FESTIVAL MAKANAN KANAK-KANAK SIHAT Ayam Brand™ DIDIK TENTANG PILIHAN MAKANAN YANG SIHAT

Sis Lin
12
FESTIVAL MAKANAN KANAK-KANAK SIHAT Ayam Brand™ DIDIK TENTANG PILIHAN MAKANAN YANG SIHAT | Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di ASEAN dengan 23.7% daripada mereka mengalami masalah obes.

Pemakanan memerlukan keseimbangan. Obesiti sering dikaitkan dengan tabiat makan yang disemai sejak kecil, di mana kanak-kanak yang mempunyai berat berlebihan biasanya akan menjadi obes ketika dewasa. 

Faktor budaya juga menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti di Malaysia. Ini kerana kebanyakan makanan popular di Malaysia adalah seperti snek yang digoreng dan hidangan yang memiliki kandungan lemak tinggi, selain tidak ada banyak kepelbagaian dalam makanan mereka. 

Sebab itulah Ayam Brand™, jenama pilihan rakyat Malaysia selama 126 tahun menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat(Healthy KIDS Food Festival) untuk menawarkan pilihan makanan yang lebih baik sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial tahunannya.

Welcome & Introduction - Ayam Brand CSR Activities

Kempen kebajikan pada tahun ini bertujuan memperkasakan kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan mereka sendiri menerusi aktiviti-aktiviti yang interaktif. Aktiviti ini dapat membantu mereka mengenal pasti kumpulan makanan yang penting, memahami jumlah makanan dan membuat keputusan bijak tentang makanan berkhasiat dan membentuk tubuh secara positif.

Ayam Brand™ menyatakan bahawa sumbangan produk kepada rumah-rumah kebajikan yang mengambil bahagian dibuat kerana kebanyakan daripada mereka kurang akses kepada sumber nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak. 

 En Nathan, wakil daripada Ayam Brand bersama kanak-kanak dari rumah-rumah kebajikan yang terlibat di Johor.

Sudah memasuki tahun kesebelas, Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand telah berjaya menjangkau sekitar 20,000 orang dari 482 pertubuhan kebajikan, serta menyediakan mereka dengan 1,404,000 hidangan makanan yang sihat dan mudah! 

Mengulas tentang Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, wakil Ayam Brand, Encik Nathan Deverre berkata, “Kanak-kanak dapat belajar dengan baik menerusi permainan. Justeru, Ayam Brand telah menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat dengan pelbagai bentuk permainan yang direka khas buat kanak-kanak agar mereka seronok ketika belajar bagaimana untuk memilih makanan yang betul. Kami harap kanak-kanak yang mengambil bahagian pada hari ini akan mengamalkan apa yang telah mereka pelajari dan berkongsi tips ini dengan rakan-rakan dan menyebarkan mesej mengenai makan secara sihat.”

Kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Shan De Johor tidak sabar ingin bermain permainan di stesen Crossword.

Antara sesi bengkel yang dijalankan ialah ‘Yay or Nay’ di mana kanak-kanak belajar untuk mengenal pasti serta membezakan di antara pilihan makanan yang sihat dan tidak sihat, selain teka silang kata tentang manfaat Omega 3 dan DHA di bengkel ‘Crossword’. Di bengkel ‘Healthy Plate’ pula, kanak-kanak menentukan kuantiti kumpulan makanan berbeza untuk menghasilkan satu diet yang seimbang, manakala di bengkel ‘DIY’, kanak-kanak akan menghidang Nasi Lemak Tuna mereka berdasarkan apa yang telah pelajari.

Kanak-kanak amat memerlukan Omega-3, iaitu sejenis asid lemak penting untuk perkembangan otak dan mata yang tidak dihasilkan oleh tubuh manusia. Ibu bapa dan penjaga boleh menambah makanan yang kaya dengan kandungan Omega-3 seperti sardin, mackerel dan tuna dalam diet anak-anak. Bagi kanak-kanak yang tidak sukakan bau ikan, ibu bapa perlu jadi lebih kreatif. Jadi, layari laman web www.ayambrand.com.my untuk mendapatkan pelbagai resepi yang mesra kanak-kanak.

Kelapa pula telah mencapai status makanan super di peringkat global kerana kandungan lemak sihatnya. Ini satu berita baik buat rakyat Malaysia kerana mereka menggemari makanan berlemak seperti Nasi Lemak.

 Kanak-kanak lebih sihat! Peserta dari Pertubuhan Kebajikan Kalvari Johor mempelajari sukatan yang  betul untuk nasi lemak yang lebih sihat di stesen AYAM Ready to Eat.

Sebahagian daripada Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, Ayam Brand™ ada memperkenalkan Nasi Lemak yang lebih sihat, mudah dan cepat untuk disediakan yang menggunakan santan jenama ini. Di samping Light Tuna Cili sebagai sambal yang boleh diambil terus daripada tin bersama telur rebus, timun segar, kacang tanah dan ikan bilis untuk menjadi satu hidangan yang enak dan berkhasiat. Kanak-kanak yang menghadiri bengkel ini juga belajar tentang sukatan yang betul bagi setiap makanan untuk diet yang lebih sihat.

