ULANGTAHUN PERTAMA 8818 NELAYAN SEAFOOD by THE COAST RESTAURANT

Sis Lin
4
ULANGTAHUN PERTAMA 8818 NELAYAN SEAFOOD by THE COAST RESTAURANT  | Kepada peminat 'Seafood Lover', ini adalah tempat yang paling menarik dan sesuai untuk singgah makan. Sempena menyambut ulang tahunnya yang pertama, Nelayan Seafood by The Coast yang bertempat sebagai outlet F&B di Tunamaya Beach and Spa, Desaru ini, kini menawarkan hidangan istimewa sempena ulang tahunnya yang pertama, juga sempena menyambut bulan Merdeka tidak lama lagi. 
Dengan pakej harga yang menarik, dan menu yang sangat istimewa, Nelayan Seafood menjanjikan kepuasan dalam setiap hidangan yang di sediakan. 

Chef Fatt, sebagai ketua Chef masakan di Nelayan Seafood ini berkata semua hidangan yang di sediakan memenuhi citarasa semua kaum dan pasti akan menjadi kesukaan bagi pengemar seafood. Bahan mentah yang di sediakan juga adalah segar dan semuanya adalah hasil laut orang tempatan sahaja. Ini serius Sis cakap, memang waktu kami nikmatinya, sangat fresh rasanya. 


Pakej sepanjang bulan Ogos hingga September ini, Nelayan Seafood menawarkan hidangan set untuk 10 orang makan HANYA rm750 sahaja. 
Terdapat lebih dari 10 hidangan yang di sediakan. 
Dari menu pembuka selera hingga ke menu pemanis mulut. Semuanya dalam satu harga dan satu meja. 


Merdeka Platter 
Deluxe Combination Platter  .
Hidangan ini sangat istimewa. Pelbagai jenis dalam satu hidangan. Semua sedap-sedap. Memang memenuhi citarasa semua kaum. 


Di ikuti seterusnya Hong Kong Styled Steamed Red Snapper.
Atau lebih senang sebut, ikan merah masak stim style Hong Kong. Sangat segar sewaktu di hidangkan. Panas-panas lagi. Hingga ke hujung gigi kami nikmatinya hehehe. 


Biasa kedai seafood mereka akan hidangkan Cereal Prawns kan? Untuk promosi kali ini, Nelayan Seafood akan menghidangkan Boston Lobsters with Cereal
Yang pasti ada kelainan dalam rasanya. 
Lobsters yang segar dan kombinasi masakan bersama cereal itu, menjadikan masakannya lain dari yang lain.


Okay yang ini Brocoli cook with Mushroom. Cuma nak bagitau, untuk hidangan sayur, Nelayan Seafood akan menghidang Asparagus Sambal, bukan brocoli ini ya. Di sebabkan keadaan asparagus tidak begitu segar, jadi Chef Fatt mengantikan dengan sayur brocoli. Jika asparagus segar dan okay, ianya akan menjadi hidangan dalam pakej tersebut. Harap maklum. 


Di hidangkan bersama Barised Seafood Soup with Beancurd Cube
Sewaktu menikmatinya, rasanya sangat-sangat segar. Seafood yang ada dalamnya sungguh fresh, tidak ada rasa hanyir atau tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sangat mabeles. 


Bagi yang tidak makan seafood, selain ikan merah stim tu, ada juga di hidangkan Crispy Roasted Chicken 
Ye betul, kulit di luarnya di masak garing, dan isi di dalamnya sungguh lembut. Memang sedap. Yang tak makan seafood boleh makan ayam ye. Di hidang seekor macamtu. 


Dan seterusnya Lotus Leaf Rice
Panas-panas lagi sewaktu sampai. Nasi yang di balut daun teratai menjadikan nasi itu ada sedikt aroma herba macamtu. Di dalamnya ada kacang dan nasinya begitu lembut. 


Dan akhir sekali akan di hidangkan sebagai pemanis/pencuci mulut, Longan Sea CoCoconut dan juga Premium Chinese Tea. Sis terlupa nak amik gambar air longan, sebab asyik sangat melayan kesjukkan air itu hehehe.
Dan untuk permulaan juga, mereka akan hidangkan air kelapa sebagai pembuka selera di awal tadi. 

Promosi akan berlangsung dari 1st Ogos sehingga 30th September.
Merdeka Platter dengan harga rm61nett satu set.
Dan set hidangan seafood rm758++ untuk 10 orang makan.

Juga ada pilihan menu hidangan seafood istimewa:
Live Boston Lobsters & Fresh Clams

RM98Nett/pcs Lobster
RM35Nett/kg Fresh Clams


Nelayan Seafood by the Coast
(No Pork, No Lard)
Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru Coast
Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim

Waktu perniagaan: Setiap hari
11.30 pagi - 10.00 malam

Untuk tempahan dan maklumat lanjut:
+607-88338888
info.dtbsr@careluxuryhotels.com

Website:

Happy Bitrhday Nelayan Seafood! 







P/S: Dulu ke sini ikut Team Building Suami, masa tu belum buka lagi Nelayan Seafood ni. Lepas ni, boleh ajak Suami pergi lagi hehehe. Memang tip-top seafood dia. 


Tags

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. الردود
    1. Yup sangat! Lebih-lebh lagi soup dia tu kan kak @Seri hehehehe

      حذف
  2. Wow meriah nyaaa makanan diaaa...
    Jom gather2 kat situ hahaa.ko banjer makan eh 😋😋

    ردحذف
    الردود
    1. Ajommmm @Retna, apalagi mari turun Jb oiii hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!