dan berkahak selama 3 bulan. Dia mendapatkn rawatan klinik kerajaan dan swasta tp batuk, sakit dada, susah bernafas tetap tak hilang. Banyak rawatan alternatif dibuat tapi tak berkesan.Doktor mengesahkan dia mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran udara berkimia. Selepas melihat testimoni herba di facebook Jutawan Herbs, dia menghubungi sy untuk cuba herba ini. Dalam masa 2 minggu saja minum jus dah ada kesan.Batuk dah berkurang, nafas makin lancar ,2 bulan minum jus sehingga pernafasan dan batuk terus sembuh. Penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya tapi dia berjaya sembuh dengan herba.

    ▪ Sakit lutut kronik

    Pn. Rohana Ismail dulunya seorang cergas dan aktif dalam aktiviti lasak seperti mendaki gunung-gunung di Malaysia. Dia ceritakan pd sy masalah lututnya bengkak, dah lama menahan sakit. Dia terpaksa lupakan semua aktiviti lasak. Turun naik tangga mengiring dan berjalan pn perlahan. Sy syorkan dia cuba minum herba dan dia minum dlm masa 2 minggu, lututnya yg bengkak dah surut. Sekarang aktif semula, berjoging ,naik bukit, lutut dah kuat. Kalau dia boleh sembuh,kenapa tidak anda? boleh bertanya sendiri testimoni² saya jika anda ada dalam group whatsApp Jutawan Herbs.

    ▪️ Sakit lutut kronik

    Pn Rasmani Md Noh pesakit lutut kronik, dia terpaksa berjalan mengesot - esot atas lantai dan jika dia paksa diri untuk berjalan, lutut akan berbunyi, tulang bergesel, sgt sakit.Nak masak pun terpaksa duduk atas kerusi sbb tak mampu berdiri lama. Tapi lepas 6 hari minum jus herba, dia dah boleh berjalan macam biasa dan saraf kaki dah tak rasa tegang dan sakit. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sekiranya anda berminat nak tahu lebih banyak testimoni daripada pesakit yang sudah sembuh selepas mengambil jus ini, anda boleh menonton video-video di Youtube channel Jutawan Herbs , di blog Jutawan Herbs dan kami pun ada group whatsApp pesakit kanser, untuk berkongsi pengalaman dan rawatan.😊

    Share info ni kepada yg memerlukan, harini kita tlg org,lain kali org akan tlg kita. Sharing is caring. Herba yg dijamin selamat,terbaik ramai yg dah sembuh serta mampu dibeli semua. Tak rugi cuba sebab ramai yg dah sembuh kanser dan menyesal kenapa dari dlu tak kenal herba ni. Belum terlambat, selagi masih bernafas,peluang nak merawat masih ada. 😊

    Hubungi atau whatsApp sy dengan segera,
    Mohd Zuhairi pengasas Jutawan Herbs
    017 468 7570

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!