RESEPI SPIRAL PASTA BOLOGNESE BERSAMA BEBOLA DAGING | Mudah dan senang, kalau yang resepi dan masakan senang macam ni, suruh sepuluh kali masak pun Sis suka hehehe. Ini adalah menu permintaan anak-anak, kebetulan bahan semua memang ada stok kat rumah, maka kelentang kelentung kat dapur, terjadilah masakan ini yang Sis sendiri bagi nama hahaha.
Orang kata, nak masak ni tak susah, jangan susah-susah dan peningkan kepala nak masak, masak ikut apa bahan yang ada, kalau ko memang Chef iyelah, ko nak masak ikut semua bahan dalam resepi, tapi setakat kita nak masak bagi anak-anak makan je, alaaa masak mana yang ada bahan ye udah. Bukan kata masak cincai, tapi ikut rasa dan kreativiti memasing, janji sedap, licin dan kenyang anak makan.
Ye dakk?
Tengok tu, simple je, tapi sekali dia dah 'posing' amekkawwww macam kat restoran punya daaa. Janji sedap ! . Spiral pasta tu pun, ntah macam mana ada kat dalam rumah ni, Sis dah lupa belinya bila, mungkin anak yang amik masa soping barang dapur. Dan sos bolognese tu memang Sis akan beli botol besar buat stok kat rumah, senang kot nak masak atau ada tetamu datang, Sis lebur je masak spageti hehehe.
Bebola daging tu pula, Sis beli dengan kawan, simpan buat stok juga, akhirnya berguna gak bebola daging tu. Sis goreng aje dan letak tepi dalam kuali, Sis tak boleh gaul dalam pasta tu sebab anak yang sulung tak makan daging, jadi kenalah goreng dan letak tepi gitu je.
Menu macam ni memang jadi kesukaan anak-anak. Suami pun sama juga suka, Sis tengok makan 2 pinggan gak hehehe. Katanya tak boleh tahan tengok anak makan :p
Alhamdulilah, tengok anak dan Suami suka, kita yang masak pun jadi bahagia. Masak penuh dengan kasih sayang katanya . Lepas tu amik gambar, kejadiannya cantik pulak, terus rasa PUAS ko! Arghh susah nak cakap macam mana, yang faham je faham hehehe.
Okay ni resepi paling mudah dan simple yang Sis masak dan nak kongsikan.
Versi campak dan siap jer. Kalau ada nak tambah ke nak edit dalam resepnya, atau apa-apa je laa , ikutlah sukahati korang dan kreativiti air tangan korang yer.
Yang ni versi Sis .
RESEPI SPIRAL PASTA BOLOGNESE BERSAMA BEBOLA DAGING
Bahan-bahannya:
Spiral Pasta sebungkus
Sos Bolognese
Sedikit daun bawang
Selabu bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dicincang)
Garam dan serbuk perasa (ikut suka)
*Bebola daging - di goreng*
Cara memasak:
Rebus spiral pasta dengan minyak hingga pasta kembang dan lembut
Kemudian cuci di bawah air dan tapis
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan spiral pasta dan kacaukannya sekejap
Masukkan sos blognese *ikut berapa banyak pasta dan ikut masing-masing nak letak banyak atau sedikit sosnya .
Gaul-gaul dan kacau hingga masak
Masukkan daun bawang dan gaul lagi
Letak serbuk perasa dan garam jika perlu (sebab sos tu dah ada bahan perasa, so korang rasa dulu pasta tu ya).
Tutup api dan siap hidang.
*Bebola tu Sis dah goreng Sis letak tepi, kalau korang nak, boleh gaul sekali dalam pasta dan sos tu ya.
P/S: Bebola daging tu memang sangat sedap! Ramai yang tanya beli mana. Sis beli area rumah Sis. Nantilah Sis sharekan yer *NOW: Mood holiday dengan Suami is ON . :p
Lin, cara awk msk mmg sebiji dgn sy, guna jer apa yg ada tak payah nak pening2 kepala. Masakan mcm ni pulak mmg kesukaan kita & Iman tapi Pak Inche tak suka, so bila dia takde umah mmg kita sukalah sgt msk mcm ni, hihi
ردحذفKannn Kak @Seri, memang dari dulu masa anak-anak kecil, memang masak apa yang ada je, jimat masa , janji sodap hehehe
حذفSedapnya. Soon boleh try menu ni. Thank you.
ردحذفYup sedap, senang dn cepat masaknya @Fadhilah hehehe
حذفgeram pulak tengok meatball tu..
ردحذفHahahaah meh laa beli gan kitaaa @Hernee hahahahaa
حذف