“Ramai rakyat Malaysia yang membuat pilihan makanan tanpa memikirkan tentang kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik, memberi pemahaman serta menjadikan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sebagai amalan sejak anak-anak masih kecil. Kami gembira kerana kanak-kanak dapat belajar tentang asas pemakanan sihat dengan cepat pada hari ini. Ibu bapa dan penjaga boleh mencuba beberapa aktiviti yang telah kami lakukan ini kerana ia mudah dan boleh dilakukan di rumah,” kata En Deverre.

Pengiring dari Taman Sinar Harapan, Pertubuhan Kebajikan Shan De Johor, Rumah Darul Hanan dan Pertubuhan Kebajikan Kalvari Johor bersama En Nathan.

Taman Sinar Harapan, Pertubuhan Kebajikan Shan De Johor, Rumah Darul Hanan dan Pertubuhan Kebajikan Kalvari Johor dari Johor menerima bekalan makanan harian produk Ayam Brand selama dua bulan merangkumi ikan sardin, mackerel, tuna dan santan kelapa untuk semua kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Menurut wakil dari Rumah Darul Hanan, Pn Norhasliza Ab Aziz, sumbangan produk Ayam Brand™ yang tidak mempunyai bahan pengawet atau MSG tambahan itu sangat dihargai kerana makanan tersebut sihat, pantas dan mudah disertakan ke dalam diet harian mereka. 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana menjemput Rumah Darul Hanan untuk menyertai acara ini, selain menyumbang produk mereka yang mudah, berkhasiat dan enak. Kanak-kanak sangat seronok pada hari ini dan mereka belajar pelbagai tip nutrisi daripada bengkel-bengkel aktiviti.

“Kami akan menjalankan beberapa bengkel sama di Rumah Darul Hanan tidak lama lagi. Sebabnya, daripada apa yang dapat kami lihat pada hari ini, ia dapat membantu kanak-kanak mengamalkan tabiat makanan sihat sepanjang hidup mereka,” kata Pn Norhasliza Ab Aziz.

Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari laman web www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes


Wakil Media Team Jdt Blogger yang datang turut sama di Program CSR Ayam Brand. 


Mengenai Ayam Brand

Ayam Brand™ merupakan jenama isi rumah tersohor di Asia Tenggara sejak 126 tahun yang lalu yang terkenal dengan barisan meluas makanan bertin yang berkualiti tinggi; tiada bahan pengawet; tiada MSG serta amat mudah digunakan. Produk-produk Ayam Brand dihasilkan di fasiliti canggih yang mendapat piawaian tertinggi dunia (HACCP, ISO 9001) serta disahkan ‘Halal’. Selama empat tahun berturut-turut bermula 2013 hingga 2016, Ayam Brand telah dinobatkan sebagai antara lima jenama makanan terbaik dan paling digemari serta antara 10 jenama FMCG paling diminati oleh rakyat Malaysia seperti yang tercatat dalam kajian Kantar Worldpanel’s Brand Footprint Study.

Jenama ini Turut Menyumbang Produk Makanan Sihat Untuk Dua Bulan Kepada Empat Buah Rumah Kebajikan di Johor. 






P/S: Alhamdulilah. Tahniah Ayam Brand!  


إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Nasik lemak lover here! Hehe. Bagusnyaa dorang...salu buat bengkel...
    Bukan main si Ain diapit dua jejaka...hahahaa...

    ردحذف
  2. Paling suka tengok kanak2 dari pertubuhan kebajikan shan de..bijak2 semuanya..

    ردحذف
    الردود
    1. Betul @Sunah, mereka bijak semuanya kan..Suka tengok gelagat mereka masa aktiviti nasi lemak tu..

      حذف
  3. bagusnya buat pendedahan macam ni kat kids..

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn Sis @Gee, kecil-kecil lagi mereka dah di beri pendedehan tentang obesiti, jarang-jarang ada Program CSR macam ni ..

      حذف
  4. wah bestnya..bagusnya diorang buat macam ni kan

    ردحذف
    الردود
    1. Kann @Rohaida, di dedahkan kepada makanan sihat dan bahayanya obesiti..

      حذف
  5. program yang bagus ni untuk kanak2 belajar ni

    ردحذف
    الردود
    1. Betul Cik @Ash..anak-anak dari kecil memang bagus di dedahkan tentang pemakanan yang sihat. walaupun makanan dalam tin..

      حذف
  6. suka tengokkkkk bersemangat betul diorang untuk semua pertandingan tuh kann.... paling sedih bila nasi lemak dia roboh..hahhahaa. tolak markah...

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn @Farahain, engko gan Sis laa kemain tekun duk ngadap mereka buat menara nasi lemak hahahaha..suka tengok aksi mereka..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!