PERTAMA KALI MENCUBA FLYING FOX DI ACTIVE ACADEMY @ BUKIT GAMBANG RESORT CITY (BGRC)

Sis Lin
19
PERTAMA KALI MENCUBA FLYING FOX DI ACTIVE ACADEMY @ BUKIT GAMBANG RESORT CITY (BGRC) | Korang tau tak selain dari bercuti di Bukit Gambang Resort City (BGRC) tu, ada pakej aktivi 'outdoor' yang korang boleh amik dan lakukannya. Sis masa mula-mula jejak ke BGRC ni memang dah nampak dah Active Academy ni, cuma masa yang Sis pergi dulu tu, terlalu suntuk masa untuk Sis mencuba, jadi memang ini pertama kalilah Sis mencubanya di sini bersama team Jdt Blogger

Kalau dah ramai-ramaikan, perasaan takut dan nerbes tu jadi bergelora pasang surut hahaha, dalam hati tu berkata 'berani ke idok aku nak cuba' hahaha. Sebabnya, Sis teruja dengan aktiviti Flying Fox (Zip Line) tu, dengar aje dah mencabar bagi diri Sis. Orang lain mungkin dah berapa kali mencuba, tapi Sis ini kali pertama nak cuba. Termasuklah naik ATV Fun Ride (All-Terrain Vehicle) tu, pestime nak cuba gak ni. Kalau yang Archery (Memanah) tu, dah pernah cuba, jadi tidak berapa kekok la juga. 

Tapi kalau yang Paintball Target Shooting tu haa tu pun pestime cuba. Sis ingat mula, yang main kejar-kejar tu tau, waaa ingat nak tarik diri, taknak, sebab takut kang badan lebam-lebam, sekali hanya tembak target je dari atas, alaaa kacang je tu hahahaha *dapat gak 3x kena oii sasaran. :p


Ini adalah pakej yang di sediakan di Active Academy @ BGRC ni. Murah tak? Korang akan lebih rasa murah dan berbaloi bila korang dah cuba semuanya. Masa tu korang rasa puas dan puashati. Pakej tu semua di sediakan siap dengan trainernya sekali, bukan korang main sesuka hati sendiri ya, nanti ada trainer yang bagi arahan dan mengajar cara bermain. Walaupun korang dah pro sekalipun, tetap kena dengar arahan okay. 


Archery (Memanah) @ Active Academy BGRC 

Kan dah kata tadi, ada trainer yang bagi arahan semua. Keselamatan korang jangan bimbang.
Sis mulakan dengan aktiviti Archery (Memanah) dulu, kami ramai, so kena bergilir-gilir dulu kalau nak main. 
Keselamatan tu maksud Sis, segala kelengkapan sebelum memulakan untuk memanah. Semua korang kena pakai, trainer yang akan pakaikan. Dah lengkap semua baru korang boleh mulakan bermain. 


Bila dah siap, okay dah bole panah, jangan salah panah oii, kang terbang anak panah ke atas hahahahaha.
Sekali main, boleh 3 orang, janji serentak, tak boleh lain-lain, kang ada pulak yang ke sana sini kang, anak panah tersasar pula. Traniner sentiasa awasi dan jaga korang masa memanah. 
Yang tudung pink tu Trainer 'pencen' hahahaha Juju :p


Paintball Target Shooting @ Active Academy BGRC 

Haaa tepukkk, kami ni kalau buat apa je, mesti nak OOTD hahaha. pakai topeng pun boleh gak, janji bahagia hahaha. Tiba masa kami try pulak Paintball Target Shooting. Sebelum tu trainer akan bagi arahanlah dulu seperti biasa. Pastu baru dia bagi pakai topeng muka tu. Walaupun ianya hanya target shooting, tapi keselatan kena di utamakan, kot mana tau kang, buah peluru tu terpelanting ke, nayaa je tembel mata, tembel takpe, buatnya buta kang . 
Dengar arahan, jangan memain okay. 


Kotak no6, hehehe nombor bertuah ke idok ye buat Sis, hahaha alaa dapat lee tembak sasaran 3x mengena, ada tu sipi-sipi je, jadilah permulaan buat pertama kali untuk Sis, lepas ni dah boleh main dalam hutan pulak hahahaha. 
Kalau target shooting ni, korang tembak papan tanda yang color dot kuning merah tu je. Yang tong gantung tu pun boleh la juga, tu kalau nasib le mengena, nak kena yang dekat tu pun payah hahahaha .
Tapi puashati Sis, Sis bayangkan ada orang yang Sis nak tembak je depan tu, tembak-tembak...kiok ..


