CUTI-CUTI MALAYSIA JALAN-JALAN CARI MAKAN | Hai korang, masih dalam mood cuti ke? Bestnyalah bagi sesiapa yang menyambung cuti lagi tu ya. Sis pun haritu cuti Malaysia, Suami balik ke Johor, jadi memang anak-anak tunggulah Ayahnya balik, nak tagih janji yang Ayahnya nak bawak makan dan 'window shopping' katanya. Haaa kann dah, anak-anak sekarang kalau dah janji, memamglah di tuntutnya hahaha. Tapi takdelah kemana pun, sekadar makan dan berjalan di sekitar Johor aje. Sana sini jalan jem, tak kowser Sis dan Suami nak keluar dari Johor.
Dan paling tidak pun, kalau yang memang tahu, Sis anak beranak, memang akan pergi makan di tempat makan kegemaran kami iaitu di Restoran Todak Perkampungan Asli Kampung Jawa. Memang kalau di tanya nak makan seafood kat mana, pasti anak-anak dan Suami akan sepakat ke sini aja. Dari menu, masakan juga servisnya, semuanya tip top, cepat, sedap dan harga pun berbaloi. Bukan cakap murah, tapi berbaloi dengan rasa, kesegaran seafood dan servisnya, begitulah.
Kebetulan anak Sis yang dua ni ada bercuti, maka berkumpullah kesemuanya kami anak beranak. Yang si bujang tengah cuti sem, yang Kakaknya pula baru habis degree, dan tengah tunggu panggilan tempat nak intern. Moga Allah permudahkan urusan anak-anak Mak ni semua.
Dan inilah menu paling utama yang anak-anak akan order. Udang masak Kari ala indonesia. Memang femes menu ni kat sini. Kalau siapa dah cuba, memang akan kata sedap. Makan pula dengan roti mantau tu, pergh sedap nikmat tak terkata hehehe. Kalau korang nak tau, menu udang ni untuk 5orang makan, haritu hanya rm30 sahaja. hehehe murah ke mahal? Sorang 2 ekor, tapi Ayahnya tak suka udang, jadi berebutlah mereka 3 beradik hahahaha. adeiii anak anak..
Yang ini menu Kerang masak Kari juga. tapi masak kering. Menu untuk Sis dan Suami. Kerang dia kus semangat besar gile ko, tapi sedap! Takde bau hanyir air laut , memang fresh, masa nak masak pun, dia ceduk hidup-hidup lagi okay. Korang nak pilih pun boleh. Cubalah Kerang masak Kari.
Malas pulak Sis ko nak update gambar satu-satu menu, kang letih pulak korang nak scroll hahaha.
Makanya meh la Sis tunjuk kesemua menu yang kami anak beranak makan haritu hehehe.
Makanya meh la Sis tunjuk kesemua menu yang kami anak beranak makan haritu hehehe.
Antaranya: Ikan Siakap masak Sos asam manis, Kerang masak kari, sotong goreng tepung, sayur baby kailan asin, udang masak kari dan juga roti mantau .
Nak order ketam tapi masa kami pergi tu ketam besar-besar sangat, 100gm cecah rm25, mahaii oii, biasa yang kami makan sederhana je 100gm rm12-17, Jadi haritu tak makanlah ketam. Next time kata Ayahnya .
Memang di tuntut la tu nanti oleh anaknya hahaha.
Lepas dah makan tu, sambilah duk tengok laut dengan Suami, ala kat tepi restoran aje, sekali nampak bebudak anak orang asli ni mandi kat sini, makk aii berani betul terjun macamtu dan pandai pulak berenang budak-budak ni. Yang berdiri tu dah menggigil kesejukan, kawannya ajak terjun, dia geleng-geleng kepala hahahaha. Lawak pulak. Sis dan Suami gelak je dari atas hahaha.
Lepas makan kami ke JBCC jalan-jalan sambil makan aiskrim, lepas tu ke City Square, jalan kaki je seberang jalan kan. Saja tengok-tengok cuci mata. Dan lepas tu terus ke Holiday Plaza, Suami nak tukar temper glass handphonenya. Anak-anak apalagi, tukar casinglaa, Emaknya? dapat beli kasut sepasang hahahaha. Makaseh incik Suami. Suami kata cantik, dia yang nak beli dan bayar, jangan tolak, rezeki namanya hehehe..
Dah puas makan, puas jalan, lepas maghrib juga kami balik ke Pasr Gudang, solat pun kat Petronas mana yang jumpa aje, lepas tu singgah lagi makan, anak-anak dah kepenatan, Ayahnya ajak makan, layankan aje hehehe. Tapi makan juga memasing, hahahaha. Nak amik gambar makan, tapi suasana kedai malap, hampeh! . Tak suka kalau makan kat kedai, yang cahaya lampunya gelap kusam, bukan sebab nak amik gambar je, tapi macam rimas laaa gelap-gelap. Siapa macam Sis? ke Sis sorang je macamtu? ermm..
P/S: Dah puas bawak anak berjalan, Emaknya pulak honeymoon dengan Ayahnya, dari JB - Paka - Klang - Paka - JB . Ginilah tiap minggu, syokk woo jadi drebar Suami hehehe .
memang besar sungguh kerang tu sis..puas makan kalau camni!
ردحذفTau takpe @Sunah, besar gileee
حذفwahhh.. rare betul kerang besar cam tu sis.. masak kari lak tu.. sedap ye makan kerang besar tu?
ردحذفYe @Dilah, masak kari kering, sedap sangat . Makan rasa keranglah hahahahah
حذفkena hajak laki ni gi sini..nak try jugaklah udang masak kari indonesia..mantau tu teringat kat ateh..sedapnya wehhh
ردحذفKo makan berdua lagi murah berbaloi @Rohaida, jgn lupa order udang kari tu.. mmg femes menu kt situ ..
حذفKari kerang tu kita tak pnh mkn. Todak servis mmg tip top
ردحذفKannn Kak @Seri, rata² datang semua org SG tapi servis cepat pantas! Tu yg suka tu ..
حذفperghhh.. terbaek.. sedap2 menu ni :)
ردحذفMemang semua sedap² @Ejulz ..
حذفWeiii nasib x ngidammm...
ردحذفMmg kena gi ngan korg arr br feel makan situ hehe
Yee nnti ko dtg Johor, kita makan sini @Retna hehehehe
حذفKari kerang tak pernah rasa lagi. Tapi nampak sedap sangat tu sis... Ada rezeki dapatlah rasa hehe...kita pun dah laaaama sangat tak ke johor :(
ردحذفBetul Puan @Hazel, kerang tu sedap sangat di masak kari kerang kering cmtu. Udang kari memang menu femes kat situ . Ada rezeki ke Johor jgn lupa singgah ya ..
حذفLama betul tak makan dekat restoran todak ini.
ردحذفTapi udang masak indonisia ini memang kesukaan ramai.
Betul En @Yazid, udang kari memang femes kat situ . Tempat dia tak lernah tak ramai, selalu fullhouse kan ..
حذفperghhhh gaya sis zoom in isi kerangg tuhhhhhh mengancammm betulll...gerammmm jee nengokkk..
ردحذفKannnn, sekali zoom, kerang dia besar gileee kann @Farahain hahaha..
حذف