SALAM TAKZIAH BUAT KAK HAJAH UMMI ZAIHADI | Innalilahiwainnailaihirojiun. Hari ini 3/8/2018 mendengar berita perkhabaran yang dukacita sekali, bahawa Suami Kak Hjh Ummi telah meninggal dunia harini (arwah Haji Abu Hasan Samsudin), di pagi hari Jumaat yang mulia.
Allahuakbar.
Tiada kata nak di ungkap, kerana Sis juga faham perasaannya Kak Hajah sekeluarga ketika ini. Hanya doa dan harapan moga Kak Hajah sekeluarga tabah, sabar, tenang dan redha atas pemergian Suami tercinta.
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un wa inna ila rabbina lamunqalibun
Allahumma uktubhu 'indaka fil muhsinin waj'al kitabahu fi 'illiyyin
wakhlufhu fi ahlihi fil ghabirin
wala tahrimna ajrahu wala taftinna ba'dahu
Artinya:
Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali dan kepada Tuhan kami semua akan kembali.
Ya Allah! Tulislah dia (yang meninggal dunia) termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah tulisannya itu dalam tungkatan yang tinggi serta gantilah ahlinya dengan golongan orang-orang yang pergi dengan ketaatan PadaMu
Aamiinn ..
Kita doakan dan sama-sama sedekah Al-Fatihah ye.
Terima kasih semua mendoakan sahabat/kakak Sis ni. :(
Juga salam takziah buat keluarga Pengacara Mahadzir Lukman yang juga telah meninggal dunia awal pagi tadi. .
Sis suka gaya dia mengacara, tambah lagi kalau masa Tilawah Al-Quran.
Al-Fateha.
P/S: Pada yang bertanya siapa Kak Hajah Ummi Zaihadi ni, dia sahabat blogger Sis kenal sejak 2008 ketika satu masa dahulu masa mula-mula Sis menulis blog . Korang boleh ke SINI .
al fatihah
ردحذفby the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 1553
ردحذفInnalillahiwainnailaihirojiuunnn..
ردحذفSememangnya suatu kejutan setelah bbrapa hari lepas suami Kak Ummi dikhabarkan berada di ICU. Semoga Allah swt merahmati rohnya..
Al-Fatihah kuhadiahkan
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un
ردحذف