4 FINGERS CRISPY CHICKEN, AYAM GORENG RANGUP DAN SEDAP!

Sis Lin
10
4 FINGERS CRISPY CHICKEN, AYAM GORENG RANGUP DAN SEDAP! | Walaupun dah beberapa hari pergi makan 4 fingers ni, tapi harini baru nak menaip ni pun terasa-rasa pulak kerangupan ayam gorengnya uii hahahaha. Memang mabeles sungguh ayam 4 fingers ni. Pertama kali Sis mencubanya sewaktu ke KL tahun lepas, tu pun anak sulung Sis yang bawa, sampaikan Suami Sis pun sukakannya juga. Anak-anak lagilah, kami anak beranak order sampai 2 box besar combo hahahaha. Pun licinnn. 

Jangan gelak kata gelojoh, yang belum cuba, pergi cuba, dah cuba barulah korang tau bagaimana sedapnya kerangupan ayam goreng 4fingers ni. Sedangkan nengok gambar je dah kecur hahahaha. Dan untuk kali ini, sempena pembukaan pertamanya di Johor, kami team Jdt Blogger, Eda, Uyul, Farahain dan Sunah, pergi mencubanya sendiri di outlet pertama Johor yang terletak di Komtar JBCC aras 2

Okaylah nak cakap bebanyak kang, korang malas baca, moh Sis kasi cuci mata menu-menu 4 fingers yang kami berlima makan haritu ya hehehe. Sila sediakan kain lap mulut anda hahaha. 


Terima kasih ya Anakku Sunah jadi model depan pintu masuk, maklum kakak-kakakmu sibuk amik order tu haa kat kaunter hahaha. 


Ini diaa, tu diaaa, amacam? Nampak sedapkan? Tapi serius, memang sedap! 
Ini namanya set Drumstick. Besar-besar paha ayamnya tu, puas makan seketul, eh cop! tak puas, sebab sedap! hahahaha..


Yang ini pula, Chicken Wings
Dia ada bermacam sos pilihan , korang boleh pilih, masa ni kami amik mix, so semua dapat rasa. 


Kami semua amik set combo, jadinya siap dengan air, kan senang kan. 
Airnya pulah korang kena self service, tapi tak boleh refill ya, tak macam Texas, korang boleh refill hehehehe. 


Untuk tambahan, kami order juga Crispy Calamari, Calamri Shrimp dan Chicken Chop Salad
Semua sedap sangat-sangat. Korang kena cuba semuanya. 


Kentang goreng dia pun ada 2 pilihan, perasa Kimchi atau Perasa Seaweed. Sis suka seaweed, sodap ya amat!  Kimchi pun sedap juga.. asin-asin gitu..


Dan korang tengok, yang ada banyak jari ni, kemain tak menyabo nak ngap! Jari siapa paling besar? 
Cuba teka hahahaha.. :p


Dann inilah yang kami order . Korang yang belum cuba, boleh cuba ya. High rekemended, sangat sedap, garing dan makan panas. Lain kalau dah sampai, tapi korang sbuk bergambar, jadilah sejuk hahahahaha. 
Macam sapa ek yang buat keje tu :p ..


4 Fingers Johor .
LOT Level 2, 205-207 Komtar JBCC, City Centre
80000 Johor Bahru, Johor Malaysia

Operation Hours:
Mon to Sun: 10am to 10pm

Telephone:
+60 7 220 0172

Website :






P/S: Memang kalau dah kat Johor, makanya akan berulanglah Sis ko pergi, kekeke macam Texas juga, dah kemaruk makan dia punya 'biskut' hehehehe..


Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. sedapnya sissss.. buka la cawangan kat skudai pulak lepas ni.. senang dilah nak pegi jugak nanti.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye @Dilah sedap sangat..boleh cuba nanti bawa Family ya..

      Delete
  2. serious sedap sampai rasa nak order lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Rohaida, nanti boleh kita repeat lagi..opss jangan lupa bawak baucer Texas hahahaha

      Delete
  3. Replies
    1. Hehehehe marilah ke Johor @Julia hahahaha eh!

      Delete
  4. Nnt g cuba ayam kyochoon plak ye kat kl ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay, nanti aku ke KL , ko belanja tau @Retna hahahaa

      Delete
  5. wah, menyelerakan. nanti boleh cuba :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat sangat menyelerakan, makan panas-panas gtu @MKI ...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!