ATV Fun Ride (All-Terrain Vehicle) @ Active Academy BGRC 

Aktivit kegeraman ramai di sini selain Flying Fox adalah aktiviti ATV atau maksud ATV tu All Terrain Vehicle. 
Apa itu ATV ? ATV merupakan sejenis motor bertayar empat yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti lasak. Kadang-kadang ATV juga didatangkan dengan enam tayar selain empat tayar yang kebiasaannya kita lihat. ATV juga dikenali sebagai Quad, Quad Bike, Three Wheeler atau Four Wheeler yang telah didefinisikan sebagai sebuah kenderaan menggunakan tayar yang bergerak pada tekanan rendah.
Walaupun ia merupakan kenderaan yang dilarang untuk digunakan di atas jalan raya, namun di sesetengah negara barat, walaupun diharamkan tapi masih boleh digunakan di atas jalan raya contohnya di negara Australia, Amerika, Kanada dan United Kingdom.


Jadinya janganlah lepaskan peluang untuk merasai membawa ATV ni. Walaupun pada mulanya takut tapi beranikan diri. Dalam hati Sis, lantak le kalau kang Sis bawa terbalik ke apa, janji Sis dah mencubanya hahaha. Hanya terbayangkan takut terbalik aje dalam kepala ni, lain-lain takde hahaha. 
Tapi bila dah bawak, wowwww 'Bang, boleh tak satu round lagi' hahahaha. best giler oiii. Mula-mula tu ye kekok, asyik tersengguk-sengguk aje, sekali bila dah round kedua, Sis ko pecut seyy, bertembung pulak dengan orang depan yang bawa slow, siap memotong lagi, ceh! kemain eksen ko Sis, nasib takde hon hahahaha. 
Apa pun memang puashati!! ..


Flying Fox (Zip Line) @ Active Academy BGRC 

Yes inilah aktiviti paling mencabar yang korang kena cuba di Active Academy ni. Dan Sis ko rasa tercabar sungguh untuk mencubanya walaupun rasa dah nak terkencet masa tu hahaha. Dalam gambo tu ye ler nampak cool je, tapi siapa yang dekat tu, mesti agaknya dengar degupan jantung Sis dug dag dug dag, silap-silap bunyinya gedegaq gedeguq kot hahahaha. Serius nerbes dan takut oii . 
Sis boleh !! Haaa tepukkk!

*Semua kelengkapan akan di pakaikan oleh trainer yang sedia ada yer, bukan korang memandai yang pakai sendiri okay. Dengar arahan..


Nak naik Flying Fox ni, korang kenalah berjalan dalam 5/10 minit ikutlah kemampuan kelajuan dan semput korang hahaha. Tempatnya situ-situ aje, cumanya tempatnya tinggi, nak kena naik bukit dan naik tangga nun kat atas. Korang tengok tu, hakak-hakak tu dalam semput memasing sempat gak pegang handphone update status IG oii hahahaha :p
Tu le namanya 'live update' bagi seorang blogger macam kami. Di mana-mana, handphone sentiasa di tangan , tak gitu hehehe.. ke tengah baca selawat ke sebelum naik atas hahaha..


Kui kui kui Sis tepek gambar aksi gemuruh sebelum nak terjun ke bawah nunn. Muka memasing 'cool hot and spicy' Sis tengok kakakakah. Tapi tetap cun sebab kami pakai set Yarra 4in1 katanya (nanti kita cite ya). 
Bila kau dah kat atas ni, memacam oi fikir, macam mana nak terjun ni, macam mana itu, macam mana ini, macam-macamlah ko Sis hahaha., Tapi tak boleh tahan, nak juga pegang handphone amik video. Dalam penakut tu, berani gak Sis amik risiko pegang handphone masa terjun tu, kalaulah jatuh handphone Sis, adoiii meratap kesepianlah gamaknya, ko rasa? Ko mampo? :p 

Kredit gambar : Azwa Photography

Haa ko mampo macam Sis tu hahahaha. Sambil Flying Fox sambil pegang handphone ko, dah macam selpie muka sendiri, padahal tangkap video depan, Sis nak upload videonya takut ramai pulak yang menanah telinga dengar jeritan batin ku hahahahaha. Takpe Sis simpan buat koleksi sendiri, janji jangan bukak memalam, ada kang ingat Cik Ponti menjerit hahahaha. 
Memang best giler laaaa, tak dapat bayangkan keseronokkannya dan kepuasan menjerit! 
Orang lain tak jerit mana pun, Sis ko je yang over lalalalala. :p


Horse Riding @ Active Academy BGRC 

Dan tarikan terbaru buat pengunjung di sini adalah, aktiviti untuk anak-anak, tunggang kuda. Hanya kanak-kanak sahaja yang beratnya tidak melebihi 30kg yang boleh naik. Mak Pak tak boleh naik ya, harap ampun hahahaha. Kemainlah excitednya anak-anak, dapat pusing 2/3 kali pusing pun dah cukup puas, bukan kuda kecik tu, kuda besar juga. 
Sis kata, kuda ni pakai kasut boot, lawa kaki kuda tu, bersih dah encem hahahaha. 


Tengok tu, meleret senyum si Mia tu dapat naik kuda. Puashati bagi diri dia dapat naik kuda. Dia memang pencinta haiwan, lebih-lebih kuda. Siap kata kat Ayahnya, 'Paa, kita bela ye kuda ni' hahahaha.
Yang kelakarnya mengikut cerita Emaknya, masa Mia naik kuda ni, kuda tu siap berhenti pit stop buang air kecik, tu baru berat dalam 30kg, agak kalau Sis ko yang tunggang? ada terberak kuda tu kan hahahaha adoiii..
Tentang keselamatn anak-anak, korang jangan bimbang, ada trainer yang pegang, dan membawa kuda tu. Trainer terlatih okay. 


Dan inilah dia trainer-trainer di Active Academy @ Bukit Gambang Resort City (BGRC) yang akan membantu korang bila korang join aktiviti di sini. Semuanya terlatih dan ramah mesra, lagi-lagi adik 'KFC" tu ya..hahahahaha. Jumpa lagi Dik... :p

Bagi korang yang nak mencuba ni, jom ke Bukit Gambang Resort City (BGRC) ni, sempena cuti sekolah, terdapat harga dan pakej menarik yang di sediakan.
Korang pasti enjoy dan puashati. Tunggu nanti Sis update pulak, kegembiraan kami di Waterpark Bukit Gambang dan Safari Park Bukit Gambang ya. !

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan dan tempahan anda bolehlah menghubungi talian
+609 548 8000/ 8111/ 8112/ 8113 atau fax ke +609 548 6666

atau menghantar email ke enquiry@bgrc.com.my

Website : www.bgrc.com.my

Baca juga pengalaman Sis menginap di sini :






P/S: Yang sakit jantung ke, darah tinggi kritikal ke, semput ke, atau ada sakit lain, sila bagitau trainer ya. Ini untuk keselamatan korang juga, Jangan diam-diam okay. Kalau sakit perut tu, tak payah cakap, sila ke tandas :p


إرسال تعليق

19تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. best giler buat flying fox tu kan sis.. tak sia2 kita cabar diri beranikan diri buat flying fox.. rupanya best sangat!!!

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat-sangat best nak gile @Dilah..tak tau nak kata apa, lepas ni kalau ada lagi, Sis nak cuba katup molot hahahahaha

      حذف
  2. الردود
    1. Hahahaha gelak tang mana tu Kak @Seri hahaha syok sendiri update hahahaha

      حذف
  3. hahahhahahaa......gaya sis lin memang pro semua aktiviti tuhh.hahahhaaa...haaaa tepukkkk...

    ردحذف
    الردود
    1. Kakakakah gaya je oii tapi dalam hati, ko tak tau @Farahain hahahaha

      حذف
  4. Sis punya sore buat saya jd gerun la sis 😝🙊

    ردحذف
  5. Ya Allah..tergelak2 aku baca entri ni sis 😂😂😂

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha engko sama Kak @Seri laaa, apa yang ko gelakkan @Sunah hahahahahahaa

      حذف
  6. Wah bestnya, dah lama tak buat aktiviti camni

    ردحذف
    الردود
    1. Jommm @Zumal, bercuti di sini, semua adoo..hehehee

      حذف
  7. Tahniah sis, dah berjaya terbanggg ! hahahaha~ Apehal muka I kecut sangat tu,hahahaa..jannji glowinggg~
    Next nak try pegang hp gak la..hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Kannnn @Nona, pakai Yarra semua glowing gituuu hahahhaa

      حذف
  8. kalau pergi ni,mesti tak dapat nak join aktiviti ni kan...so rugi

    ردحذف
    الردود
    1. Takpe @Rohaida.. Yang memanah tu okay. Kalau takpun enjoy masa mandi, manyak syok main air jer..

      حذف
  9. Thanks for sharing the best information and suggestions, If you are looking for the best Flying Fox Yacht, then visit Charter Index. Highly energetic blog, I’d love to find out some additional information.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!